Pelita Brunei - Isnin 22 Sept 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PARA belia mesti tampil menjadi wira keadaan. Corakkanlah keadaan itu dengan kebajikan. Biar ia malar tenteram dan menyenangkan serta berhias dengan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-9 Tahun 2014 pada 8 Zulkaedah 1435 Hijriah bersamaan 3 September 2014 Masihi.

“ALLAH meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” - (Surah Al-Mujaadilah ayat 11).

TAHUN 59 / BILANGAN 118

22 SEPTEMBER 2014 / 1435

Laporan : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari New York, Amerika Syarikat

27

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT, Ahad, 21 September.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti AlMarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat tiba di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Sesi Ke-69 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA Ke-69). Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng (gambar kiri) dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB di New York, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail dan Datin. Berangkat mengiringi baginda berdua ialah YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dijunjung berangkat ke Hotel New York Palace tempat persemayaman di sepanjang Perhimpunan Agung PBB Ke-69. Sejurus keberangkatan tiba, di hotel persemayaman, baginda berdua dijunjung oleh Pengurus hotel berkenaan Mr. David Chase. Juga mengiringi keberangkatan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Perdebatan Umum Sesi Ke-69 Perhimpunan Agung PBB yang akan bermula pada 24 September 2014 sehingga 1 Oktober 2014 di Ibu Pejabat PBB, New York dengan tema ‘Delivering on and Implementing a Transformative Post-2015 Development Agenda’. Pada tahun ini, Perhimpunan Agung PBB akan dipengerusikan oleh Presiden PBB, Tuan Yang Terutama Sam Kutesa. Perhimpunan kali ini juga menandakan tahun ke-30 keahlian Negara Brunei Darussalam dalam PBB sejak menjadi anggota yang ke-159 pada 21 September 1984 dan sejak itu Negara Brunei Darussalam telah memainkan peranan bersama masyarakat antarabangsa dalam menangani pelbagai isu serantau dan global.

Program Pemangkin PSR

Berjaya tingkatkan pencapaian pembelajaran Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor TUNGKU, Sabtu, 20 September. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, pada tahun ini lebih 6,500 orang pelajar akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan menentukan masa depan mereka untuk memasuki pengajian menengah. “Pihak-pihak yang berkenaan adalah bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan akan dicapai semasa peperiksaan itu nanti,” jelasnya pada Sesi Kongsi Sama Yang Berhormat Menteri Pendidikan

bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah Senegara di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini, Jelas Yang Berhormat lagi, semasa perasmian Majlis Mesyuarat Negara Ke-10, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan bagi penubuhan sebuah unit baru di Jabatan Perdana Menteri yang disebut sebagai penggerak yang mana matlamat utamanya ialah untuk menyelaraskan kualiti kehidupan rakyat Brunei. Tanggungjawab yang utama bagi Kementerian Pendidikan pula, tambahnya, ialah melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi dan ini diukur dengan melihat kepada keputusan peperiksaan.

Sejak Program Pemangkin PSR diperkenalkan, ia telah berjaya menunjukkan peningkatan pencapaian pembelajaran dan juga pemantapan peratus kehadiran murid-murid ke sekolah. Salah satu pendekatan program ini ialah penempatan seramai 85 murid yang terdiri daripada 43 lelaki dan 42 perempuan daripada 15 buah sekolah yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan dan bimbingan di Asrama Putera dan Puteri Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong serta seterusnya mengikuti sesi pembelajaran yang intensif termasuk pendidikan agama (di bawah pengawasan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama) di maktab ini sejak 10 Ogos 2014.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Qari negara juara di Moscow BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 21 September . - Qari Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad bin Ali telah mengharumkan nama negara setelah muncul juara di Pertandingan Tilawah Al-Qur’an Antarabangsa Ke-15 di Moscow, Rusia yang diadakan dari 18 hingga 20 September lepas. Awang Muhammad berusia 30 tahun merupakan mahasiswa Tahun 3 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Beliau pernah menyertai Tilawah Al-Qur'an Peringkat Dewasa, Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan juga pernah menyertai Tilawah Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa di Jakarta, Indonesia. Negara Brunei Darussalam telah diundang buat kali kedua pada Pertandingan Tilawah Al-Qur’an Antarabangsa di Moscow, Rusia selepas menyertainya buat kali pertama pada tahun lepas. Sebelum menyertai pertandingan tersebut, Awang Muhammad telah membuat persiapan awal sejak bulan Ramadan yang lalu bersama pembimbing yang ditugaskan. Kejayaan beliau ini adalah juga kejayaan negara yang memang berhasrat ingin melahirkan lebih ramai qari dan qariah yang cemerlang dan berpotensi serta berkemahiran tinggi dalam semua aspek pembacaan Al-Qur’an.

Ke muka 24 Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 22 Sept 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu