Pelita Brunei - Isnin 22 Feb 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PENDIDIKAN generasi muda di rumah dan di sekolah juga jangan diabaikan. Kerana pendidikan itu, terutama pendidikan ugama, adalah tonggak untuk memperolehi kekuatan.'' - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436 Hijrah / 22 Februari 2015 Masihi.

''KATAKANLAH lagi (kepada-Nya) adalah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az-Zumar, ayat 9).

22 FEBRUARI 2016 / 1437

TAHUN 61 / BILANGAN 23

Jayakan diri demi masa hadapan

13

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Ivy League ungguli Kejohanan Bola Jaring

Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah JERUDONG, Sabtu, 20 Februari. - Para pelajar yang menerima anugerah Program Galakan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD ALAF) diseru agar tekun berusaha, rajin dan fokus untuk menjayakan diri demi masa hadapan mereka serta keluarga. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyeru demikian pada Majlis Penganugerahan Dana Bantuan Program BIBD ALAF yang berlangsung di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong. Yang Berhormat seterusnya berkata, para pelajar dan ibu bapa mereka wajib bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang mentaufikkan inisiatif BIBD ALAF sampai kepada mereka. Terdahulu, Yang Berhormat berkata, masa depan yang cemerlang yang dijana menerusi projek ini ialah kecemerlangan dalam bidang pendidikan bagi masyarakat yang kurang bernasib baik, bahkan sekali gus menyediakan platform kerjaya dan ruang pekerjaan melalui skim bantuan (tajaan) yang sistematik. Ke muka 4

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berangkat menyertai Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Jaring anjuran kolaborasi bersama SPORTSBru dan Rejuven8 yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan permainan secara round robin. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 3).

Berganding bahu tanai tema 'Generasi Berwawasan' Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

1 Hari lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Februari. - Detik bersejarah yang dinantikan oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, iaitu Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun 2016 ini akan berlangsung Selasa ini, 23 Februari setelah negara ini meraih kemerdekaan penuh lagi berdaulat pada tahun 1984. Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara, di mana pernah menjadi saksi laungan 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali semasa mencapai kemerdekaan dan kedaulatannya pada

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

1 Januari 1984 yang kemudiannya disambut pada tarikh keramat itu setiap tahun. Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32, sepertimana jua sambutan-sambutan ulang tahun sebelumnya dengan temanya 'Generasi Berwawasan' merupakan sambutan yang sangat penting dan signifikan bagi memperlihatkan semangat patriotisme, perpaduan yang jitu, ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda bersama dalam mendukung Wawasan 2035 dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Sementara itu, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 akan diadakan pada petang 22 Februari 2016 di seluruh masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara. Apa yang diharapkan ialah tanggungjawab dan peranan semua pihak untuk terus berganding bahu dan bekerjasama adalah amat penting bagi memastikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam nanti dapat berjalan dengan lancar, teratur dan sempurna.

Faksimile: 2381004

Muka 5 PERSIAPAN sambutan Hari Kebangsaan Ke-32 berjalan lancar

Muka I - VIII KELUARAN khas sempena Hari Kebangsaan Ke-32

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.