PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BETA suka menyarankan supaya para ilmuwan perlu berdiri teguh selaku ilmuwan sejati, untuk menulis dan bercakap, semata-mata berlandaskan ilmu pengetahuan jua, tanpa dipengaruhi oleh lain-lain elemen.'' - Titah Perasmian Majlis Ilmu 2015 Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun pada 27 Muharam 1437 Hijrah / 9 November 2015 Masihi.
''DAN demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang pertengahan (sebagai umat yang adil dan pilihan) supaya kamu menjadi saksi atas manusia tentang yang benar dan yang salah dan Rasulullah pula akan menjadi saksi atas perbuatan kamu.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143.
TAHUN 60 / BILANGAN 140
23 NOVEMBER 2015 / 1437
11
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
ASEAN terus komited kekalkan keamanan
SEPULUH PEMIMPIN ASEAN ... Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan dan pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain bergambar ramai pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Malaysia (Lihat muka 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 16, 17 dan 32).
Laporan : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah dari Kuala Lumpur, Malaysia
Muka 26 dan 27
Muka 28 dan 29
BRUNEI DPMM FC juara Liga Singapura
PERLUMBAAN Go-Kart meriahkan ibu negara
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Sabtu, 21 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa ASEAN telah mengalami banyak perubahan sejak tahun 1967 dan baginda melahirkan perasaan gembira berada di kalangan para pemimpin ASEAN dalam masa ASEAN mencapai satu lagi kejayaan bersejarah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
bertitah demikian semasa Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Malaysia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia menambah titah bahawa ASEAN telah mencapai banyak kemajuan sejak beberapa tahun dan telah banyak menyumbang kepada keamanan berterusan, kestabilan dan keselamatan di rantau ini. Baginda bertitah mengambil maklum bahawa negara-negara ekonomi ASEAN telah mencapai pertumbuhan, masyarakat ASEAN menjadi semakin rapat, dan yang penting sekali, ASEAN telah beroleh manfaat hasil usaha pemimpin-pemimpinnya. Ketika bertitah, Kebawah DYMM menegaskan bahawa prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam ASEAN (ASEAN Charter), terutama sekali dalam pembangunan konsensus, telah menyumbang kepada kejayaan pemimpin-pemimpin ASEAN. Ke muka 6
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn