Pelita Brunei - Isnin 23 Mac 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PENTADBIRAN agama secara am, akan terus juga berjalan dengan giat dan lancar. Kemajuan di semua segi serta kelicinan mengendalikan dasar-dasar dan polisi-polisi keagamaan menurut hukum syarak, perlulah dikenalpasti dan dirundingkan selalu, iaitu sebagai langkah mengelakkan salah tafsiran yang boleh mengakibatkan kerugian dan rosak polisi atau dasar-dasar yang baik itu.” - Titah Sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam pada 25 September 1990.

“DAN Kami turunkan air hujan dari langit dengan kadar yang tertentu serta Kami menempatkannya (tersimpan) di bumi, dan sesungguhnya Kami tentu berkuasa melenyapkannya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Mu’min ayat 18).

TAHUN 60 / BILANGAN 35

23 MAC 2015 / 1436

2

JABATAN PENERANGAN

Persahabatan Brunei-Pakistan terus diperkukuh

EDISI ISNIN / PERCUMA

PPNBD perlu proaktif Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman, Azmah Haji Ahad

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif serta kerajaan dan rakyat republik tersebut sempena dengan sambutan Hari Pakistan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif serta kerajaan dan rakyat republik tersebut sempena dengan sambutan Hari Pakistan. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Islam Pakistan, TYT Mamnoon Hussain, baginda berharap semoga TYT dan rakyat Pakistan akan menikmati kebahagiaan dan kemakmuran dan baginda yakin bahawa persahabatan yang sangat bernilai di antara kedua-dua buah negara akan diperkukuhkan lagi di masa akan datang. Pada mengakhiri perutusan kepada TYT Mamnoon Hussain, baginda menyampaikan salam muhibah serta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga TYT akan dikurniakan kesihatan yang sihat walafiat dan kebahagiaan yang berterusan. Manakala, di dalam perutusan Kebawah DYMM kepada Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, TYT Muhammad Nawaz Sharif, baginda amat gembira dengan persahabatan mesra yang sudah lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan berharap untuk

mengukuhkan lagi pertalian dua hala serta hubungan sebagai rakan kongsi serantau dan antarabangsa di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan terutamanya di dalam pertubuhan OIC dan Komanwel. Pada mengakhiri perutusan kepada TYT Muhammad Nawaz Sharif, Kebawah DYMM berharap semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan kepada TYT dan rakyat Republik Islam Pakistan sentiasa menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Sementara, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Penasihat Perdana Menteri mengenai Keselamatan Negara dan Hal Ehwal Luar, Republik Islam Pakistan, TYT Sartaj Aziz serta kerajaan dan rakyat Republik Islam Pakistan sempena Hari Pakistan, hari ini. Dalam sabda perutusan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia sangat menghargai hubungan persahabatan antara kedua-dua buah negara dan sumbangan rakyat Pakistan kepada pembangunan Negara Brunei Darussalam terutama dalam bidang kesihatan dan pendidikan. DYTM seterusnya berharap untuk meneruskan kerjasama ke arah mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama serantau dan antarabangsa.

BND1 bilion diperuntukkan bagi RKN 2015 / 2016 Laporan : Abu Bakar Haji Abdul Rahman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac. Pelaksanaan projek-projek yang dirancang di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-10 telah berjalan dengan lancar bagi mendukung aspirasi negara sebagaimana

objektif yang telah ditetapkan di dalam Wawasan Negara 2035. Walau bagaimanapun usaha untuk membangun dan membina sektor swasta yang kukuh masih lagi perlu dipertingkatkan bagi mencapai matlamat dasar untuk mempelbagaikan sumber ekonomi negara. Ke muka 11

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac. - Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) diharap agar terus proaktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada menyemarakkan semangat sukarelawan dan patriotik dalam memupuk perpaduan dalam bermasyarakat. Di samping itu, usaha juga perlu dipertingkatkan dalam membentuk perwatakan dan menerapkan minda positif (positive mindset) menerusi nilai-nilai murni demi melahirkan generasi muda yang cemerlang. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Ketua Pengakap PPNBD bersabda, melahirkan harapan tersebut pada Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Waran-Waran Pesuruhjaya, Pingat-Pingat Pengakap kepada pemimpin-pemimpin pengakap dan sijil-sijil penghargaan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru besar sekolah yang mempunyai pasukan pengakap, bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Jalan Gadong, di sini. Dengan berbuat demikian, Duli Yang Teramat Mulia yakin bahawa PPNBD akan berupaya membantu usaha-usaha kerajaan ke arah mengekalkan keharmonian dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam. Terdahulu, DYTM bersabda menyatakan bahawa melalui program-program yang disediakan, pergerakan pengakap telah berupaya menggalakkan individu-individu untuk bergiat aktif dan bertanggungjawab terhadap perkembangan diri sendiri agar menjadi individu yang lebih berdikari, komited, bertanggungjawab dan suka membantu. "Selain itu, apa yang juga kita mahu terapkan dalam setiap diri pengakap-pengakap muda ini ialah ilmu pengetahuan serta soft skills yang berasaskan nilai-nilai murni seperti sifat hormat, pemedulian dan daya tahan dengan sentiasa mementingkan perpaduan dan keharmonian," sabda DYTM. Sabda DYTM lagi, inilah aspek-aspek utama bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari semua sudut khasnya di kalangan para belia sebagai aset negara dan juga selaku generasi penerus ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Dalam hubungan itu, DYTM menyeru PPNBD untuk mempergiatkan lagi usaha ke arah perkembangan dan pengemaskinian setiap aspek perencanaan program serta aktiviti-aktivitinya. "Ianya diharap akan terus relevan dan bersifat outcome oriented serta berupaya menghasilkan impak positif, selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan 2014 - 2024 Persekutuan ini. Justeru itu, penelitian dan pemantauan terhadap kemajuan inisiatif-inisiatif yang dimuatkan dalam pelan strategik berkenaan hendaklah sentiasa dilakukan secara teratur dengan berasaskan data-data penting dan lengkap," sabda DYTM. Ke muka 4

Muka 5

Muka 6

DOA kesyukuran sempena Hari Hutan Antarabangsa 2015

MENTERI-MENTERI Pertahanan ASEAN kunjungi PM Malaysia

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 23 Mac 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu