''NAMUN perlu diingat, musuh utama yang sentiasa mengintai-intai ialah 'kelalaian'. Jika sedikit kita lalai, boleh mengakibatkan bencana atau musibah. Betapa tidak, bukankah di sebalik keamanan itu masih terdapat ketidakpastian berupa kemungkinan wujudnya anasir dan ancaman yang kita tidak sangka-sangka?'' - Titah Sempena Majlis Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-49.
''DAN sesiapa yang berpaling ingkar daripada peringatan Ku (petunjuk Ku), maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ar-Ra'd, ayat ke-28).
4.33
TAHUN 61 / BILANGAN 62
4.43
6.06
23 MEI 2016 / 1437
6.30
16
12.18
3.42
6.28
7.42
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Pertama Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Aimi Sani Foto : Masri Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Mei. - Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Pertama yang bermula 21 Mei lalu berakhir dengan mempertandingkan acara lelaki dan perempuan antaranya 100 Meter Gaya Bebas, 200M Gaya Bebas, 50M Kuak Lentang, 100M Kuak Dada, 200M Kuak Dada, 200M Kuak Kupu-Kupu dan 100M Medley Perseorangan. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan kejohanan yang berlangsung di Kolam Renang Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas 'B'. DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Pertama di Kolam Renang Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
Ke muka 3
Ketakwaan membawa keberkatan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
Peluang pekerjaan sektor awam sengit Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mei. - Taklimat kerjaya 'Temu Duga' merupakan taklimat tahunan yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Menurut Siaran Akhbar UNISSA, taklimat itu dikhususkan bagi bakal graduannya yang akan menceburi bidang pekerjaan selepas
menamatkan pengajian mereka. Antara objektif taklimat sebagai persiapan dan pendedahan kepada bakal graduan mengenai cara untuk memohon pekerjaan dan menghadiri temu duga serta mengongsikan tips apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga. Selain itu, membantu menambah sumber pendapatan dengan memahami lebih mendalam mengenai bidang keusahawanan.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Dalam taklimat oleh Bahagian Pengambilan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dayang Norhazirah binti Haji Ismail turut mengongsikan mengenai jenis iklan yang sesuai dipohon oleh para graduan, iaitu iklan 7(a), perkara yang perlu diambil berat semasa memohon jawatan kosong seperti memastikan tarikh tutup iklan yang dipohon dan perkara yang perlu dilakukan sebelum temu duga, iaitu membuat penyelidikan terlebih dahulu mengenai jawatan yang dipohon sebelum masuk menduduki temu duga. Ke muka 13
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BERAKAS, Sabtu, 21 Mei. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sempena Menyambut Israk dan Mikraj yang diselenggarakan bersama oleh Jabatan Agrimakanan dan Bahagian Pengurusan dan Kewangan KSSUP. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP itu ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong.
Faksimile: 2381004
Ke muka 5
Muka 5
KEMENTERIAN Perhubungan rai pesara
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn