Pelita Brunei - Isnin 23 OKT 2017

Page 1

''BETA optimis dengan perkembangan ini, ditambah lagi dengan kestabilan sosiopolitik negara, akan menjadikan UNISSA lebih berpotensi untuk menarik lebih ramai lagi pelajar dari dalam dan luar negara, dan sekali gus menjadikan UNISSA sebagai hab pusat pengajian Islam di rantau ini. Ikhtiar ke arah ini tidak syak lagi akan membuka peluang lebih luas untuk meningkatkan kebolehpasaran lulusan UNISSA. Sesungguhnya dengan pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, pelajar UNISSA juga mampu untuk menjadi lulusan yang serba boleh, yang boleh berkhidmat di pelbagai sektor, termasuk juga menjadi usahawan yang berjaya.'' - Titah Sempena Majlis Haflut Takharruj Ke-7 UNISSA bagi Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi pada 25 Muharam 1439H bersamaan 16 Oktober 2017M.

''MAKA ingatlah kamu kepada Ku dengan melakukan sembahyang, berzikir dan lain-lain perbuatan taat nescaya Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepada Ku dengan taat mengerjakan suruhan Ku dan janganlah kamu mengingkari Ku dengan berbuat derhaka dan maksiat.'' - (Surah Al-Baqarah, ayat 152).

4.37

TAHUN 62 / BILANGAN 127

4.47

6.05

23 OKTOBER 2017 / 1439

12.06

6.28

3

3.24

6.04

7.14

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat rasmikan Taman Mahkota Jubli Emas Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Md. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menandatangani plak perasmian Taman Mahkota Jubli Emas. - Foto : Masri Osman. (Lihat muka 3, 4, 5, 6, 7, 12 dan 13).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan perasmian Eko Koridor dan seterusnya berkenan bagi penukaran nama Eko Koridor menjadi Taman Mahkota Jubli Emas. Ke muka 3

BIBD diumumkan bank terkukuh di negara ini Siaran Akhbar : Bank Islam Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Oktober. - Institusi kewangan utama di negara ini iaitu Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah diumumkan sebagai bank terkukuh di Brunei Darussalam dan salah satu yang paling kukuh di Asia Pasifik oleh

The Asian Banker (TAB). Diumumkan sebagai Bank Terkukuh di Asia Pasifik oleh Balance Sheet, BIBD berada di tangga ke-14 daripada 500 bank. Ia juga merupakan satu-satunya bank negara yang dipaparkan dalam kedudukan institusi

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

kewangan terkemuka Asia Pasifik untuk dua tahun berturut-turut. Ini menjadi kebanggaan yang besar untuk Brunei Darussalam dan BIBD. Anugerah tersebut adalah berikutan dengan kejayaan BIBD mengekalkan penarafan A- dari Standard and Poor's yang mengenal pasti bahagian pasaran dominan, kelebihan dan kepimpinan skala BIBD di negara ini. Pengiktirafan yang diberikan

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

oleh TAB, penyedia utama perisikan strategik di industri perkhidmatan kewangan di rantau ini, berdasarkan penyata imbangan Bank 2016. Anugerah tersebut

merupakan pengiktirafan kedua BIBD dari TAB tahun ini selepas menerima 'The Best Retail Bank In Brunei' pada awal tahun ini. Ke muka 2

ROMBONGAN ketiga jemaah haji negara bertolak

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 23 OKT 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu