Pelita Brunei - Isnin 21 Dis 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''DALAM menjalani budaya kerja, turut dipentingkan ialah prestasi dan produktiviti. Sistem penilaian prestasi adalah bertitik-tolak pada pencapaian hasil kerja. Jika ia baik dan memuaskan, maka itulah prestasi yang cemerlang.'' - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-22, Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi pada hari Selasa, 12 Safar 1437H bersamaan 24 November 2015M.

''DAN janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta-harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 188).

TAHUN 60 / BILANGAN 152

21 DISEMBER 2015 / 1436

9

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Fotografi punyai signifikan kepada negara Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan Anugerah Jurugambar Terbaik 2015 yang dimenangi oleh A. Jinnidi bin A. Haji Mahali yang diterima oleh wakil pemenang (Lihat muka 4).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Disember. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, kepakaran menggunakan kamera adalah kepakaran yang sudah mengalami evolusi sesuai dengan evolusi teknologi kamera. Berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) Ke-35 bertempat di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di sini, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, bermula dari zaman awal fotografi yang merupakan hobi bagi golongan yang mampu mendapatkan kamera yang berkualiti, sehinggai kini dengan kecanggihan menggunakan telefon bimbit sebagai kaedah merakam kejadian dengan cara yang mudah. “Seni fotografi adalah unik dan meluas. Saya melihat fotografi mempunyai kekuatan dalam tiga bidang berikut. Yang pertama, dalam merakam peristiwa penting; kedua, sebagai penyumbang kepada ekonomi negara amnya dan industri kreatif khususnya dan ketiga, dalam meningkatkan nilai estetika dan kesenian,” ujarnya lagi. Tambahnya, fotografi mempunyai peranan dan signifikannya kepada bangsa dan negara, iaitu merakam peristiwa agar menjadi ristaan dan mendokumenkan atau mengabadikan peristiwa berkenaan dalam bentuk

yang jelas. Peristiwa-peristiwa yang dirakam, katanya, sama ada yang berbentuk kenegaraan atau pengalaman peribadi menyumbang dalam memperkaya dan melestarikan bahan sejarah dan foto juga dijadikan sebagai bahan penyelidikan dan juga dapat jadi bahan bukti penyiasatan. Gambaran yang jelas, menurutnya, akan memperkaya pengalaman dan pengetahuan para penonton terutama sekali para pelajar, tambahan lagi pada waktu ini, dengan kemudahan internet dan media sosial, sumber visual yang tepat dan jitu, merupakan satu keutamaan dalam memberikan gambaran yang benar mengenai sesuatu peristiwa. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, fotografi juga adalah sebagai penyumbang kepada potensi perniagaan yang besar yang mana dalam dunia yang dipelopori oleh kepentingan media dan maklumat, kepakaran dalam bidang fotografi dan penyebarannya merupakan satu aset yang bernilai yang menjana kepada industri kreatif. Begitu juga dengan fotografi yang menerbitkan nilai-nilai estetika dan seni yang tinggi, ujarnya, sudah setentunya mempunyai peminat dan pendukung yang berkepentingan memandangkan daya kreativiti dan penggunaan teknik yang terbaik dari penggambaran yang berkualiti dan dari kaca mata dan pemikiran kreatif jurugambar selalunya menghasilkan karya yang tinggi nilai seninya dan menarik peminat-peminat dan pencinta seni fotografi dalam negeri, serantau dan antarabangsa.

Teliti harga tawaran Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

Muka 3

Muka 8

ISU-ISU serantau, global dan pengurusan bencana dibincangkan

288 dikurniakan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera)

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 Disember. - Penyertaan kedai-kedai ataupun syarikat-syarikat dalam Brunei Salebration (BSb) adalah meningkat dari tahun ke tahun sejak lima tahun kebelakangan ini. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Awang Haji Abdul Amin bin Haji Hashim menjelaskan perkara itu dalam temu bual bersama Pelita Brunei semasa pegawai-pegawai Penguatkuasa Kawalan Harga, JPKE, membuat lawatan ke premis-premis perniagaan yang menyertai BSb 2015 di Daerah Brunei dan Muara. Awang Haji Abdul Amin yang juga mengetuai pemantauan ke Soon Lee Megamart di Kampung Lambak ‘B’ berkata, pengurus-pengurus syarikat juga berpuas hati dengan sambutan orang ramai.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Hasil daripada lawatan-lawatan yang telah dijalankan setakat ini, katanya, pihak JPKE sangat berpuas hati dengan peniaga-peniaga atau syarikat-syarikat yang ikut serta dalam BSb 2015. Tambahnya, dari segi kepatuhan pula, syarikat-syarikat telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya JPKE dan setakat ini juga pihak JPKE tidak menerima apa-apa aduan daripada orang ramai. Menyentuh tentang tujuan lawatan yang dijalankan itu, beliau berkata, pemantauan itu adalah untuk melihat sama ada syarat-syarat yang telah ditetapkan dipatuhi oleh syarikat-syarikat atau sebaliknya. Selain itu, pihak JPKE juga ingin meninjau dari segi sambutan orang ramai kepada syarikat-syarikat

Faksimile: 2381004

ataupun kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam BSb 2015 tahun ini. Saranan beliau kepada orang ramai ialah mereka mereka perlu juga berhati-hati apabila berbelanja, membuat penelitian dengan harga-harga yang ditawarkan oleh kedai-kedai semasa BSb 2015 ini diadakan. Sementara itu, Pengurus Eksekutif, Soon Lee Holdings, Eddy Ong pula berkata, acara BSb ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan khususnya pihak JPKE yang sangat bermanfaat bagi meningkatkan ekonomi negara. Menurutnya, jualan diskaun sehingga 70 peratus bagi barang pakaian lelaki, wanita dan sukan juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Ke muka 24

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.