Pelita Brunei - Isnin 20 Okt 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“ASEAN memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dalam proses membuat keputusan dan beta percaya bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat ASEAN yang berpaksikan rakyat sepenuhnya.” - Titah Sempena Forum Demokrasi Bali Ke-7 di Bali, Republik Indonesia.

“DAN peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu kesemuanya). Dan ketahuilah bahawa Allah sangat berat seksanya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Anfaal ayat 25).

TAHUN 59 / BILANGAN 130

20 OKTOBER 2014 / 1435

25

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Keberangkatan tiba di Jakarta Laporan : Haji Sahari Akim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari Jakarta, Republik Indonesia JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Ahad, 19 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi menghadiri Upacara Pelantikan Rasmi Presiden Republik Indonesia yang baharu, Tuan Yang Terutama Joko Widodo. Upacara tersebut akan diadakan pada 20 Oktober 2014. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta dijunjung oleh Direktor Jeneral Staf Ahli Manajemen, Kementerian Luar Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Bagas Hapsoro dan Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Republik Indonesia. Turut hadir bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Saidin. Kebawah DYMM kemudian menaiki kenderaan khas menuju ke Hotel Grand Hyatt Jakarta, tempat persemayaman baginda di sepanjang keberangkatan. Sejurus keberangkatan tiba di hotel tersebut, baginda dijunjung oleh Pengurus Am Hotel Grand Hyatt Jakarta, Tuan Peter Stettler. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Jakarta, Republik Indonesia ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Ke muka 24

Berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pandu Puteri

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) berkenan memotong kek puja usia baginda pada Majlis Sambutan Hari Pandu Puteri Tahun 2014. - Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi menghadiri Upacara Pelantikan Rasmi Presiden Republik Indonesia yang baharu, Tuan Yang Terutama Joko Widodo yang dijunjung oleh Direktor Jeneral Staf Ahli Manajemen, Kementerian Luar Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Bagas Hapsoro.

Penyediaan prasarana pembelajaran perniagaan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Oktober. - Program Skim Pendidikan Keusahawanan Brunei (BEES) menyediakan prasarana dalam penyelidikan dengan memberikan tumpuan utama kepada tindak balas kajian dan tahap pembelajaran bidang perniagaan dan keusahawanan di peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu, dorongan yang kuat dari pelbagai pihak terutama para ibu bapa pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak berkepentingan dalam menyokong aktiviti perniagaan dan keusahawanan anak-anak dan para pelajar ini adalah sangat diperlukan demi untuk melahirkan generasi muda yang berkaliber dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menekankan perkara tersebut pada Majlis Konvokesyen BEES 2014 di Manggis Ballroom, Hua Ho Manggis

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Mall, di sini. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, Negara Brunei Darussalam telah pun membentangkan kajian kes keusahawanan BEES di bawah tajuk 'Cooperation To Develop A Programme For Improving Innovative And Entrepreneurial Skills And Competences For Education, Asia-Europe Ministers Meeting Education (ASEM ME),

Innovative Competences and Entrepreneurship’. "Projek ini menyasarkan matlamat untuk menambah baik dan menyokong perkembangan bakat keusahawanan pelajar-pelajar melalui kaedah pembelajaran sepanjang hayat di negara-negara Eropah dan Asia," ujarnya. Ke muka 24

Muka 4

Muka 5

JPP perlu manfaatkan penggunaan online

Tindakan bersama perlu bagi meminimumkan kesan bencana

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 20 Okt 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu