Pelita Brunei - Isnin 22 Dis 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“SELAIN dari skil insaniah, para graduan juga diseru agar tidak terlalu bergantung kepada agensi kerajaan dalam mencari pekerjaan. Carilah peluang di sektor swasta ataupun menceburi di bidang keusahawanan. Di sinilah peranan program GenNext dalam membentuk para graduan supaya lebih berdikari, terutamanya dalam aspek keusahawanan.” - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Brunei Darussalam Bagi Tahun 1434 Hijrah / 2013 Masihi pada 12 September 2013M.

“BACALAH wahai Muhammad apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Qur’an dan dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar manfaat dan kesannya dan Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al 'Ankabuut ayat 45).

TAHUN 59 / BILANGAN 157

22 DISEMBER 2014 / 1436

29

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Penerbangan Awam terus meningkat Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Disember. - Perkembangan Penerbangan Awam di Negara Brunei Darussalam dapat dilihat dengan jelas sejak tertubuhnya industri Penerbangan Awam 60 tahun yang lalu. Perkhidmatan Udara Perdagangan diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1953 dengan terbentuknya perkhidmatan penghantar di antara Labuan, Bandar Seri Begawan, Anduki dan Lutong di Sarawak. Perkhidmatan ini beroperasi di Lapangan Terbang Lama Berakas iaitu bekas tapak landasan yang telah dibina pada zaman Perang Dunia Kedua, di mana kerajaan membina

landasan sepanjang 3,000 kaki. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menjelaskan demikian semasa Majlis Sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa di Dewan Indah, Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas. Yang Berhormat berkata, dalam tempoh 60 tahun ini, perkembangan Penerbangan Awam dapat dilihat dengan jelas seperti jarak landasan telah diperluaskan kepada 12,000 kaki, landasan kini mampu menampung pesawat B747 berbanding dulu yang hanya menampung

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa melihat peralatan-peralatan kecemasan pada Majlis Sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa di Dewan Indah, Kelab Rekreasi Diraja Brunei.

light aircraft, penaiktarafan sistem 'Airfield Lighting' dan pemasangan 'Instrument Landing System (ILS)'. Sepanjang tempoh itu juga tambah Yang Berhormat, terminal penumpang yang dulunya hanya mampu mengendalikan penumpang dalam

skala kecil kini telah jauh meningkat dan dijangka akan dapat menampung jumlah penumpang tiga juta sedikit masa lagi, di mana destinasi penerbangan yang dulunya hanya pada peringkat serantau kini telah mencapai ke peringkat antarabangsa. Ke muka 20

Hari Kebangsaan sangat signifikan Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Disember. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata, Hari Kebangsaan merupakan hari yang sangat penting dan signifikan pada sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Ia memberikan platform kepada rakyat dan penduduk untuk menyata serta menzahirkan perasaan cinta dan semangat patriotik mereka kepada raja, negara, bangsa dan agama serta

kesatuan dan perpaduan mereka pada mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan identiti bangsa. Yang Berhormat menyatakan perkara tersebut semasa mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, 2015 di Dewan Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Semasa mesyuarat tersebut, Yang Berhormat menaruh harapan agar semua jawatankuasa yang terlibat

Muka 3

Muka 4

SYARIKAT Samima sediakan buku teks mencukupi

DBP akan memperkasa budaya membaca

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa berucap mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, 2015 yang berlangsung di Dewan Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam memastikan persediaan sambutan berjalan dengan lancar dan rapi sebagaimana yang dihasratkan. Antara yang dibincangkan pada mesyuarat itu ialah bagi penetapan beberapa acara sektoral atau sampingan bagi Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 termasuk penerangan mengenai logo yang terpilih, upacara menaik dan menurunkan bendera besar, format

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

persembahan padang, Majlis Doa Kesyukuran, Perhimpunan Agung serta aktiviti-aktiviti lain. Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Juga hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned; Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri

Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof; Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Setiausaha-Setiasuaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap. Semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut, Yang Berhormat turut menyentuh mengenai dengan pengibaran bendera di rumah-rumah bagi melahir dan menzahirkan semangat patriotik serta penyertaan rakyat dan penduduk ke arah memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan. Ke muka 20

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 22 Dis 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu