PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“DENGAN meningkatkan semangat berdikari di kalangan rakyat dan penduduk, ianya akan dapat mengurangkan pergantungan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerajaan. Menuju ke arah berdikari ini, kerajaan akan sentiasa memberikan galakkan dan dorongan kepada mereka yang benar-benar berusaha, sebagai contoh, ialah melalui penswastaan beberapa projek pertanian sebagai langkah permulaan.” - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1989.
“DAN kalaulah penduduk sesebuah negara itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan rasul-rasul Kami lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al A'Raaf ayat 96).
TAHUN 60 / BILANGAN 23
23 FEBRUARI 2015 / 1436
4
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Negara perlu mempelbagai ekonomi Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Aimi Sani BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Februari. - Budaya berjimat cermat adalah satu nilai penting yang perlu dipupuk oleh semua pihak lebih-lebih lagi di saat-saat pendapatan berkurangan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, kebergantungan ekonomi kepada satu sektor sahaja adalah dianggap tidak berdaya tahan. “Kita perlu mempelbagaikan ekonomi sebagai persiapan menutupi masa-masa sukar yang tidak diduga,” titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, antara cara berkesan melipatgandakan usaha tersebut ialah dengan menarik lebih banyak pelaburan langsung luar negeri (FDI) dalam sektor bukan minyak dan gas, memperbaiki suasana pelaburan dan perusahaan, mempermudahkan tatacara penubuhan dan perjalanan perusahaan, menyediakan infrastruktur fizikal dan memperkasa modal insan.
Keperluan yang juga tidak usah diabaikan, ujar baginda, ialah penyediaan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja sektor swasta. Pihak kerajaan, tegas baginda, telah pun menyediakan dasar dan program untuk memperlengkap tenaga tempatan dengan kebolehan dan kemahiran yang diperlukan namun tidak ramai yang mahu berlumba untuk mengisikan peluang-peluang yang sedia ada. “Mengapa ini berlaku? Mungkin sahaja kerana mereka belum dapat melepaskan diri dari belenggu comfort zone dalam mana kebanyakan anak-anak tempatan kita masih terlalu berharap kepada sektor kerajaan untuk pekerjaan,” titah baginda. Kebawah DYMM seterusnya menyeru, semua pihak supaya mencari penyelesaian. Dalam pada itu, Kebawah DYMM turut menyentuh mengenai keusahawanan di mana pada 1 Januari 2015 yang baru lalu, baginda telah pun memperkenankan pindaan ke atas Akta Lesen Rampaian (Pindaan) 2015 yang antara lain memperuntukkan bagi Lesen Rampaian digantikan dengan Lesen Perniagaan. Ke muka 24
Muka 3
S.LEAGUE-DPMM FC Football Fanfare 2015 dapat sambutan E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31. - Foto : Azmah Haji Ahad.
Pelihara keamanan BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah untuk berjaya generasi penerus perlulah berwawasan dengan melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Di antara cabaran itu, titah baginda, ialah memelihara keamanan, suatu kurnia daripada Allah, yang pada sekian lamanya telah kita nikmati bersama-sama. Dengan adanya keamanan tersebut, titah baginda, maka dapatlah kita menjalani kehidupan ini dengan penuh selesa serta dapat juga menyusun dan melaksanakan pelbagai rancangan kemajuan, sehingga kemudiannya menghasilkan buah yang lazat, berupa kemakmuran dan kesejahteraan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah
demikian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei. Bertitah mengenai keamanan juga, baginda menekankan bahawa ianya adalah tanggungjawab semua pihak, bukan diserahkan kepada pihak-pihak keselamatan dan agensi-agensi penguatkuasaan sahaja. malah orang ramai juga adalah perlu memberikan kerjasama yang erat dan padu. Salah satu anasir yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan, titah baginda, ialah penyalahgunaan dadah di mana dalam konteks ini, agensi-agensi kerajaan, orang ramai, ibu bapa, pihak sekolah, organisasi bukan kerajaan dan pemimpin akar umbi hendaklah bersatu tujuan memupuk kesedaran dan menggandakan lagi usaha memerangi penyalahgunaan dadah itu. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn