Pelita Brunei - Isnin 24 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“OLEH itu, mengambil peluang di sini, beta ingin mengingatkan supaya kita semua sentiasa waspada dan berhati-hati terhadap kemungkinan-kemungkinan negatif penggunaan ICT, terutama di kalangan generasi muda bahkan juga kanak-kanak. Penggunaan-penggunaan yang tidak betul dan menyeleweng, boleh mengundang kepada kemudaratan-kemudaratan serius, baik ia bagi individu, mahupun keluarga dan masyarakat.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun I434 Hijrah / 2013 Masihi 19 Syawal 1434H bersamaan 27 Ogos 2013M.

“DAN Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah- Ku.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56).

TAHUN 59 / BILANGAN 144

22 NOVEMBER 2014 / 1436

29

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berhati-hati dengan pemikiran ‘mujaddid’ Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohiddin, Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan mengurniakan ijazah kepada Dayang Hajah Ernie Suzana binti Haji Mohd. Zain pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain di negara ini diingatkan supaya tidak terlepas pandang terhadap perkembangan golongan pembaharu yang giat menampilkan pemikiranpemikiran atau teori-teori baru untuk mempertikai yang lama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Dengan yang demikan, titah baginda, kita perlu berhati-hati dengan pemikiran-pemikiran semasa tentang Islam. Jika dahulu ada golongan yang dipanggil dengan nama golongan ‘kaum muda’ tetapi sekarang pendekatan itu mungkin berubah dengan panggilan ‘mujaddid’ atau pembaharu pula. “Golongan ini kelihatannya seperti saja satu gerakan berasaskan ilmu. Mereka giat menampilkan pemikiran-pemikiran atau teori-teori baru untuk mempertikai yang lama. Misalnya apabila menyebut tentang Undang-Undang Jenayah Syar’iah, ada yang berkata: Undang-undang ini mestilah ditangani secara baru, serba-serbi baru termasuk sumber rujukan juga dikehendaki baru. Jika masih saja mengambil pendekatan lama maka undang-undang itu tidak boleh diterima,” titah baginda. Ke muka 24

Guru ugama profesional lahirkan sahsiah hebat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah bahawa fungsi terbesar KUPU SB ialah untuk menyebar dan mempertahankan ajaran ugama Islam melalui perguruan ugama. Bidang ini, titah baginda, dianggap paling penting untuk melahirkan manusia pendidik yang berilmu dan beramal menurut acuan Ahli Sunnah Waljamaah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. “Adalah belum lumrah atau mungkin juga belum ada lagi institusi pengajian tinggi perguruan yang berorientasikan pendidikan Islam secara khusus, jika ini benar, bererti KUPU SB adalah satu-satunya yang

mengambil punggur ke hadapan bagi memenuhi keperluan ini. Beta dan negara amatlah berbangga dengannya,” titah baginda. Jelas baginda, kita menyedari persepsi terhadap guru pada masa ini tidak terkecuali guru ugama bukan lagi setakat memfokus kepada guru yang baik semata-mata tetapi juga menghendaki supaya guru itu mampu untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan, dalam makna dari guru good teaching kepada guru effective teaching. Dengan yang demikian, tegas baginda, matlamat utama kita ialah melahirkan guru-guru ugama profesional yang berupaya melahirkan sahsiah-sahsiah yang hebat. Di antara ciri-ciri yang hebat menurut baginda ialah sifat soleh, berpengetahuan luas dan mendalam, pandai merancang dan mengurus serta mempunyai watak-watak kepimpinan dan perguruan yang digalati. Sehubungan itu titah baginda, KUPU SB perlu untuk menyediakan program-program yang benar-benar bersesuaian serta menepati sasaran.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

Muka 4

TMM Ke-9 bincang kemajuan sektor pengangkutan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

S

EGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga serta sahabat-sahabat dan juga pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya juga, kita semua dapat berkumpul beramai-ramai di Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2014 pada pagi ini. Terlebih dahulu, pada kesempatan ini peramba / koala / saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada yang hadir kerana dapat meluangkan masa bagi sama-sama meraikan sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan Tahun 2014. Sambutan yang ke-5 kalinya kita adakan ini adalah seperti lazimnya bagi memberi penghargaan kepada peladang, petani, penternak dan nelayan di atas sumbangan yang diberikan dalam mengembangmajukan sektor pertanian, agrimakanan dan perikanan di negara ini serta untuk kesejahteraan penduduk negara ini jua. Di samping itu, sambutan ini serta pameran dan lain-lainnya berupaya menyuntik semangat dan menguatkan azam para peladang, petani, penternak dan nelayan untuk lebih bergiat demi masyarakat dan kemakmuran negara. Tema sambutan 'Makanan Terjana Negara Selamat' masih kita kekalkan. Ini mencerminkan betapa pentingnya usaha untuk memantapkan lagi tahap sekuriti makanan di negara ini bagi memenuhi keperluan penduduk yang merupakan bukan sahaja tuntutan siasah kenegaraan malah adalah tuntutan agama yang tidak boleh diambil ringan. Kita diingatkan bahawa aktiviti yang dituntut keseluruhannya adalah satu amalan terpuji yang dituntut oleh syara' sebagai fardu kifayah, iaitu berdosalah seluruh penduduk di sesebuah negara jika tidak ada seseorang pun melakukannya. Alhamdulillah, dari tahun ke tahun hasil pengeluaran pertanian, perikanan dan agrimakanan berkembang dengan baik walaupun pencapaian sebahagian sektor belum mencapai ke tahap sasaran yang dihasratkan. Nilai pengeluaran sektor pertanian secara keseluruhannya mencakupi perusahaan sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, perusahaan ayam pedaging dan telur ayam dan ternakan ruminant bernilai menghampiri $300 juta pada tahun 2013. Sementara itu, nilai pengeluaran sektor perikanan pula hampir bernilai $90 juta. Alhamdulillah negara setakat ini telah mencapai hampir sara diri penuh dalam pengeluaran ayam dan telur ayam, melebihi 80% sara diri dalam pengeluaran sayur-syaruan jenis tropika; 50% sara diri dalam pengeluaran buah-buahan jenis tropika; dan melebihi 80% sara diri dalam pengeluaran makanan laut. Bagi memastikan kelestarian sektor-sektor ini, usaha-usaha untuk memantapkan mutu, kualiti dan tahap keselamatan hasil-hasil pengeluaran juga dititikberatkan. Justeru itu, strategi dan program yang berkaitan dengan meningkatkan biosekuriti ladang; mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 bagi makmal-makmal pertanian dan perikanan; mengemaskinikan perundangan, pelaksanaan dan penguatkuasaan akta-akta dan penyediaan garis panduan pengeluaran produk halal yang berkualiti dan selamat sedang dilaksanakan.

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Ambil kira kelestarian alam sekitar

MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2014 pada 8 Muharram 1436 Hijrah / 1 November 2014 Masihi di Dewan Muhibbah, Pejabat Daerah Brunei Muara.

Setakat ini, kita telah memperolehi pengiktirafan ISO/IEC 1705:2005 Testing Laboratory bagi Perkhidmatan Makmal Veterinar (PMV) dan makmal Bahagian Keselamatan dan Agrimakanan. Pengiktirafan makmal-makmal tersebut telah diperolehi dari sebuah badan akreditasi makmal iaitu Singapore Accreditation Council (SAC). Dengan pengiktirafan tersebut ianya memberikan jaminan bahawa produk-produk yang dianalisa dari makmal-makmal tersebut adalah selamat, reliable, berkualiti tinggi dan membantu menembusi pasaran eksport. Selain itu, kita juga telah melaksanakan satu inisiatif bersama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk meningkatkan standard pengeluaran hasil, kualiti dan keselamatan sayur-sayuran, buah-buahan dan produk akuakultur di bawah projek ASEAN Good Agricultural Practices dan ASEAN Good Aquaculture Practices. Setakat ini, penggunaan Logo Brunei CAP untuk produk sayur-sayuran dan buah-buahan telah dapat dilaksanakan yang merupakan satu pengiktirafan kerajaan bahawa produk sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha adalah halal, selamat dan berkualiti tinggi. Kesedaran amalan Good Agricultural Practices dan Good Aquaculture Practices sehingga kini mendapat sambutan baik dari pengusaha-pengusaha. Bagi produk-produk ternakan kita juga telah melaksanakan Logo Pemeriksaan Veterinar

(LPV) yang juga merupakan satu pengesahan bahawa produk-produk yang dihasilkan telah lulus pemeriksaan veterinar mengikut peraturan dan garispandu yang telah ditetapkan. Dalam kita berusaha meningkatkan hasil pertanian, perikanan dan penternakan di negara ini, peramba / koala / saya ingin sekali lagi menasihatkan tentang peri mustahaknya mengambil kira kelestarian alam sekitar. Kesan negatif yang dibawa daripada amalan pertanian dan perikanan yang kurang bertanggungjawab (irresponsible farming dan irresponsible fishing and aquaculture) kepada alam sekitar sehingga menyebabkan pencemaran sungai-sungai, pencemaran udara, kerosakan kawasan pembiakan ikan-ikan, penggunaan kimia pertanian yang berlebihan, penggunaan antibiotic dalam perikanan sebaik-baiknya dihindarkan sama sekali. Peramba / koala dan saya juga ingin menyeru para peladang, petani, penternak dan nelayan supaya bersegeralah dan jangan berlengahlengah lagi menjadi peladang, petani, penternak dan nelayan yang progesif dengan lebih terlibat dan peka akan perkembangan dalam bidang masing-masing. Sebelum mengakhiri ucapan, peramba / koala / saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah sempena Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2014. Setinggi-tinggi penghargaan juga peramba / koala / saya tujukan kepada Jawatankuasa Penganjur Bersama Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2014. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan syabas kepada para peladang, petani, penternak dan nelayan di atas kegigihan dan semangat keusahawanan yang ditonjolkan untuk memajukan diri, keluarga dan negara sama ada secara individu atau berkumpulan. Sumbangan bakti dan usaha-usaha tuan-tuan dan puan-puan yang gigih, dedikasi dan tidak mengenal penat lelah dalam meningkatkan tahap pengeluaran ke arah menjamin sekuriti makanan negara dan memastikan makanan selamat untuk digunakan adalah sangat-sangat dihargai. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala memberkati dan mengurniakan taufik dan hidayahnya atas segala usaha kita bersama. Amin Ya Rabbal a’lamiin. Akhirnya, dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, peramba / koala / saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2014. Sekian, terima kasih. Wabillahit Taufik Walhidayah Wasssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

29

22 NOVEMBER 2014 BERSAMAAN 1436

GURU AGAMA PEMBENTUK SAHSIAH HEBAT

S

UMBANGAN kaum guru, tidak kira guru agama atau guru umum, adalah tidak ternilai dalam membangunkan kerohanian dan membangunkan negara. Apatah lagi yang mereka sampaikan itu bersangkut paut dengan dakwah untuk mengembangkan Islam. Sebagai seorang guru, nyata ia bukan merupakan perkara yang mudah untuk disampaikan, lebih-lebih lagi bagi seorang guru agama. Kita secara umumnya mengetahui bahawa tugas seorang guru agama adalah untuk menyampaikan ilmu Islam terus kepada anak muridnya. Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan, menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hal ini merupakan satu jalan bagi golongan guru ini berdakwah dan beribadah bagi mengembangkan syiar Islam seiring dengan tugas mereka mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang memiliki sahsiah mulia. Oleh yang demikian, guru-guru agama seharusnya memanfaatkan peluang mendidik anak bangsa ini sebagai penerus misi dakwah junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam. Oleh yang demikian, peranan guru agama adalah sangat penting, mereka inilah harapan kita untuk melihat pendidikan agama itu berada pada tahap terbaik, di samping merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir dan juga untuk mendukung pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Hal ini kerana sumbangan guru-guru agama inilah yang akan menjadi pemangkin kepada keberkesanan untuk mencapai hasrat murni itu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Keempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 20 November 2014, bertitah bahawa fungsi terbesar KUPU SB ialah untuk menyebar dan mempertahankan ajaran agama Islam melalui perguruan agama. Bidang ini, titah baginda, dianggap paling penting untuk melahirkan manusia pendidik yang berilmu dan beramal menurut acuan Ahli Sunnah Waljamaah. “Adalah belum lumrah atau mungkin juga belum ada lagi institusi tinggi perguruan yang berorientasikan pendidikan Islam secara khusus, jika ini benar, bererti KUPU SB adalah satu-satunya yang mengambil punggur ke hadapan bagi memenuhi keperluan ini. Beta dan negara amatlah berbangga dengannya,” titah baginda. Jelas baginda, kita menyedari persepsi terhadap guru pada masa ini, tidak terkecuali guru agama, bukan lagi setakat memfokuskan kepada guru yang baik sematamata tapi juga menghendaki supaya guru itu mampu untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan dalam makna dari guru ‘good teaching’ kepada guru ‘effective teaching’. Dengan yang demikian, tegas baginda, matlamat utama kita ialah melahirkan guru-guru agama profesional yang berupaya melahirkan sahsiah-sahsiah yang hebat. Di antara ciri-ciri yang hebat menurut baginda ialah sifat soleh, berpengetahuan luas dan mendalam, pandai merancang dan mengurus serta mempunyai watak kepimpinan dan perguruan yang digalati. Sehubungan ini, titah baginda, adalah perlu bagi KUPU SB untuk menyediakan program yang benar bersesuaian serta menepati sasaran. Oleh yang demikian, diharap dengan adanya guru agama profesional yang dilengkapi dengan kemahiran masing-masing akan dapat melahirkan umah yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Tahniah! kepada 219 graduan KUPU SB yang dianugerahkan ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvosyen kali ini. Diharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin para graduan untuk terus meraih kejayaan pada masa akan datang. - Ketua Penyuntingan (Md).

Pemberitaan/Rencana

Ketua Bahagian Pelita Brunei

Penyuntingan

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Haji Aliddin Haji Moktal, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Aryentty Haji Arifin Mohammad Arif Matali Hajah Sujimawati Mejari

Sastra Sarini Haji Julaini

Haji Sahari Akim, Samle Haji Jait, Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar, Abu Bakar Haji Abdul Rahman

AMBULANS 991

POLIS 993

Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Ali Termizzi Haji Ramlli / Haji Ramli, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani

Penyemakan

Penterjemahan

Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

Hajah Musmariani Haji Mohammad

Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Raini Haji Bidin, Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail

Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Jurainah Haji Jait, Nornasyirah Nordin

BOMBA 995

PENYELAMAT 998

(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam

123

NDMC 2380214


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

3

Ancaman internet terhadap kanak-kanak membimbangkan Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli KUALA BELAIT, Khamis, 20 November. - Risiko ancaman yang dihadapi oleh kanak-kanak melalui internet dan online semakin membimbangkan dan meningkat. “Risiko-risiko yang mereka hadapi termasuk yang berbentuk pornography, keganasan, ketagihan kepada permainan dan perjudian online, penipuan online, cyber bullying dan kata-kata kesat, termasuk juga kebencian kaum,” jelas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, pada Majlis Pelancaran Rasmi Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2014 di Dewan Persidangan Kuala Belait, di sini. Oleh yang demikian, Yang Berhormat meminta ibu bapa dan masyarakat umum di Negara Brunei Darussalam perlu berganding bahu dan bekerjasama dengan masyarakat global bagi membantras ancaman dan keganasan ke atas kanak-kanak sewaktu mereka melayari internet dan online. Yang Berhormat berkata, di Negara Brunei Darussalam dengan segala perkhidmatan dan kemudahan kesihatan kanak-kanak dan pendidikan serta kebajikan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara hampir mencapai keseluruhan sasaran matlamat Pembangunan Milenium yang meletakkan kanak-kanak dan hak mereka terhadap kehidupan, kesihatan, pendidikan dan perlindungan sebagai agenda utama. Namun begitu, tambah Yang Berhormat, Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah kanak-kanak yang terdedah kepada ancaman penganiayaan dan penderaan termasuk penderaan dan ancaman melalui siber. “Bagi memastikan ianya tidak berlaku secara berleluasa, Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan beberapa perundangan yang bertujuan untuk

menjaga dan melindungi kanak-kanak dari keganasan, penganiayaan dan eksploitasi,” ungkap Yang Berhormat. “Pihak kerajaan telah menyediakan undang-undang seperti ‘Women and Girl Protection Act’, ‘Children and Young Persons Act 2006’, ‘Islamic Family Order 1999’, ‘Unlawful Carnal Knowledge Act’ dan ‘Trafficking and Smuggling of Person’,” kata Yang Berhormat. Negara juga telah merasmikan ‘Child Online Protection Framework’ pada bulan Mac tahun ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada dieksploitasi melalui internet. Framework ini menggariskan peranan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam sama-sama menangani isu jenayah siber dalam kalangan kanakkanak. Menurut kajian Persekutuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) lebih 60 peratus kanak-kanak dunia berkomunikasi dengan menggunakan chat rooms setiap hari; tiga orang dalam setiap empat orang kanak-kanak secara mudah memberikan keterangan peribadi diri dan keluarga mereka online bagi pertukaran dengan barangan dan perkhidmatan. Manakala setiap tahun seorang daripada lima orang kanak-kanak menjadi sasaran pemangsa pedofilla dan dalam waktu yang sama 30 peratus perempuan remaja menghadapi gangguan seksual secara online melalui chat rooms dan hanya 70 peratus sahaja yang melaporkan kepada ibu bapa atau penjaga mereka. Hari Kanak-kanak Sedunia disambut 20 November setiap tahun, sejak 60 tahun yang lalu dan pada tahun ini sambutan bertema ‘Berhenti Melakukan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak’. Sementara itu, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) turut meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia Ke-8. Memandangkan trend jenayah siber berleluasa pada masa kini, Negara Brunei Darussalam telah memilih tema ‘Keselamatan Kanak-Kanak Online’. Pemilihan tema ini selaras dengan tema universal untuk mencegah keganasan terhadap

kanak-kanak termasuk keganasan siber. Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia bagi memberi pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak dan juga meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dunia dan setempat akan peranan dan tanggungjawab semua untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak. Format sambutan pada tahun ini dalam bentuk forum interaksi yang melibatkan penyertaan kira-kira 100 pelajar daripada 20 buah sekolah rendah di Daerah Belait. Forum ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mengetahui usahausaha, perkhidmatan-perkhidmatan dan program yang diungkayahkan oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam ‘Child Online Protection Framework’ dan memberi kesedaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa mengenai kepentingan penggunaan internet yang sihat. Pada akhir forum, wakil para peserta menyampaikan perolehan mereka sepanjang sesi berkenaan setelah perbincangan diadakan dalam kalangan mereka. Menurut kajian yang dibuat oleh Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), internet dan teknologi pada masa kini memudahkan pendera-pendera untuk menghubungi, mengganggu dan membuli kanakkanak. Selain daripada itu, internet dan teknologi juga mendedahkan kanak-kanak kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan moral seperti mengakses atau berkongsi imej seksual rakan-rakan. Mereka juga terdedah kepada kemungkinan mengakses imej penderaan yang membabitkan golongan mereka, menyampaikan mesej-mesej berunsur fitnah dan melanggar privasi orang lain. Perkara-perkara seperti ini akan memberikan implikasi besar bagi kanak-kanak itu sendiri sehingga ada yang menjadi mangsa penderaan seksual, terjerumus ke dalam gejala sosial dan bunuh diri. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat kepada golongan kanak-kanak dan orang muda terutama dalam hal ehwal yang membabitkan

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyaksikan pameran hasil kraf tangan penuntut-penuntut Pra Vokasional Sekolah Menengah Perdana Wazir.

pelayaran internet yang boleh disalahgunakan oleh golongan pendera. Selain itu, pemulihan yang konkrit perlu diberikan kepada golongan kanak-kanak yang menjadi menjadi mangsa. Sejurus menyempurnakan pelancaran majlis, Yang Berhormat telah berkesudian menjawab soalan yang diajukan oleh media tempatan berkaitan dengan kanak-kanak yang terabai dan terlibat dalam jenayah. Menurut Yang Berhormat, keruntuhan rumah tangga seperti perceraian ibu bapa memberi impak yang sangat besar terutama kepada perkembangan anak-anak. Meskipun mereka telah bercerai, kedua-dua belah pihak mestilah bijaksana dan hendaklah terus mengekalkan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. “Kanak-kanak yang diberikan perlindungan dan ditempatkan di rumah kebajikan di bawah kelolaan JAPEM, persekolahan dan kebajikan mereka seumpamanya akan sentiasa dijaga dengan sempurna. Pihak JAPEM akan sedaya upaya akan memastikan suasana persekitaran di rumah kebajikan tersebut selesa dan harmoni, dengan suasana sedemikian akan membantu emosi, membantu perkembangan minda dan intelektual kanak-kanak tersebut,” jelas Yang Berhormat. Sementara itu, terdapat satu perintah mahkamah apabila seseorang penjenayah di bawah umur yang belum

layak dimasukkan ke penjara, mereka akan ditempatkan di bawah penjagaan JAPEM, di sana mereka akan menjalani berbagai bentuk program pemulihan akhlak, emosi, keimanan dan tanggungjawab sosial mereka. Yang Berhormat menyatakan kanak-kanak yang dimasukkan di pusat pemulihan tersebut akan menjalani tempoh pemulihan seperti yang diperintahkan oleh mahkamah. Mereka akan diberikan peluangpeluang seperti belajar, mengembangkan kemahiran mengikut kemahiran mereka. “Apabila selesai menjalani tempoh pemulihan, ada di antara mereka telah ditawarkan untuk masuk Program Khidmat Bakti Negara. Alhamdulillah ia berjaya dan anak tersebut dapat merubah dirinya malahan keluarganya begitu teruja melihat perubahan anak mereka itu,” ungkap Yang Berhormat. “Dalam waktu yang sama, kita juga menawarkan bagi mereka yang tidak meneruskan pelajaran untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran di Pusat Pembangunan Belia bagi memastikan mereka itu mendapatkan kemahiran-kemahiran yang dapat digunakan sama ada untuk mencari pekerjaan atau pun memulakan perusahaan secara kecil-kecilan,” jelas Yang Berhormat. Selain forum, sambutan pada tahun ini juga memperlihatkan pameran yang melibatkan tujuh buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang mengetengahkan perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Majlis Makan Malam meraikan graduan KUPU SB Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyampai sijil dan hadiah kepada graduan pada Majlis Makan Malam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Seramai 219 graduan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang menerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Keempat diraikan dalam Majlis Makan Malam di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat menyampaikan anugerah akademik KUPU SB, hadiah kepada para graduan dan pelajar cemerlang serta hadiah tajaan Brunei LNG. Seramai dua graduan dipilih menerima Anugerah Ra’es iaitu dari Fakulti Usuluddin, Dayang Hajah Noor Fazillah binti Haji Judin (Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Usuluddin

Tahun 4) dan dari Fakulti Shari’ah, Dayangku Hajah Mala Roslinayati binti Pengiran Haji Metusin / Metasim (Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Shariah) Tahun 4). Sementara itu, 16 graduan menerima Anugerah Dekan iaitu 10 daripada Program Sarjana Muda, empat graduan daripada Program Diploma dan seorang graduan masing-masing daripada Bidang Pendidikan serta Bidang Kurikulum dan Kurikulum Tambahan. Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan waqaf tarbiyah serta penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada mahasiswa / mahasiswi yang telah mengharumkan nama KUPU SB melalui pelbagai kegiatan. Antara lain, majlis bertujuan bagi meningkatkan rasa syukur dan tawada’

para graduan atas kejayaan mereka menamatkan kursus di KUPU SB, di samping menggalakkan graduan dan pelajar supaya berterima kasih dan menghargai staf akademik dan staf perguruan KUPU SB atas sumbangan khidmat yang diberikan semasa pengajian mereka. Ia juga bagi memberikan penghargaan kepada graduan yang cemerlang dalam pengajian mereka dan pelajar-pelajar yang cemerlang sepanjang pengajian semester dua sesi 2013/2014. Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; SetiausahaSetiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof dan Awang Haji Mohammad 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid.


4

NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Kesalinghubungan objektif utama BIMP-EAGA

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor

BERAKAS, Rabu, 19 November. Kesalinghubungan merupakan salah satu objektif utama yang mahu dicapai oleh negara-negara ahli Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) dalam usaha merapatkan jurang pembangunan di rantau ini. Pengangkutan yang selamat dan cekap bagi orang ramai dan produk barangan di rantau ini akan meningkatkan pembangunan sosioekonomi BIMP-EAGA. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyatakan perkara tersebut pada Sesi Plenari Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan BIMP-EAGA Ke-9 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini. Yang Berhormat menegaskan, walaupun telah banyak kemajuan dilaksanakan namun kita tidak harus berpuas hati dengan kemajuan ini di mana ada banyak lagi kerja yang

perlu dibuat. Penambahbaikan institusi khususnya dalam rangka kerja kawalselia pengangkutan ujar, Yang Berhormat perlu ditangani segera dan berkesan. Menurutnya, ini adalah disebabkan kebanyakan prosedur dan peraturan pengangkutan termasuk piawaian masih diguna pakai dan dibebani terlalu banyak pertindihan, prosedur yang tidak konsisten dan tidak telus melibatkan terlalu banyak agensi. “Ini akan menahan pergerakan lancar bukan sahaja bagi orang ramai dan barangan, malah dalam meningkatkan penyertaan sektor swasta,” jelasnya. Jelas Yang Berhormat, satu lagi aspek utama ialah pematuhan terhadap piawaian keselamatan antarabangsa yang mana ianya adalah penting untuk menanamkan keyakinan penumpang dan daya saing dalam industri. Oleh itu, Yang Berhormat menyeru agar semua usaha dan inisiatif pengangkutan yang dilaksanakan, akan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, terutamanya, Pelan

Induk Kesalinghubungan ASEAN. “Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan secara efektif arahan dari pemimpin-pemimpin kita bagaimana untuk menggerakkan agenda pengangkutan ke hadapan bagi menyokong penyelarasan yang lebih besar di antara empat tonggak BIMP-EAGA, iaitu kesalinghubungan, pengeluar makanan, pelancongan dan alam sekitar,” jelas Yang Berhormat. Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui Kementerian Perhubungan, terang Yang Berhormat, berusaha dengan sebaiknya bagi memastikan pembangunan sektor pengangkutan di negara ini adalah terarah bagi melengkapkan pembangunan serantau dan antarabangsa. Satu perkembangan terbaru NBD tambahnya ialah sempurnanya Pelan Induk Pengangkutan Darat yang mengenal pasti strategi-strategi ke arah sistem pengangkutan yang lebih berdaya tahan di negara ini. Yang Berhormat menambah, satu lagi perancangan masa depan negara ialah kesalinghubungan NBD dengan

negara jiran. “Saya penuh percaya adalah sangat mustahak bagi kita untuk sentiasa mengingati inisiatif-inisiatif di bawah pengangkutan BIMP-EAGA adalah selaras dengan strategi-strategi dan perancangan Pelan Induk ASEAN mengenai Kesalinghubungan dan Rangka Kerja APEC mengenai Kesalinghubungan. “Ini adalah bagi memastikan kita akan dapat menyelaraskan perkembangan BIMP-EAGA sebagai rantau kecil dan membuka jalan untuk pelaburan dan kerjasama daripada rakan-rakan di luar BIMP-EAGA,” ujar Yang Berhormat. Terdahulu Yang Berhormat menyatakan, sejak 20 tahun yang lalu, kita telah menyaksikan bagaimana sektor pengangkutan menyumbang kepada kemajuan yang baik dalam memudahkan pergerakan orang ramai dan barangan rentas sempadan di rantau BIMP-EAGA. Hari ini jelasnya, sudah banyak jalan dan jambatan yang dibina termasuk peningkatan hubungan udara.

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar mempengerusikan Mesyuarat MenteriMenteri Pengangkutan BIMP-EAGA Ke-9 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

TMM Ke-9 bincang kemajuan sektor pengangkutan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyertai sesi bergambar ramai bersama para delegasi Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan BIMP-EAGA Ke-9, di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

BERAKAS, Rabu, 19 November. Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan BIMP-EAGA Ke-9 (9th TMM) yang berlangsung di negara ini membincangkan mengenai perkembangan sektor pengangkutan dalam kalangan negara-negara ahli BIMP-EAGA termasuk projek-projek dan inisiatif yang sedang berjalan. Di samping itu, mesyuarat juga

menghurai dan membincangkan isu-isu ke arah meningkatkan hubungan pengangkutan di rantau kecil, khususnya dalam pelaksanaan langkah-langkah pengangkutan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antaranya, Pergerakan Rentas Sempadan bagi Bas Komersial, Menubuhkan dan menggalakkan rangkaian laut yang

cekap dan bersepadu serta MoU mengenai perluasan rangkaian udara dan MoU mengenai Transit dan Pengangkutan Barang antara negeri. Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) itu dipengerusikan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin

Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Delegasi yang menyertai mesyuarat terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan termasuk daripada sektor swasta. TMM kali ini juga menerima pakai pendekatan yang lebih pragmatik, berkesan dan bersepadu untuk memeriksa dan menangani cabaran

dalam pelaksanaan inisiatif pembangunan pengangkutan bagi memastikan pematuhan komitmen. Dalam masa yang sama, mesyuarat juga membincangkan pentingnya usaha bersepadu dan multi-sektoral dalam pembangunan pengangkutan rantau kecil dalam merangsang perdagangan, pelancongan dan aliran pelaburan di rantau ini serta merapatkan jurang pembangunan. Dalam hubungan itu, tumpuan diberikan untuk mempertingkatkan sektor pengangkutan dengan kelompok lain BIMP-EAGA seperti pelancongan untuk memastikan bahawa projek-projek dan pelan tindakan adalah selari dan menyokong satu sama lain. Mesyuarat juga memberi peluang kepada negara-negara anggota BIMP-EAGA dan wakil sektor swasta untuk membincangkan isu-isu dan kebimbangan di sektor masingmasing, di samping bertukar-tukar pandangan untuk mencapai persekitaran perniagaan yang lebih kondusif di rantau BIMP-EAGA. Sektor swasta dilihat sebagai pemacu utama dalam kejayaan BIMP-EAGA dan mesyuarat itu menyediakan forum bagi sektor swasta untuk membangunkan projek-projek EAGA yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di rantau EAGA. Mesyuarat TMM didahului dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pengangkutan Kanan Tidak Rasmi yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

5

Delegasi Mesyuarat BIMP-EAGA diraikan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Para delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri Menteri Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) Ke-9 diraikan pada Majlis Makan Malam, berlangsung di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Majlis Makan Malam tersebut diberikan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Ia bagi memberi peluang kepada para perwakilan tersebut untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan. Majlis Makan Malam yang diserikan dengan persembahan lagu

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa meraikan para delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) Ke-9 pada Majlis Makan Malam.

dan tarian tradisional Brunei itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari negara-negara anggota BIMP-EAGA, sektor swasta dan agensi-agensi lain yang berkaitan

dalam industri pengangkutan. Mesyuarat para menteri dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan dan dihadiri oleh menteri-menteri pengangkutan

dan pegawai-pegawai dari negara-negara anggota dan perwakilan dari Pusat Fasilitasi BIMP, Majlis Perniagaan BIMP-EAGA, Bank Pembangunan Asia

(ADB) dan Sekretariat ASEAN. Skop mesyuarat itu membincangkan tentang kemajuan dan cara bagi memantapkan pelaksanaan empat perjanjian BIMP-EAGA.

Meritokrasi nilai utama pengurusan PA Oleh : Hajah Sujimawati Mejari Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali JERUDONG, Selasa, 18 November. Antara ciri penting dalam transformasi Perkhidmatan Awam (PA) ialah restructuring, antaranya untuk mengurangkan tata tingkat birokrasi bagi membolehkan pembuatan keputusan yang efisien, berkesan dan pada waktunya melalui autonomi dan delegasi yang kompeten dan bertanggungjawab. Salah satu perubahan fundamental ialah menjadikan meritokrasi sebagai nilai penentu utama dalam pengurusan PA yang adil, bertanggungjawab, tidak mempunyai double standards dan tidak tunduk kepada kepentingan diri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned menegaskan perkara itu semasa berucap pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif PegawaiPegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) dan Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO) di Restoran Tarindak d’Polo, Royal Brunei Polo dan Riding Club. “Pengurusan menjadi lebih komited

untuk memudahkan proses, menghapuskan proses dan tatacara yang tidak diperlukan, mempercepatkan keputusan dan membuat delegasi, antara lain, melalui perekayasaan atau reengineering. Ke semua ini, berserta dengan pensejajaran sistem yang lain, akan merubah budaya pengurusan,” jelas Yang Mulia Dato Paduka. Dengan ini PA jelas Yang Mulia Dato Paduka, tidak lagi leka dengan proses semata-mata tetapi sebaliknya bergerak untuk mencapai keputusan yang berhasil. Yang Mulia Dato Paduka menambah di tengah-tengah budaya untuk serba membolehkan ini, PA akan mempunyai banyak kebebasan dan kepercayaan untuk meneroka kaedah-kaedah inovatif dan prestasi kerja yang tinggi. Jelas Yang Mulia Dato Paduka, struktur pengurusan yang berteraskan agensi dengan autonomi dan akauntabiliti juga akan bertambah untuk mencapai hasil. Semasa berucap Yang Mulia Dato Paduka juga menyatakan, “Bila kita bercakap mengenai objektif dan

TIMBALAN Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program.

sasaran untuk dicapai biarlah kita perkotakan cakap kita. Biarlah cakap serupa bikinnya. Tidak secara mutlak merupakan ungkapan dibibir saja atau lip service.” “Dorongan perlu hangat berterusan. Dalam kalangan kita di majlis ini yang merupakan pemimpin dan pegawai eksekutif perlu meniup dorongan dengan semangat yang tidak cepat dingin. Mesti ada kesinambungan usaha, bertali arus untuk mencapai hasil. Bak kata pepatah kita, janganlah 'hangat-hangat tahi ayam' yang sering menjadikan kita terbangkalai di tengah jalan. Satu-dua hari kita berkobarkobar, selepas itu kita lupa dan setelah diingatkan baru kita buat semula. Ini kata datuk nenek kita 'tangkap-tangkap lepas namanya,” ujar Yang Mulia Dato Paduka. Yang Mulia Dato Paduka berkata, dorongan yang kita maksudkan janganlah terhad kepada satu peringkat atau sekumpulan orang sahaja tetapi pendorong dan yang terdorong biarlah homogeneous, top down dan bottom-up untuk menjadikan kita secara keseluruhan lebih terdorong.” Apa yang dimaksudkan dengan objektif PA jelas Yang Mulia Dato Paduka ialah hala tuju atau direction yang strategik yang perlu diketahui dan dihayati untuk membolehkan pihak-pihak dalam PA mengenal pasti keutamaan masing-masing dengan tepat. “Dengan adanya arah tuju dan keutamaan, maka tanggungjawab dan akauntabiliti menjadi jelas, terarah dan fokus. Sebarang reformasi yang mendasari arah tuju dan keutamaan ini adalah lebih cerah daripada yang sebaliknya.” “Bayangkan senario di mana arah tuju dan keutamaan yang tidak jelas atau tidak ada. Dalam keadaan ini, pegawai awam tidak fokus dan kemungkinan tidak tahu apa akan dibuat setiap hari bekerja,” kata Yang Mulia Dato Paduka. Kata Yang Mulia Dato Paduka, bayangkan juga senario di mana terdapat arah tuju dan keutamaan tetapi pegawai awam terdedah kepada banyak perkara yang mengalih perhatian dan fokus atau distraction yang bertali arus, antara lain,

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) dan Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO).

pertindihan kerja, campur tangan atau percubaan untuk mengambil alih kerja atau penglibatan meluas dalam hal ehwal yang tidak berkaitan dengan tanggungjawab. Kedudukan ini ujar Yang Mulia Dato Paduka, seakan sama juga dengan senario di mana terdapat arah tuju dan keutamaan, tetapi pegawai awam diberikan tanggungjawab dan petugasan yang pelbagai macam sehingga bercelaru hampir menghapuskan peranan division of labour. Kedua-kedua senario ini jelas Yang Mulia Dato Paduka, akan menjadikan pegawai awam hilang fokus teralih perhatian atau lemas dalam kepelbagaian tugas sehingga tidak mempunyai masa untuk semua dan akhirnya terbangkalai dalam banyak hal dan jauh tersasar daripada yang dihajati. “Mengenai inilah, kita sebagai pegawai awam perlu jujur dan telus tentang diri kita, masalah diri kita, peranan dan komitmen kita. Adakah kita tergolong ke dalam yang hangat-hangat tahi ayam, tangkap-tangkap lepas dan cakap tidak serupa bikin?” tegas Yang Mulia Dato Paduka. Seramai 106 pegawai kanan kerajaan dan pegawai peringkat pertengahan, terdiri daripada 29 peserta Program EDPSGO Ke-19, 23 peserta bagi EDPSG0 Ke-20, 28 pegawai Program EDPMMO Ke-16 dan 26 peserta EDPMMO Ke-17. Sementara itu, Ketua Pengarah PA, Awang Jaini bin Haji Abdullah dalam ucapannya menyatakan, program tersebut bertujuan untuk mengasuh dan memberikan pengetahuan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang berpotensi untuk memegang jawatan yang lebih kanan

termasuk ketua jabatan. Ini katanya, adalah satu pelaburan pembangunan sumber manusia yang sangat penting dan berfaedah khususnya dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya membantu pencapaian Wawasan 2035 ke arah rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran. “Di samping itu, program-program pembangunan ini juga menyediakan platform bagi peningkatan kemahiran bidang pengurusan, kepimpinan dan meningkatkan pemahaman peserta terhadap persekitaran tempatan, global dan kerajaan, meningkatkan kemahiran dari segi teknikal, konsep kognitif, peribadi dan sosial dalam kalangan peserta. Hasil dari kursus ini peserta-peserta akan dapat membantu organisasi dan diri sendiri dalam meningkatkan perkhidmatan dan produktiviti yang lebih baik,” ujarnya. Salah satu komponen di dalam program EDPSGO ini jelasnya, ialah penempatan sementara selama dua minggu di agensi-agensi kerajaan bagi memberi pemahaman yang lebih terperinci terhadap dasar dan peranan setiap agensi kerajaan di luar kementerian dan jabatan masingmasing. Para peserta EDPSGO berpeluang untuk membuat lawatan sambil belajar ke luar negara selama lima hari. Peserta EDPSGO 19 telah membuat lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, Malaysia, sementara peserta EDPSGO 20 mengadakan lawatan ke Melbourne, Australia. Setakat ini, seramai 329 peserta telah mengikuti EDPMMO dan 341 peserta EDPSGO. Pada majlis itu para peserta program juga menerima sijil manakala peserta terbaik menerima cenderahati.


6

NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Ekspo BIMP-EAGA platform meningkatkan perekonomian Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 November. - Ekspo Perdagangan

dan Pelancongan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei

MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyaksikan secara dekat gerai-gerai jualan Eskpo BIMP-EAGA 2014.

Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) 2014 diadakan sempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Ke-18, Mesyuarat Pengangkutan BIMP-EAGA Ke-9 dan bagi memperingati kerjasama BIMP-EAGA Ke-20. Ekspo berkenaan menyediakan platform untuk menampilkan kesinambungan dalam rantau kecil BIMP-EAGA terutamanya bagi industri pelancongan yang bertujuan ke arah kemakmuran ekonomi yang lebih besar di rantau ini dan di luarnya. Tumpuan utama peserta pada ekspo termasuk sektor pelancongan, penerbangan, agensi pengembaraan, perhotelan, kraf tangan dan cenderamata. Perasmian ekspo tersebut disempurnakan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah

YANG Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama memotong reben Perasmian Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Kawasan Pertumbuhan ASEAN TimurBrunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) 2014.

Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng bersama para delegasi

dari BIMP-EAGA. Ekspo yang bermula 19 sehingga 22 November diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Delegasi Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA diraikan Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali JERUDONG, Rabu, 19 November. Para delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) diraikan pada Majlis Makan Malam Gala, berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini. Majlis Makan Malam tersebut diberikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Juga hadir ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Majlis Makan Malam diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari negara-negara anggota BIMP-EAGA, sektor swasta dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam industri pengangkutan. Antara yang turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Delegasi dari Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Lim Jock Hoi dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof. Mesyuarat BIMP-EAGA dihadiri oleh menteri-menteri pengangkutan dan pegawai-pegawai dari negaranegara anggota dan perwakilan dari

MENTERI Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng menghoskan Majlis Makan Malam Menteri-Menteri BIMP-EAGA. Juga hadir, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Pusat Fasilitasi BIMP, Majlis Perniagaan BIMP-EAGA, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Sekretariat ASEAN. Diwujudkan pada 1994, BIMP-EAGA merupakan kerjasama

serantau terbesar Asia dengan 50 juta penduduk yang menghuni kawasan seluas 1.5 juta kilometer persegi di empat negara. Matlamat BIMP-EAGA adalah untuk merapatkan jurang

pembangunan dalam kalangan negara-negara anggota BIMP-EAGA serta seluruh negara ASEAN untuk meningkatkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan dalam sub-serantau.

Aktiviti sektor swasta BIMP-EAGA dipermudahkan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 November. - Menteri-Menteri Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) masing-masing telah ditugaskan untuk membantu sektor swasta di sub-serantau dalam menangani isu-isu perhubungan untuk memudahkan aktiviti perdagangan. Berikutan sesi perundingan dengan sektor swasta sebagai sebahagian daripada Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Ke-18 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, para menteri pada sesi Sidang Media yang diadakan menyatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh sektor swasta di wilayah ini ialah berada di kawasan yang susah untuk berhubung. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan

MENTERI Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng (dua dari kiri) ketika di Sidang Media Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Ke-18.

Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng selaku Pengerusi Mesyuarat berkata, beberapa isu berhubungan akan diperluaskan termasuk laluan perkapalan, pengangkutan darat dan hubungan udara. "Sektor swasta di sub-serantau ini juga menimbulkan beberapa isu-isu yang berkaitan kepada pelbagai bidang dalam sektor ini," kata Yang

Berhormat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Wahid Omar pula berkata, kerajaan BIMP-EAGA akan meneliti isu-isu berkenaan dalam konteks keperluan di rantau ini. Menurut Yang Berhormat Dato' Sri, ada daerah yang mana sektor swasta ingin melihat ke dalam sub-serantau dan kerajaan, terutama dari segi permit, permohonan, kelulusan dan

sebagainya. "Saya fikir sektor swasta agak proaktif dalam hal cuba untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti ekonomi di sub-serantau ini," tambahnya. Timbalan Menteri Republik Indonesia Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembiayaan, Tuan Yang Terutama Rizal Affandi Lukman pula menjelaskan, pelabuhan Butterworth, yang baru-baru ini telah mula berkuat

kuasa boleh digunakan untuk memudahkan aktiviti eksport dan import di sub-serantau BIMP-EAGA. "Butterworth kini dianggap sebagai salah satu pintu gerbang antarabangsa ke Indonesia, terutama bahagian Timur Indonesia, melalui pengoperasian kapal pelabuhan Butterworth eksport dan import daripada sub-serantau BIMP-EAGA melalui Butterworth,� jelas TYT. BIMP-EAGA telah dilancarkan pada Mac 1994 untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di empat buah negara. Walaupun kawasan secara geografi jauh dari ibu negara masing-masing, mereka berada dalam jarak strategik antara satu sama lain. BIMP-EAGA meliputi kawasan seluas dua juta kilometer persegi dengan jumlah penduduk kira-kira 70 juta. BIMP-EAGA terdiri daripada Brunei, Kalimantan dan Sulawesi di Indonesia, negeri-negeri persekutuan dari Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia Timur dan pulau-pulau Mindanao dan Palawan di Filipina.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

7

Kukuhkan kerjasama pengangkutan BIMP-EAGA Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 November. - Menteri-Menteri Pengangkutan dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina telah bertukar pandangan dan idea yang lebih produktif mengenai dengan pengukuhan kerjasama dalam pengangkutan yang dapat memberi tumpuan kepada pembangunan bersama yang lebih selamat dan cekap khusus bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA). Demikian dinyatakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa mempengerusikan Sidang Media di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini. Yang Berhormat menegaskan, peranan dan kerjasama sub-serantau BIMP-EAGA dalam meningkatkan hubungan pengangkutan serantau dapat meletakkan asas bagi integrasi ekonomi serantau pada masa depan. “Kami mengakui bahawa untuk merealisasikan matlamat pembangunan ekonomi dan sosial di BIMP-EAGA, sinergi yang lebih besar dalam agenda dan tindakan yang lebih bersepadu adalah penting di antara empat tungak utama iaitu makanan, pelancongan, dan alam sekitar,” jelas Yang Berhormat. Dalam hal ini menurut Yang Berhormat, Pegawai Pengangkutan Kanan telah mengarahkan Pegawai

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa mempengerusikan Sidang Media mengenai Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) Ke-9.

Kanan BIMP-EAGA untuk mengoptimumkan penggunaan mekanisme kerja yang sedia ada untuk meningkatkan komplementasi dan penyelarasan di antara sektor. “Kami memuji Pegawai Pengangkutan Kanan kami di atas kemajuan yang berterusan dalam pelaksanaan projek-projek pengangkutan berkaitan dalam Pelaksanaan Blueprint BIMP-EAGA 2012-2106. Kami menegaskan peranan penting dalam perhubungan fizikal dan pengangkutan fasilitasi untuk memperluas perdagangan, pelaburan dan pelancongan dalam BIMP-EAGA dan memacu pembangunan ekonomi di rantau kecil ini,” tambah Menteri Perhubungan. Sementara itu, Pegawai Pengangkutan Kanan dan kumpulan

kerja, tegas Yang Berhormat, telah meningkatkan koordinasi di semua sektor termasuk dengan badan-badan kebangsaan, organisasi sektor swasta dan juga dengan rakan pembangunan untuk memastikan penyelesaian projek infrastruktur pengangkutan yang tepat pada masanya dan projek sambungan yang sangat diperlukan. “Kami mencatat kemajuan yang membanggakan dalam pelaksanaan Projek Infrastruktur Keutamaan (PIPS). Khususnya, kami mencatat penyelesaian dan pembukaan rasmi Jambatan Persahabatan Brunei Darussalam-Malaysia (Pandaruan) yang menghubungkan Brunei dengan Sarawak, Malaysia yang telah mempercepatkan masa perjalanan,” tambahnya. Yang Berhormat turut menyentuh

mengenai perkembangan terhadap penyelesaian seksyen Jalan Pontianak-Tayan dan projek jalan raya yang lain di Kalimantan Indonesia, projek-projek jalan raya serta peningkatan pelabuhan yang sedang berlangsung di Mindanao dan Palawan, Republik Filipina. Menteri-Menteri Pengangkutan BIMP-EAGA juga, jelas Yang Berhormat, telah mengakui peranan penting perkhidmatan perkapalan dalam meningkatkan hubungan dan perdagangan maritim BIMP-EAGA memandangkan geografi kepulauannya, di samping menyokong penubuhan laluan perkapalan yang selamat, cekap dan boleh dipercayai khususnya perkhidmatan perkapalan antara Bitung - Davao / General Santos dan Brooke Point - Perkhidmatan

Perkapalan Kudat. Berdasarkan konsep Authorized Economic Operator (AEO), tambah Yang Berhormat, para menteri juga telah memilih pengusaha pengangkutan yang ditetapkan dan boleh dipercayai serta diyakini sebagai pengendali yang diberi kuasa untuk melaksanakan pengangkutan dan rantaian bekalan penyelesaian ujung ke ujung di bawah Perjanjian Persefahaman (MoU) BIMP-EAGA Transit dan Pengangkutan Barang antara Negeri. “Konsep ini akan menghilangkan kelewatan dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang menggalakkan perdagangan inter-EAGA,” jelas Yang Berhormat memberikan keyakinan.

BIMP-EAGA rapatkan jurang pembangunan negara anggota Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 November. Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) merupakan mekanisme utama untuk merangsang pembangunan dalam sub ekonomi negara anggota yang ketinggalan dengan menggalakkan perdagangan,

pelancongan dan pelaburan dalam EAGA. Justeru itu, Mesyuarat MenteriMenteri BIMP-EAGA Ke-18 diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma

Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng selaku Pengerusi mesyuarat berkenaan dalam ucapan alu-aluannya merakamkan tahniah kepada Republik Indonesia atas kejayaan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Ke-17 di Manado, Republik berkenaan pada tahun 2013 yang lalu. Mesyuarat turut disertai oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Lim Jock Hoi selaku Ketua Delegasi dari Negara Brunei

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua) bergambar ramai bersama rakan-rakan sejawatan yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Ke-18.

Darussalam serta para perwakilan dari Republik Filipina, Malaysia dan Republik Indonesia serta wakil dari Sekretariat ASEAN. Terdahulu, mesyuarat tertutup itu bermula dengan sesi bergambar ramai antara Pengerusi dan Ketua-Ketua Delegasi bagi Mesyuarat MenteriMenteri BIMP-EAGA Ke-18. Dalam pada itu, satu Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Ke-18 akan dikeluarkan pada Sidang Media mesyuarat berkenaan. Diwujudkan pada 1994, BIMP-EAGA merupakan kerjasama serantau terbesar Asia dengan anggaran 50 juta penduduk yang menghuni kawasan seluas 1.5 juta kilometer persegi di keempat-empat negara. Kerjasama sub-serantau berkenaan terdiri daripada seluruh Negara Brunei Darussalam, 10 wilayah di kepulauan Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya di Indonesia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia serta Mindanao, Palawan di Filipina. Matlamat BIMP-EAGA adalah untuk merapatkan jurang pembangunan dalam kalangan negara-negara anggota EAGA serta di seluruh negara-negara ASEAN dengan objektif utama untuk meningkatkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan dalam sub-serantau. Untuk mencapai matlamat dan objektif BIMP-EAGA, strategik teras BIMP-EAGA adalah berdasarkan

MENTERI Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng semasa berucap selaku Pengerusi Mesyuarat MenteriMenteri Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) Ke-18 di Pusat Persidangan Antarabangsa.

empat rukun strategik iaitu pertama, bagi meningkatkan perhubungan dalam BIMP-EAGA dan juga kawasan-kawasan lain di luar BIMP-EAGA; kedua, bagi mewujudkan BIMP-EAGA sebagai pengeluar makanan untuk ASEAN dan seluruh Asia; ketiga, bagi menggalakkan BIMP-EAGA sebagai destinasi pelancongan yang unggul di rantau berkenaan dan keempat, untuk memastikan pengurusan alam sekitar yang mampan.


8

NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Wujudkan persekitaran bersih, kondusif

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail semasa berucap pada Majlis Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Maktab dan Sekolah-Sekolah Kerajaan Kementerian Pendidikan, berlangsung di Manggis Ballroom, Hua Ho Manggis Mall.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 November. - Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dilihat dari kualiti pelajar yang dilahirkan oleh sekolah berkenaan yang dinilai dari sudut pencapaian semua aspek iaitu Akademik, Kokurikulum, Sahsiah para pelajar termasuk pengurusan sekolah yang berwawasan dan berkesan. Ini termasuk pembangunan sumber terurus yang digunakan secara optima, pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan berkualiti, pengurusan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan keberkesanan perlaksanaan program sekolah. Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail berkata demikian pada Majlis Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Maktab dan Sekolah-Sekolah Kerajaan Kementerian Pendidikan, berlangsung di Manggis Ballroom, Hua Ho Manggis Mall. Sekolah yang bersih, kemas dan ceria jelasnya, akan mengharumkan

nama sekolah tersebut sekali gus dapat memberikan kepercayaan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berkenaan kerana sekolah yang kondusif adalah salah satu lambang kepimpinan sekolah yang mantap, pemedulian dan ‘inda camah mata’. Jelas Dato Seri Setia, sekolah adalah rumah kedua bagi pelajar-pelajar dan adalah platform yang sangat penting untuk mendidik pelajar dalam semua sudut definasi kebersihan. Yang Mulia Dato Seri Setia percaya, pembudayaan, amalan menjaga kebersihan dan mewujudkan suasana keceriaan sekolah adalah nilai tambah kepada kurikulum bagi mengukuhkan pendidikan akademik dan sivik dalam bentuk praktikal. “Kita percaya, bahawa peluang terbaik untuk mempengaruhi emosi dan menghalang tingkah laku negatif di kalangan para pelajar akan dapat diperolehi dalam Institusi Pendidikan. Sekolah adalah tempat utama membentuk sahsiah yang baik atau personaliti kanak-kanak selain di rumah, yang mempunyai impak maksima yang sangat menpengaruhi emosi, akhlak, cara hidup dan keperibadian mereka,” ujarnya. Yang Mulia Dato Seri Setia berkata, persekitaran yang bersih dapat membasmi merebaknya berbagai jenis

penyakit seperti demam denggi, kolera, cirit-birit dan juga keracunan makanan yang semua ini akan dapat dielakkan dengan sentiasa membersihkan bangunan dan persekitaran sekolah. Seiring dengan itu jelasnya, perhatian utama kepada keadaan kantin sekolah yang bersih dengan menghidangkan makanan yang berkhasiat hendaklah sentiasa dititikberatkan dan tidak boleh diabaikan, begitu juga kebersihan tandas-tandas sekolah di mana pelajar-pelajar hendaklah sentiasa dididik untuk bersikap pemedulian, bertimbang rasa, lutanan dan tidak bersikap pemugut serta menghindarkan diri dari mengotor dan merosak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kebersihan rohani dan jasmani jelasnya, adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah Subhanahu Wata’ala. “Untuk itu, kita hendaklah mendidik para pelajar untuk menghayati konsep kebersihan ini dari segi fizikal dan rohani di mana peranan ibubapa adalah sangat penting untuk menerapkan budaya dan prinsip kebersihan ini dari sudut Islam dan juga dari sudut kebersihan (hygiene),” jelas Yang

Mulia Dato Seri Setia. Dalam pada itu tambahnya, Kementerian Pendidikan dalam projek BISAI telah memperuntukan sejumlah peruntukan besar bagi menaik taraf bangunan-bangunan sekolah supaya sentiasa ceria, bersih dan selamat. Kementerian Pendidikan, tambah Yang Mulia Dato Seri Setia juga telah menubuhkan satu ‘Task Force’ dalam usaha untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan kebersihan di peringkat Kementerian Pendidikan. Task Force ini jelasnya, bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan di semua premis di bawah Kementerian Pendidikan terdiri daripada bangunan-bangunan jabatan dan bangunan-bangunan maktab dan sekolah-sekolah termasuk bangunan-bangunan institusi pendidikan tinggi iaitu universiti dan politeknik. Di samping itu, ia juga mempunyai hubungan jaringan kerjasama dengan Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan yang ditubuhkan baru -baru ini yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan-Timbalan Menteri di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kebersihan sekolah diutamakan Oleh: Hajah Siti Zuraihah Hj Awang Sulaiman Foto: Pg Amirulnizam Pg Haji Ali

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail menyerahkan piala kepada pemenang.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Sebanyak 119 buah sekolah rendah dan 35 buah sekolah menengah dan maktab serta Sekolah Sukan di negara ini menyertai Pertandingan Anugerah Kebersihan dan Keceriaan sempena 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan melalui Unit Mempromosi Kesihatan. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Kerajaan, Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Bangunan Atas Air, Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Bangunan Konkrit dan Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Bangunan Konkrit dan Kayu serta Bangunan Kayu. Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail, pagi tadi di Manggis Ballroom, Hua Ho Mall Manggis. Sekolah Menengah Sultan Hasan

Bangar, Temburong diumumkan juara bagi Kategori Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Kerajaan diikuti oleh Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) di tempat kedua dan Sekolah Menengah Tanjung Maya di tempat ketiga. Sementara itu, dalam Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Bangunan Atas Air, Sekolah Rendah Datu Ahmad muncul Juara manakala Naib Juara disandang oleh Sekolah Rendah Bendahara Lama diikuti ditempat ketiga, Sekolah Rendah Sungai Kebun. Sekolah Rendah Sungai Tali pula dianugerahkan sebagai Juara bagi Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Bangunan Konkrit, Naib Juara diraih oleh Sekolah Rendah Rataie Temburong dan Sekolah Rendah Lumut di tempat ketiga. Bagi Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan Bangunan Konkrit dan Kayu dan Bangunan Kayu, Juara dimenangi oleh Sekolah Rendah Selapon, Naib Juara Sekolah Rendah Negalang dan tempat ketiga Sekolah Rendah Amo, Temburong. Juara setiap kategori membawa pulang hadiah baucer bernilai

BND5,000, trofi beserta sijil dan tajaan percuma bagi perkhidmatan eksklusif dari Rentokil Initial selama tempoh tiga ke enam bulan. Sementara Naib Juara menerima baucer bernilai BND4,000 beserta sijil dan tempat ketiga menerima baucer bernilai BND3,000 beserta sijil. Anugerah berkonsepkan bersih, kemas, ceria, teratur, cantik, berfungsi, selesa, selamat, bermaklumat dan berfaedah manakala komponen yang dihakimkan pada pertandingan ini antaranya adalah dari segi bangunan dan persekitaran, kantin, dapur, tandas dan bilik air, pelajar, dewan serbaguna, belapan, taman/landskap serta perpustakaan. Anugerah bertujuan untuk menghargai kebersihan bagi membendung penyakit-penyakit berjangkit selain memupuk sikap positif dan bertanggungjawab dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria. Selain itu objektifnya adalah untuk membudayakan amalan kebersihan secara berterusan, mengekalkan kesedaran, kepekaan dan meningkatkan keprihatinan serta komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, persekitaran yang sentiasa bersih, berinfomasi dan ceria. Program dan aktiviti kebersihan merupakan amalan sepanjang tahun dan sentiasa dilaksanakan di peringkat sekolah-sekolah rendah, menengah/maktab seluruh negara. Pihak sekolah juga telah membuat perancangan dan pemantauan sepanjang tahun bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan di peringkat sekolah masing-masing. Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan ialah Program Kesedaran, Kebersihan, Keselesaan dan Keselamatan Tandas Maktab dan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam pada tahun 2010 hingga 2011 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran memelihara tandas, meningkatkan usaha berterusan bersama warga sekolah dan membentuk sikap positif terhadap kebersihan tandas. Program Meningkatkan Kualiti Penyediaan Makanan dan minuman Kantin Maktab dan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam pada tahun

PARA pemenang ketika menerima cek kemenangan daripada tetamu kehormat (atas dan bawah).

2012 hingga 2013 pula bertujuan untuk meningkatkan budaya dalam amalan pengambilan makanan seimbang, meningkatkan kepekaan serta memupuk rasa tanggungjawab, meningkatkan kesimbangan nutrient makanan. Program Meningkatkan Kesedaran Mengenai Kesihatan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Sekolah-Sekolah 2014 adalah bertujuan untuk membentuk/ menghasilkan warga jabatan yang

lebih ceria, sihat tubuh badan dan mempunyai kewibawaan diri yang tinggi Serta meningkatkan produktiviti jabatan. Selain itu, projek menceriakan persekitaran sekolah iaitu Projek Penghijauan 2014 bertujuan untuk meningkatkan pencapaian maktab dan sekolah-sekolah dengan mengwujudkan persekitaran yang sihat, selamat, ceria dan bersih yang mampu menyuntik kecemerlangan para pelajar.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

9

SBYLEP pupuk persefahaman kalangan pemimpin Nextgen

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menghadiri Program Pertukaran Tahunan Pemimpin Muda Singapura - Brunei 2014 (SBYLEP).

SINGAPURA. - Kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura terus ditingkatkan melalui Program Pertukaran Tahunan Pemimpin Muda Singapura - Brunei 2014 (SBYLEP), berlangsung dari 10 hingga 14 November 2014. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menghadiri Majlis Penutup SBYLEP 2014, di Pinnacle @ Duxton, Cantonment Road, Singapura pada 14 November. Juga hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Negara Kanan,

Kementerian Komunikasi dan Maklumat Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong. Sebelum majlis penutup, kedua-dua menteri mengadakan pertemuan dua hala dan membincangkan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura terutama dalam bidang kerjasama belia. Kemudian diikuti dengan sesi dialog dengan peserta SBYLEP dari kedua-dua buah negara yang antara lain membincangkan topik-topik bagaimana program ini boleh membantu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada dan juga untuk mencari bidang kerjasama baru dalam kalangan pemuda.

Ini termasuk melalui penyertaan mereka dalam projek-projek dua hala dan serantau seperti Kerjasama Sukarelawan Profesional Muda ASEAN. SBYLEP pertama kali dicadangkan oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam semasa membuat Lawatan Negara ke Negara Brunei Darussalam pada bulan April 2014. Dianjurkan secara bergilir di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura sepanjang empat tahun (2014-2017), program tahun ini bertemakan 'Inovasi Sosial' disertai oleh seramai 30 peserta, 15 dari setiap negara yang terdiri daripada belia dari latar belakang yang berbeza (sektor Awam, Swasta dan orang ramai) yang berumur di antara 19 - 35 tahun. Di antara objektif program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan menggalakkan persefahaman dan perpaduan antara pemimpin Nextgen dari kedua-dua negara selain untuk meningkatkan kefahaman dan penghargaan yang tinggi terhadap dasar kebangsaan masing-masing, sistem dan keprihatinan serantau. SBYLEP seterusnya akan diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2015. Semasa berada di Singapura, Yang Berhormat juga berkesempatan bertemu dan mengadakan

perbincangan dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua Pertahanan, Tuan Yang Terutama Chan Chin Sing; Menteri Komunikasi dan Maklumat, Tuan Yang Terutama Dr. Yaacob Ibrahim dan Menteri Kanan Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohammad. Yang Berhormat juga mengadakan

lawatan ke Pusat Perkhidmatan Sosial Setempat di Bedok, Lembaga Perpustakaan Negara dan dibawa melawat ke Hab Sukan baru Singapura. Mengiringi Yang Berhomat Pehin ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar serta pegawaipegawai kanan kementerian berkenaan.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa mengadakan perjumpaan dua hala bersama Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong.

Belia pewaris tonggak kepimpinan masa depan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman ketika berucap pada Majlis Penutup Forum Belia.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 November. - Belia merupakan tonggak kekuatan negara sebagai pewaris kepimpinan pada masa depan yang perlu diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan yang positif agar menjadi generasi berilmu, berkemahiran, berdaya saing, berdaya maju tanpa mengetepikan ajaran agama yang menjadi tuntutan dan panduan rakyat dan penduduk di negara ini dan selaras dengan Wawasan Negara 2035. Oleh itu, belia yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah 'Generasi Berwawasan' yang merupakan generasi yang mampu bersama-sama dalam menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Hal itu antara lain diucapkan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman pada Majlis Penutup Forum Belia yang berlangsung di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia di ibu negara. Yang Mulia Datin Paduka seterusnya menegaskan bahawa belia inilah yang kita perlu untuk sama-sama membangunkan negara yang kita cinta ini. Menurutnya, beliau amat tertarik melihat bahawa salah satu komponen forum hari ini ialah untuk meneliti Dasar Belia Negara yang telah mencapai usia 12 tahun sejak ianya diluluskan pada bulan Julai 2002. Pada masa ini, jelasnya Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sedang giat merebiu Dasar Belia Negara. “Dengan ini KKBS sangat-sangat mengalu-alukan sebarang usaha, pendapat dan idea para belia dalam sama-sama meneliti semula Dasar Belia Negara untuk mengambil kira perubahan zaman serta keperluan dan kemahuan para belia yang sentiasa berubah,” ujar Yang Mulia Datin Paduka. Input-input para peserta belia yang akan disampaikan melalui Resolusi Forum tersebut menurutnya sudah

DI antara para belia yang membuat persembahan pada Majlis Penutup Forum Belia tersebut.

setentunya akan dapat membantu pihak kerajaan dalam penelitian semula Dasar Belia Negara supaya lebih relevan kepada para belia yang merupakan sasaran utama dasar tersebut. Yang Mulia Datin Paduka menyatakan, penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarelawan juga terus meningkat terutama dalam alam sekitar dan pembangunan masyarakat serta kemanusiaan. “Satu perkembangan yang amat menarik dan membanggakan ialah penglibatan para belia kitani dalam kerja-kerja sukarelawan bukan sahaja di negara ini namun juga di negara-negara lain,” tambahnya. Yang Mulia Datin Paduka menegaskan, ini adalah tanda positif bagi masa depan negara ini apabila para belia kitani mempunyai rasa kekitaan atau sense of belonging dengan kesejahteraan dan keamanan

negara serta mempunyai hak milik atau ownership dengan masa depan negara yang dicintai dan di mana kitani bermastautin. Katanya lagi, melalui penglibatan para belia dalam projek serantau dan global telah juga menunjukkan keprihatinan dan pemedulian para belia tidaklah terhad dalam sempadan Brunei sahaja. "Tindakan positif mereka ini boleh membantu meningkatkan kualitu kehidupan golongan yang susah merupakan usaha yang mulia dan disanjung tinggi," ujarnya lagi. Seramai 80 belia menyertai forum tersebut yang dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei dan disokong oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dan Nur Wanita. Forum adalah sebagai platform bagi para belia yang aktif yang memiliki potensi dalam menyumbang pembangunan negara.


10

AGAMA

ARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan nikmat dan rahmatnya jua, negara kita mencapai kemakmuran dan kemajuan sehingga dengannya kerajaan dapat menyediakan kemudahankemudahan untuk rakyatnya. Adapun di antara kemudahan itu ialah jalan raya. Jalan raya adalah kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah negara bagi kegunaan orang ramai untuk berhubung dari suatu tempat ke sebuah tempat yang lain. Bagi menjamin jalan raya itu selamat dan selesa digunakan oleh semua pengguna, sama ada kenderaan bermotor atau pejalan kaki, kerajaan telah memperuntukkan peraturan dan undangundang bagi pengguna jalan raya untuk dipatuhi. Keselamatan jalan raya adalah perkara penting untuk diambil berat dan menjadi tanggungjawab semua pengguna untuk menjaga dan memelihara kemudahan ini dan menjadikannya tempat selamat dan bukan tempat kecelakaan. Kita perlu ingat bahawa kecuaian di jalan raya boleh mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kenderaan, kecederaan atau kematian. Sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa mengikut peraturan, bersifat sabar, bertolak ansur, bertimbang rasa pada setiap masa terutama sekali pada waktu-waktu tertentu seperti kesesakan jalan raya, pada musim-musim perayaan, ketika berlaku kemalangan dan termasuklah ketika menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, di mana terdapat sebilangan orang yang meletakkan kenderaan bukan di tempat yang sepatutnya sehingga menyebabkan jalan raya menjadi sempit dan setentunya menghalang kelancaran lalu lintas. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith: Maksudnya: “Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi

M

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Sentiasa beradab, jaga tatasusila ketika berada di jalan raya Wasallam bersabda: membuang perkara-perkara yang menyakitkan dari atas jalan raya adalah sedekah.” Pengguna jalan raya juga mestilah berdisiplin, hormat-menghormati, tolong-menolong apabila berlaku kemaksiatan atau kerosakan kenderaan, berfikiran dengan waras dan bijak dengan memberikan laluan dan ruang kepada mereka yang memerlukannya. Percayalah jika kita menolong dan memudahkan urursan orang lain, maka Allah Subhanahu Wata’ala akan menolong kita. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith: Maksudnya: “Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: dan sesiapa yang menutupi aib seorang Islam, Allah akan menutupnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Subhanahu Wata’ala menolong hambanya selama mana hamba itu mahu menolong saudaranya.” Islam mengajar kita agar sentiasa beradab dan menjaga tatasusila termasuklah ketika berada di jalan raya. Ketahuilah bahawa peraturan yang dibuat adalah untuk kemuslihatan, bayangkan jika hidup kita tidak ada peraturan, nescaya akan hancur dan porak peranda kehidupan. Manakala antara adab di jalan raya itu ialah tidak membuat bising seperti bunyi radio kereta yang dipasang dengan nyaring dan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam sama ada di persekitaran rumah mahupun jalan raya.

SEBAGAI pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa mengikut peraturan, bersifat sabar, bertolak ansur, bertimbang rasa pada setiap masa terutama sekali pada waktu-waktu tertentu seperti kesesakan jalan raya, pada musim-musim perayaan, ketika berlaku kemalangan dan termasuklah ketika menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, di mana terdapat sebilangan orang yang meletakkan kenderaan bukan di tempat yang sepatutnya sehingga menyebabkan jalan raya menjadi sempit dan setentunya menghalang kelancaran lalu lintas.

Dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta menyelamatkan nyawa dan harta manusia daripada sebarang kemalangan, berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, antaranya: - Mengadakan sekatan jalan raya dan memeriksa kenderaan untuk mengesan sebarang pengubahsuaian yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. - Menguatkuasakan Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP) yang bertujuan untuk memastikan pemandu di negara ini memandu kenderaan dengan lebih berdisiplin, berhati-hati dan mematuhi setiap peraturan lalu lintas yang ada. - Menjalankan pemeriksaan kepada para pemandu supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk. - Memberi peringatan kepada para pemandu agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya termasuk kempen-kempen dan iklan-iklan. - Menasihati para pemandu kenderaan supaya sentiasa mencari langkah memastikan keselamatan seperti memakai tali pemegang keselamatan, jangan sama sekali menggunakan telefon bimbit ketika memandu, mematuhi isyarat lampu lalu lintas, mengikut had laju dibenarkan, memandu secara berhemah, memeriksa kenderaan sebelum menggunakannya, dan lain-lain lagi supaya pengguna jalan raya benar-benar selamat. Selain itu dalam usaha menyedarkan pengguna jalan raya agar sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, pihak berkenaan telah meletakkan papan-papan tanda yang bertulis kalimah 'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar' di jalan-jalan yang dikenal pasti sering berlakunya kemalangan. Sememangnya kita diperintahkan supaya berdoa dan berzikir dalam semua keadaan dan tempat. Ketika keluar rumah juga kita dianjurkan memohon perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala daripada sebarang bahaya dan kejahatan sama ada dari manusia, jin dan syaitan pada setiap masa dan keadaan. Antara amalan-amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum keluar rumah ialah membaca : - Surah Al Faatihah - Ayat Kursi - Surah Al-Qurais - Doa Keluar Rumah, iaitu “Bismillahi tawakkatu alallah walaa haulawala kuwata illabillah.” Ertinya: “ Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali

dengan keizinan Allah.” Ketika menaiki kenderaan pula hendaklah dibiasakan membaca doa iaitu: Tafsirnya: “Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami akan kembali.” Semasa sedang memandu adalah lebih baik jika kita berzikir seperti 'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar' dan sebagainya. Bersempena hari memperingati mangsa lalu lintas jalan raya sedunia, sama-samalah kita sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amalkan sifat bersopan santun, hormat-menghormati dan bertolak ansur di jalan raya. Di samping itu janganlah kita lupa kepada Allah Subhanahu Wata’ala pada setiap keadaan, tempat dan masa dengan mengamalkan doa dan zikir, termasuklah semasa kita berada di jalan raya. Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dihindarkan dari perkara-perkara yang tidak diingini dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin ya Rabbal alamin. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An-Nisa ayat : 103 Tafsirnya: “Maka ingatlah Allah ketika kamu berdiri dan duduk serta ketika kamu berbaring.”


RENCANA

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

11

I

BU negara Bandar Seri Begawan (BSB) akan bergegar lagi bila Perlumbaan Go-Kart akan berlangsung pada Ahad ini, 23 November 2014, buat kali keempat tahun berturut-turut. Selain itu, beberapa aktiviti lain yang menarik juga diadakan yang menjurus kepada satu matlamat utama iaitu menceriakan dan memeriahkan suasana di BSB. Oleh yang demikian, kehadiran malahan penyertaan semua pihak khususnya rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam amat dialu-alukan dan berharga. Jika awda mahu merancang ke mana-mana pada hujung minggu ini baiklah meluangkan masa dengan membawa keluarga ke ibu negara bagi menyaksikan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sempena meraikan sambutan Ulang Tahun Ke-44 Penukaran Bandar Brunei Kepada BSB. Aktiviti sampingan yang diadakan pada sambutan itu nanti iaitu aktiviti berjaja (street hawkers) bagi memeriahkan lagi suasana Pusat Bandar yang akan diadakan selama dua hari iaitu bermula 22 hingga 23 November, pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam di sebahagian Jalan Pretty dan Jalan Pemancha dan Mini Food Bazaar juga akan diadakan di Dermaga Diraja BSB. Tidak ketinggalan penyertaan tiga badan kebajikan iaitu Pusat Bahagia, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, di samping Brunei Strongest Man 2014 anjuran Harun's Gym pada hari Ahad ini juga bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Perlumbaan Tamiya iaitu 88th Street Mini 4wd Tamiya Fun Race bermula 21 dan 22 November 2014, pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam dan 23 November, pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang turut menyerikan acara berprestij itu. IBU NEGARA Kita selaku rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang bertuah seharusnya berusaha bersama-sama meletakkan BSB

Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Jabatan Penerangan sebagai bandar yang penuh bersemangat sesuai dengan statusnya sebagai ibu negara. Kepentingan BSB sebagai sebuah pusat bandar yang utama apatah lagi ibu negeri tidak seharusnya dipandang ringan. Lihat sahaja ibu negara-ibu negara yang lain di dunia, hampir kesemuanya hidup dan bermaya dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja tertumpu kepada aspek perekonomian semata-mata. BSB ditukar daripada Bandar Brunei pada tahun 1970. BSB itu mengambil sempena nama Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien iaitu Sultan Brunei Ke-28. Di bawah

pemerintahan baginda, Negeri Brunei (sekarang Negara Brunei Darussalam) kini mengecapi arus pemodenan yang pesat sesuai dengan zamannya. Kini pelbagai program pembangunan dan kemajuan dilaksanakan oleh baginda yang kemudiannya diteruskan oleh paduka anakanda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Selain itu, ia juga menjadikan BSB sebuah bandar dinamik, vibrant

dan unggul; menjadikan BSB sebagai sebuah bandar dalam taman (garden city) dan mempunyai alam sekitar yang bersih dan bebas daripada pencemaran serta menjadikan BSB sebagai destinasi pelancongan. BSB melalui pelbagai kemajuan dan pembangunan sejak tahun 1906, yang mana bukan saja menjadi ibu negara malahan juga sebagai sebuah pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, perniagaan dan kewangan. Pencapaian cemerlang itu merupakan satu pengiktirafan antarabangsa. Satu penghormatan yang begitu tinggi nilainya kepada ibu negara kita, walaupun ianya 'bersaiz kecil', namun 'damitnya' itu mencatat sejarah yang cemerlang dan gemilang. Pengiktirafan itu juga merupakan satu bukti jelas betapa BSB boleh bersaing dengan bandar raya-bandar raya utama di Asia. Pencapaian tersebut adalah hasil komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh oleh agensi-agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

sejak pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada tahun 1950 hingga 1967 sehinggalah kepada pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. BERSAMA MENJAYAKANNYA Marilah keluar beramai-ramai ke BSB bagi menyaksikan Perlumbaan Go-Kart BSB 2014. Bawalah keluarga menyaksikannya dan pada waktu yang sama bertujuan bagi mempereratkan jalinan kekeluargaan dengan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Golongan muda khususnya perlu didedahkan dengan suasana di BSB dan cuba diperjelaskan tentang pelbagai aspek yang penting mengenai ibu negara Negara Brunei Darussalam itu.


12

PELITA BRUNEI HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

PELITA BRUNEI HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

13

Seramai 219 graduan KUPU SB dikurniakan ijazah dan diploma Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohiddin, Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan mengurniakan ijazah dan diploma kepada para graduan pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB Tahun 1436 Hijrah / 2014 Masihi. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Ra’es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim. Sementara itu, keberangkatan masuk Kebawah DYMM ke Dewan Plenari didahului dengan Perarakan Canselor. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu

Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an Surah An-Nur ayat 54 hingga 56 dan Surah Al-Alaq ayat satu hingga lima dibacakan oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin), Awang Haji Ibrahim bin Haji Saad. Beliau merupakan pelajar terbaik dalam Sesi Pengajian 2010/2011, Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar dan juga Bendahari Persatuan Pelajar. Acara diteruskan dengan sembah alu-aluan daripada Ra’es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon antara lain menyatakan sebagai sebuah kolej universiti yang menitikberatkan bidang pendidikan ugama, KUPU SB akan sentiasa membangun program-program akademiknya. "KUPU SB beriltizam untuk membuat peranannya selaras dengan amanah yang diberikan untuk memperteguh bahkan memperkasa tulisan Jawi sebagai identiti bangsa dan pengajian Kitab Turath sebagai warisan ilmu Islam," tambahnya. Oleh itu katanya lagi, kolej universiti akan menawarkan program Diploma

Pengajian Kitab Turath yang merupakan program sepenuh masa selama satu tahun bagi Sesi 2015/2016. Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah dan seterusnya mengurniakan 219 ijazah dan diploma kepada 15 graduan Ijazah Sarjana Perguruan Ugama, 27 graduan Diploma Perguruan Ijazah Lepasan Ijazah, 84 graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, 69 graduan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dan 24 graduan Diploma Pengajian. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, baginda dijunjung berangkat menyertai sesi bergambar ramai bersama para graduan dan seterusnya menerima junjung ziarah.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menyertai sesi bergambar ramai pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB Tahun 1436H / 2014M.

KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan ijazah kepada para graduan yang menamatkan pengajian mereka dalam bidang masing-masing pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB Tahun 1436H / 2014M (kiri, tengah dan kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan berangkat pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB Tahun 1436 Hijriah / 2014 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (atas sekali). Manakala gambar atas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah. Sementara gambar bawah, sebahagian daripada graduan perempuan yang menerima sijil dalam bidang masing-masing.

MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned ketika doa selamat dibacakan bagi memberkati majlis (kiri). Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB Tahun 1436H / 2014M dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an (tengah). Sementara gambar kanan, Ra'es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim semasa menyampaikan ucapan alu-aluan. Manakala gambar kanan sekali, sebahagian daripada graduan lelaki KUPU SB yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang masing-masing.


14

NASIONAL Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 November. - Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh menerima kunjungan muhibah daripada Ketua Hakim Republik Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon yang berlangsung di Bilik Laila Kanun, Tingkat 3, Bangunan Undang-Undang Pejabat Peguam Negara, di sini. Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Peguam Negara dan Yang Amat Arif Sundaresh Menon saling bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu undang-undang bagi kepentingan bersama. Yang Amat Arif Sundaresh Menon sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Peguam Negara Republik Singapura bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 24 Jun 2012. Kunjungan tersebut adalah bagi membalas kunjungan Yang Berhormat

Datin Seri Paduka Hajah Hayati pada bulan Oktober 2014 semasa Yang Berhormat Peguam Negara dan delegasi menghadiri Persidangan Hukuman di Republik Singapura. Turut hadir mengiringi Yang Amat Arif Ketua Hakim Republik Singapura ialah pegawai-pegawai kehakiman daripada Mahkamah Besar dan Mahkamah Negara Singapura. Juga hadir ialah Peguamcara Negara, Dayang Naimah binti Mohd. Ali; Penggubal Undang-Undang, Dayang Alice Khan binti Ahmad Khan dan pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Peguam Negara. Yang Amat Arif Sundaresh Menon dan delegasi berada di negara ini bagi menghadiri Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3 yang dihoskan oleh Mahkamah Besar Negara Brunei di antara Brunei Darussalam, Malaysia dan Republik Singapura yang bermula 14 hingga 15 November 2014.

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Peguam Negara terima kunjungan muhibah PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh ketika menerima kunjungan muhibah daripada Ketua Hakim Republik Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon di Bangunan UndangUndang Pejabat Peguam Negara.

Brunei tuan rumah Persidangan Sambutan 20 Tahun Kehakiman Bersama Ke-3 Penubuhan SM PDSMM meriah Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Shahrizal Haji Said

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 November. - Seramai 60 hakim dan pegawai-pegawai kehakiman daripada Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Republik Singapura mengadakan pertemuan pada Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3 yang diadakan di The Empire Hotel and Country Club, di sini.

Sundaresh Menon membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Codes of Judicial Conduct-Can They and Should They Be Enforceable?’ sementara Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Tan Sri Md. Raus bin Sharif membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Access to Justice’.

Ketua Hakim Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli, dalam ucapan alu-aluannya antaranya menyentuh mengenai tujuan persidangan yang memberikan peluang kepada para hakim dan pegawai-pegawai kehakiman daripada ketiga-tiga negara berkenaan untuk berkongsi pengalaman, berbincang dan bertukar- tukar pendapat mengenai perkara-perkara serta amalan-amalan kehakiman.

Juga hadir ialah Presiden Mahkamah Rayuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif John Barry Mortimer; Hakim Mahkamah Tinggi Negara Brunei Darussalam, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon dan Pesuruhjaya Kehakiman dan Ketua Pendaftar Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman.

Pada persidangan tersebut, Ketua Hakim Singapura, Yang Amat Arif

Kelmarin delegasi yang menghadiri persidangan berkenaan juga dibawa menyusuri Sungai Brunei, melawat tempat-tempat menarik seperti Mangrove Paradise, Kolam

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 November. - Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri (SM PDSMM) mengadakan Sambutan Penubuhannya Ke-20 Tahun pada 9 Mei yang lalu.

KETUA Hakim Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli semasa berucap pada Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3 di The Empire Hotel and Country Club.

Penternakan Ikan, Muzium Teknologi Brunei, Sungai Kebun Overhead Bridge Project, Perumahan Kampung Bolkiah, Pusat Kesenian Brunei, Istana Nurul Iman, Jong Batu dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

Sambutan yang diadakan di Dewan Serbaguna, sekolah berkenaan adalah bagi memberikan penghargaan ke atas bakti yang telah ditaburkan dalam memajukan sekolah selain menyatukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan mantan pengetua, timbalan pengetua, guru bersara dan kakitangan. Acara dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh pelajar sekolah berkenaan, Awangku Mohd. Amsyar bin Pengiran Haji Marzuki dan Intisarinya oleh Awang Mohd. Nur Wafri Ehsan bin Haji Ansamawi.

bertugas di sekolah ini dijemput untuk diberikan penghargaan atas segala bakti yang telah ditaburkan dalam memajukan sekolah ini,” ujarnya. Dalam tempoh 20 tahun ini menurutnya, SM PDSMM telah mencapai kejayaan dan sejak itu telah banyak menjuarai pertandingan dan perlawanan. Apa yang menjadi kebanggaan katanya, SM PDSMM sering diundang untuk mengiringi acaraacara kenegaraan dan kebangsaan contohnya Hari Kebangsaan dan Hari Guru. Sambutan itu juga diisikan dengan persembahan Bicara Beirama dari penuntut-penuntut sekolah, nyanyian ‘Sekolahku Tersayang, Slam Poetry dan Drama Pendek ‘Kami Yang Dulu’ dari guru-guru dan bekas pelajar sekolah berkenaan dan diselajurkan dengan pembukaan rasmi Gelanggang Bola Keranjang yang baharu.

Hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Rendah Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Nudin bin Haji Mohammad. Sementara itu, Pengetua SM PDSMM, Dayang Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim dalam ucapannya menjelaskan, 9 Mei 2014 genap 20 tahun penubuhan sekolah tersebut dan untuk memperingatinya, pihaknya telah mengadakan majlis doa kesyukuran secara sederhana pada 15 Mei yang lalu. Selain itu jelasnya, untuk mendapat keberkatan dan syafaat dari Allah Subhanahu Wata’ala, Majlis Khatam Al-Qur’an bagi Pelajar Tahun 11 juga dilaksanakan pada 20 September yang lalu. KETUA Hakim Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bersama hakim-hakim dan pegawai-pegawai kehakiman daripada negara tuan rumah, Malaysia dan Republik Singapura semasa menghadiri Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3.

“Manakala hari ini adalah hari kemuncak yang mana semua mantan pengetua, timbalan pengetua, guru-guru yang pernah

PENOLONG Pengarah Rendah Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Nudin bin Haji Mohammad semasa berucap pada sambutan Penubuhan Ke-20 Tahun Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

15

Delegasi Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3 diraikan Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Hamzah Mohiddin

KETUA Hakim Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli ketika berucap.

JERUDONG, Jumaat, 14 November. Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3 (3rd Joint Judicial Conference) di antara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura berlangsung pada 15 November 2014 di The Empire Hotel and Country Club. Sehubungan dengan itu, delegasi yang akan menghadiri persidangan

tersebut telah diraikan pada Majlis Resepsi Makan Malam di Member’s Grill, The Empire and Coutry Club, di sini. Hadir ialah Ketua Hakim Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli; Presiden Mahkhamah Rayuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif John Barry Mortimer; Hakim Mahkhamah Tinggi Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Pesuruhjaya Kehakiman / Ketua Pendaftar Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman; Pesuruhjaya Kehakiman Negara Brunei Darussalam, Yang Arif Michael Peter Burrell. Antara delegasi yang diraikan ialah Ketua Hakim Singapura, Yang Amat

Arif Sundaresh Menon dan Presiden Mahkhamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Seri Md. Raus Sharif. Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi dalam ucapan alu-aluanya antara lain menjelaskan, dengan persidangan yang berlangsung itu akan memberikan pengalaman serta

perkongsian yang sangat berguna bagi ketiga-tiga buah negara dan diharap ianya akan berterusan pada masa akan datang. Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh;

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh serta para delegasi dari kehakiman Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura.

PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh (kanan sekali) antara yang hadir.

Lawat destinasi menarik

PARA delegasi persidangan tuan rumah dan Singapura berpeluang mengadakan lawatan ke Kampung Ayer dan menyusuri Sungai Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 November. - Persidangan Kehakiman Bersama Ke-3 (3rd Joint Judicial Conference) di antara Brunei Darussalam, Malaysia dan Republik Singapura diadakan pada 14 hingga 15 November di The Empire Hotel and Country Club. Para delegasi persidangan tuan rumah dan Singapura berpeluang mengadakan lawatan ke Kampung Ayer dan menyusuri Sungai Brunei. Ketibaan Ketua Hakim Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon dan rombongan, di Jeti Queen Elizabeth, dialu-alukan oleh Ketua Hakim Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji

Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said Kifli. Sepanjang pelayaran menyusuri Sungai Brunei, para delegasi dan rombongan telah melawat ke tempattempat menarik seperti Mangrove Paradise, Kolam Penternakan Ikan, MuziumTeknologi Brunei. Turut dilawati ialah Sungai Kebun Overhead Bridge Project, Perumahan Kampung Bolkiah, Pusat Kesenian Brunei, Istana Nurul Iman, Jong Batu dan Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Juga mengalu-alukan lawatan tersebut ialah Presiden Mahkhamah

Rayuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif John Barry Mortimer; Hakim Mahkhamah Tinggi Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Pesuruhjaya Kehakiman / Ketua Pendaftar Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman; Pesuruhjaya Kehakiman Negara Brunei Darussalam, Yang Arif Michael Peter Burrell dan para delegasi.

17 syarikat meterai kontrak bekerja secara tetap tersebut yang mula dilaksanakan pada Oktober 2011. Skim ini telah dilakasanakan mengikut ‘batch’ (bulan) dan setakat ini APTK telah menjalankan 29 batch secara keseluruhan. Seramai 155 peserta telah menamatkan program

skim latihan yang dijalankan. Semenjak program SLP diperkenalkan, 666 orang telah berjaya menamatkan dan mengikut tempoh tiga bulan latihan dalam pekerjaan (peringkat kedua SLP).

BIBD terima lawatan pelajar SMSH MENANDATANGANI bagi pihak Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) ialah Pemangku Ketua APTK, Awang Haji Shahrul Jefri bin Dato Paduka Haji Ibrahim bersama wakil majikan syarikat-syarikat swasta dan peserta Skim Latihan dan Pekerjaan.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 November. - Seramai 42 peserta yang menamatkan latihan dalam pekerjaan berjaya ke peringkat ketiga di 17 buah syarikat yang terlibat dalam penandatanganan kontrak perjanjian Bekerja Secara Tetap. Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Kontrak Bekerja Secara Tetap diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) di ibu negara. Menandatangani bagi pihak Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) ialah Pemangku Ketua APTK,

KHEDN, Awang Haji Shahrul Jefri bin Dato Paduka Haji Ibrahim bersama wakil majikan syarikat-syarikat swasta dan peserta Skim Latihan dan Pekerjaan (SLP). Penandatanganan tersebut disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin selaku tetamu kehormat majlis. Antara syarikat-syarikat yang menandatangani kontrak tersebut termasuk AEC Sendirian Berhad, AES Engineering, Aewon Garment and Embroidery, Armada Properties, Ben Food (B) Sendirian Berhad, Best Eastern, Borneo United Enterprise Sendirian Berhad, Deejay Enterprise, GL Extra Ent, Guanin Company dan sebagainya. Terdahulu, para peserta telah menjalani latihan dalam pekerjaan (on-the job training) untuk peringkat

kedua selama tiga bulan dalam jawatan antaranya Account Clerk, Admin Coordinator Book Associate, Assistant IT and Marketing, Assistant Technician, Bakery Assistant, Buruh Kedai, HR Coordiantor, Janitor, Marketing Executive, Marketing Clerk dan sebagainya. Oleh itu, pihak APTK berharap syarikat-syarikat dan pencari kerja tempatan yang berdaftar ke dalam SLP tersebut akan menambah lagi peluang anak tempatan dan mengurangkan ketergantungan majikan kepada pekerja asing. Pada majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian sijil tamat latihan dalam pekerjaan disempurnakan oleh tetamu kehormat. Seramai 1,284 peserta anak tempatan dan sebanyak 218 buah syarikat diterima menyertai skim

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 November. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerima lawatan seramai 20 pelajar Tahun 10 Pengajian Ekonomi, Perdagangan dan Perakaunan dari Sekolah Menengah Sayyidina Hassan (SMSH). Lawatan bermula dengan pengenalan oleh kakitangan BIBD dan diteruskan dengan pengenalan tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank berkenaan. Lawatan antara lain bertujuan untuk mendedahkan para pelajar mengenai industri perbankan Islam selain peluang-peluang pekerjaan.

GURU dan pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Hassan bergambar ramai bersama para pegawai Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) semasa mengadakan lawatan ke BIBD.


16

PENDIDIKAN

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Jabatan Penerangan terima lawatan SR Lambak Kanan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan rombongan seramai 90 murid termasuk guru-guru dari Sekolah Rendah (SR) Lambak Kanan. Ketibaan rombongan di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Penerangan di sini, dialualukan oleh pegawai-pegawai Jabatan Penerangan. Lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan doa selamat

yang dipimpin oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Pengiran Arsul bin Pengiran Haji Abdul Momin diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan ‘Bendera Negara’ beramai-ramai dari rombongan murid-murid, guru-guru termasuk pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Acara diteruskan dengan ucapan ringkas dari Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim bagi

mengalu-alukan kedatangan rombongan ke Jabatan Penerangan yang berperanan sebagai ‘Lidah’ dan ‘Telinga’ kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan berita mengenai dasar, aktiviti dan program kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat. Sementara itu, taklimat mengenai peranan utama jabatan dalam menjaga imej raja, negara dan kerajaan disampaikan oleh salah seorang Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noriah binti Haji Abd. Hamid. Menurutnya, strategi kerja jabatan berkenaan juga disalurkan melalui Media Cetak seperti Akhbar Rasmi Kerajaan ‘Pelita Brunei’ edisi Isnin,

PEMANGKU Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim semasa berucap dan mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Sekolah Rendah Lambak Kanan ke Jabatan Penerangan.

Rabu dan Sabtu, buku-buku yang berorientasikan kenegaraan dan lain-lain, melalui Komunikasi Bersemuka atau berdudun dan Media Baru iaitu Facebook, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri; Instagram infodept.bn dan Twitter infodept_bn. Manakala taklimat mengenai Pelita Brunei disampaikan oleh wakil dari unit berkenaan, Dayang Norliah binti Md. Zain yang antaranya menjelaskan,

GURU-GURU dan murid-murid Sekolah Rendah Lambak Kanan bergambar ramai bersama pegawai-pegawai Jabatan Penerangan.

latar belakang sejarah dan ikon-ikon yang digunakan dalam keluaran Pelita Brunei bercetak termasuk Pelita Brunei Online yang boleh dilayari melalui laman sesawang www.pelitabrunei.gov.bn. Pelita Brunei jelasnya mula diterbitkan pada 15 Februari 1956 dan kemudian pada 9 Julai 2008, ianya mula diterbitkan dua kali seminggu edisi Rabu dan Sabtu diikuti dua tahun selepas itu pada 18 Julai 2010, pelancaran Pelita Brunei tiga kali seminggu edisi Isnin, Rabu dan Sabtu. Acara diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderamata kenangan kepada penolong guru besar sekolah berkenaan dan sesi bergambar ramai sebelum rombongan dibawa melawat ke mini galeri di ruang lobi bangunan tersebut.

Tanamkan semangat patriotisme kalangan pelajar sekolah Berita dan Foto : Aryentty Haji Ariffin TUTONG, Selasa, 18 November. Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi ‘Program Taklimat Kenegaraan Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara Brunei Darussalam' bagi SekolahSekolah Kerajaan dan Swasta Seluruh Negara Peringkat Daerah Tutong 2014 di Sekolah Rendah Panchong, Tutong I. Sehubungan dengan itu, taklimat mengenai Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara Brunei Darussalam telah disampaikan oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan Cawangan Penerangan Daerah Tutong Awang Shari bin Haji Garib kepada 87 orang murid dari sekolah berkenaan. Dalam taklimat itu, beliau antara

lain menjelaskan dengan terperinci mengenai tatacara menaik-kibarkan Bendera Negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ selain menghuraikan definisi, peranan dan sejarah bendera serta lagu kebangsaan negara. Menurutnya, rakyat dan penduduk negara ini dikehendaki untuk menaikkibar dan kemudian menurunkan bendera negara pada waktu yang telah ditetapkan, yang lazimnya diumumkan melalui media masa kerajaan seperti Pelita Brunei dan Radio dan Televisyen Brunei. Bendera yang dinaikan atau dikibarkan itu tegasnya mestilah dalam keadaan baik dan sempurna iaitu tidak koyak, tidak luntur atau pudar warnanya dan dipasang di tempat yang

PARA pelajar Sekolah Rendah Panchong, Tutong I ketika hadir mendengarkan Taklimat Kenegaraan Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara Brunei Darussalam.

sesuai mengikut keadaan tempat. Sempena taklimat tersebut, para pelajar juga berpeluang menyaksikan tayangan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’. Sesi taklimat juga diselang-selikan dengan kuiz kenegaraan mengenai bendera negara dan lagu kebangsaan. Penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz telah disempurnakan oleh Guru Besar sekolah tersebut, Awang Ukoi bin Anam. Salah satu tujuan taklimat diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman dan semangat patriotik para pelajar mengenai bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Program ini merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme para pelajar untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara dan akan dilaratkan ke seluruh sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di negara ini. Seperti yang dimaklumi, bendera adalah lambang identiti sesebuah negara dan sesuatu bangsa yang menjadi lambang kesepakatan dan perpaduan yang mempunyai kemuliaan, keagungan dengan martabatnya yang tersendiri yang perlu mendapat pengiktirafan dan penghormatan oleh setiap bangsa dan negara di dunia. Menyanyikan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan menaik-kibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam adalah merupakan antara pendidikan awal para pelajar ke arah menimbulkan semangat kenegaraan dan kesedaran hidup berbangsa, beragama dan bernegara. Rasionalnya semangat cinta kepada

raja, agama, bangsa dan negara perlu disemai di peringkat generasi muda terutama murid-murid sekolah rendah. Generasi muda yang dipercayai sebagai penerus serta pejuang bangsa perlu dilatih untuk memiliki semangat patriotik mantap, taat setia yang jitu serta kental dan tidak pernah goyah

untuk menghadapi apa jua cabaran yang boleh memudaratkan bangsa dan negara. Antara lain kewajipan mereka selaku rakyat dan penduduk di negara ini ialah belajar mengenal, menghormati, menjaga dan memelihara maruah dan identiti negara.

Keputusan peperiksaan melalui SMS BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 18 November. - Kementerian Pendidikan dengan kerjasama DST Communications Sdn. Bhd. (DST), Progresif Cellular Sdn. Bhd. (PCSB) dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi keputusan peperiksaan yang akan datang (2014), Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Pelanggan (pelajar dan ibu bapa/penjaga) yang ingin melanggan perkhidmatan ini diperlukan untuk mendaftar secara online melalui webportal Kementerian Pendidikan di www.moe.edu.bn atau e-Darussalam di www.gov.bn. Pelanggan juga boleh mendaftar menggunakan telefon bimbit mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan memerlukan input teks berikut: MOE <jarak> REG <jarak> [KOD PUSAT] <jarak> [NOMBOR CALON] dan hantar ke 8885555 untuk Pelanggan DST atau 38666 untuk Pelanggan PCSB. Tiada caj akan dikenakan untuk pendaftaran yang dibuat melalui webportal Kementerian Pendidikan atau telefon bimbit. Pelanggan boleh mula melanggan perkhidmatan ini pada hari Rabu, 19 November 2014. Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS selepas mendapat kelulusan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan bagi mengumumkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan caj sebanyak BND3.00 bagi setiap keputusan SMS yang diterima. Kementerian Pendidikan berharap perkhidmatan ini akan memberikan faedah kepada orang ramai terutama ibu bapa dan pemegang kepentingan Kementerian Pendidikan secara umum. Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan lanjut mengenai cara mendaftar, pelanggan boleh menghantar e-mel ke alamat berikut: mach@machbrunei.com


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

17

Peserta program SSEAYP teruskan pelayaran ke Kemboja Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar menyampaikan cenderahati kepada Ketua Kontinjen Republik Indonesia.

MUARA, Ahad, 16 November. Kapal Nippon Maru yang membawa 320 belia dari 11 buah negara yang menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-41 meneruskan perjalanannya ke Sihanoukville/Phnom Penh, Kemboja. Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar dalam ucapannya berkata, Brunei Darussalam sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah SSEAYP tahun ini, sebagai salah satu pelabuhan persinggahan dan juga menandakan Penyertaan Ke-29 SSEAYP bagi negara ini. Beliau juga berharap melalui program-program yang telah diaturkan termasuk Program Keluarga Angkat (Homestay) akan berjaya memperkenalkan cara kehidupan dan

budaya negara ini kepada para peserta SSEAYP. Upacara selamat belayar yang berlangsung di Pelabuhan Muara

bermula dengan pengenalan kepada Ketua Pentadbir Kapal Nippon Maru, Mr. Tomofumi Oka, Ketua-Ketua Kontinjen (National Leaders) dan para peserta SSEAYP Ke-41 dan diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta. Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga selaku tetamu kehormat telah menyampaikan cenderahati kepada Ketua-Ketua Kontinjen. Turut hadir ialah Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SSEAYP Ke-4, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Negara-Negara Anggota ASEAN dan Jepun ke Negara Brunei Darussalam serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS dan Jabatan Belia dan Sukan. Tahun ini merupakan penyertaan

PESERTA negara di SSEAYP mengibarkan bendera kebangsaan sebagai simbol tanda selamat tinggal buat sementara.

Negara Brunei Darussalam Ke-29 bagi SSEAYP Ke-41 yang mana secara rasminya mengikuti program itu pada tahun 1985. Program pertukaran belia itu merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus untuk para belia di negara-negara ASEAN dan Jepun yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun dengan kerjasama negara ASEAN sejak ia bermula pada tahun 1974. Program yang akan berjalan selama 52 hari mulai 28 Oktober hingga 18 Disember 2014 itu, bertujuan untuk mengukuhkan persefahaman dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan belia ASEAN dan Jepun, di samping untuk mengenal dan mempelajari kegiatan dalam semua aspek termasuk cara hidup, sosiobudaya, politik dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Setiausaha Tetap, KKBS, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut.

SEBAHAGIAN para pegawai kanan Negara Brunei Darussalam dan negara-negara peserta yang turut hadir pada majlis tersebut.

Peserta bengkel terima sijil Oleh : Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 November. - Kira-kira 150 peserta yang mewakili daripada klien Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan wakil-wakil serta klien-klien dari Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan mengakhiri Bengkel Membasmi Kemiskinan Keluarga. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bengkel bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa

Membasmi Kemiskinan 2014 itu diadakan di Dewan Kemasyarakatan ll, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir. Terdahulu, para peserta bengkel

membentangkan hasil yang diperolehi daripada perkongsian pendapat sepanjang bengkel dan juga menyuarakan cadangan mereka bagi pembaikan ke atas sambutan tersebut pada masa akan datang. Sambutan pada tahun ini bertemakan ‘Menjana Ekonomi Keluarga’, yang mana ia sesuai memandangkan ekonomi keluarga yang stabil dan kukuh bukan saja akan menghalang kemiskinan malah merupakan salah satu asas dalam menentukan kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Hari Antarabangsa Membasmi

PEMANGKU Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir semasa menyampaikan sijil kepada seorang daripada peserta.

Kemiskinan mula diperkenalkan pada 17 Oktober tahun 1993 dan

Negara Brunei Darussalam meraikan sambutan ini sejak tahun 2012.

Mengukuhkan persahabatan pemimpin belia Brunei - Singapura Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 November. - Negara Brunei Darussalam akan menyertai Program Pertukaran Kepimpinan Belia Brunei-Singapura (SBYLEP) yang akan berlangsung pada 11-14 November di Republik Singapura. Sehubungan itu, seramai 15 Pemimpin Belia dari Negara Brunei Darussalam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas di sini meninggalkan negara untuk menyertai program pertukaran tersebut. Rombongan negara diketuai oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abdul Hamid. Negara Brunei Darussalam dan

Republik Singapura telah lama menjalin hubungan persahabatan hubungan dua hala yang sangat baik di antara kedua-dua buah negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Lawatan Negara baginda pada bulan April 2014 yang lalu, telah memberikan peluang yang baik untuk memperdalami lagi hubungan antara kedua-dua buah negara dan bersedia untuk berkhidmat serta bekerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin ini dengan perkongsian hubungan dua hala terutamanya dalam ASEAN. Semasa Lawatan Negara, Presiden Tony Tan Keng telah mengumumkan bahawa program sulung SBYLEP akan diadakan pada separuh kedua 2014 yang akan berfungsi untuk

membangunkan pemimpin generasi berikutnya dalam menekankan kepentingan peranan masa depan untuk anak-anak muda. Dalam pada itu, SBYLEP pertama yang diselenggarakan oleh Majlis Belia Kebangsaan Singapura akan diadakan dari 10-14 November 2014 ini di Republik Singapura, yang melibatkan seramai 15 orang pemimpin muda Negara Brunei Darussalam berusia antara 19 hingga 35 tahun dari sektor awam, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Tema SBYLEP pada tahun ini ialah ‘Inovasi Sosial’ bertujuan untuk mempamerkan inovasi tindak balas terhadap keperluan sosial dan menghasilkan perubahan positif melalui pengenalan 3P (people, private and public) dalam konsep dan sektor organisasi masing-masing. SBYLEP itu akan diselenggarakan setiap tahun secara bergilir-gilir bagi tempoh empat tahun (2014-2017). Dalam pada itu, Menteri

SEROMBONGAN 15 Pemimpin Belia dari Negara Brunei Darussalam yang menyertai Program Pertukaran Kepimpinan Belia Brunei-Singapura (SBYLEP).

Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia juga

selaku Menteri Kanan Negara, Kementerian Perhubungan dan Informasi, TYT Lawrence Wong juga akan menghadiri ‘Wrap Up and Dialogue Session’ yang akan diadakan pada 14 November 2014.


18

NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Jaga akidah bagi kebahagiaan rumah tangga Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli kebahagiaan dalam rumah tangga, sebagai seorang Islam, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menjaga akidah kita. Melalui akidah yang kukuh akan dapat membantu kita mengawal rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan,” ungkap Yang Berhormat ketika merasmikan Majlis Kursus Pasca Perkahwinan Daerah Belait di Dewan Rumah Persinggahan Kerajaan, di sini.

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin ketika memberikan ucapan alu-aluan pada Majlis Kursus Pasca Perkahwinan Daerah Belait di Dewan Rumah Persinggahan Kerajaan.

KUALA BELAIT, Selasa, 18 November. - Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Yusof bin Haji Dulamin berkata, kebahagiaan rumah tangga tidak terletak pada harta yang melimpah, pangkat yang tinggi dan anak yang banyak. Yang Berhormat yang juga Ketua Kampung Mumong menyatakan, kebahagiaan itu abstrak, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat diukur jumlahnya. “Dalam mencari dan mencapai

Menurut catatan statistik Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga Pejabat Hal Ehwal Ugama, Daerah Belait sejak tiga tahun kebelakangan antara punca-punca yang mendorong berlaku permasalahan dalam rumah tangga termasuk tiada persefahaman, pengabaian tanggungjawab / nafkah, curang kepada pasangan / mempunyai skandal, keganasan dalam rumah tangga, masalah poligami seperti tidak berlaku adil, ghaib / menghilangkan diri dan masuk penjara / rumah Al-Islah. Kursus Pasca Perkahwinan merupakan kursus kali kelima dilaksanakan oleh Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan julung kali di Daerah Belait dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait. Kursus seumpama ini telah dijayakan sebelum ini di Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong dengan tujuan bagi memantapkan dan mengukuhkan kewujudan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

Pada kursus yang diadakan di Daerah Belait selama tiga hari ini disertai 13 pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama lebih tiga tahun. Mereka diberikan ilmu pengetahuan, perkongsian pengalaman, tips-tips dalam pelbagai sudut yang mencakupi penghayatan keugamaan dalam berkeluarga, kesihatan, undang-undang keluarga yang berkuat kuasa di Negara Brunei Darussalam, pengurusan kewangan yang efektif, komunikasi berkesan, kemahiran keibubapaan yang dibentuk melalui teknik-teknik tertentu dan tanggungjawab suami isteri dalam menjalani kehidupan harian. Pihak penganjur berkata, walaupun penerimaan peserta terhad, namun jika mendapat sambutan yang menggalakkan akan ditingkatkan lagi pada masa akan datang. Tujuan penyertaan terhad adalah bagi memberikan ruang keselesaan kepada peserta-peserta untuk berinteraksi dengan selesa sesama mereka, penceramah dan fasilitator dalam setiap penyampaian kertas kerja. Semua pengisian kursus bertujuan bagi sama-sama mendukung dan menanai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sering kali menekankan kepentingan keharmonian keluarga dan sebagai usaha merealisasikan sambutan ‘Keluargaku Harapanku’. Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang disampaikan termasuk penyelesaian konflik dalam perkahwinan menurut

pandangan Islam, perundangan: Akta Undang-Undang Keluarga Islam Penggal 217, keganasan dalam perkahwinan (antara faktor yang boleh menimbulkan permasalahan dalam rumah tangga), Keluargaku Harapanku, kemahiran ibu bapa, pengaruh komunikasi dalam perkahwinan dan pengurusan kewangan dan harta untuk keluarga yang dibentangkan oleh fasilitator-fasilitator tempatan terdiri daripada Unit Perundangan Islam Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Pusat Da’wah Islamiah, Polis Diraja Brunei, Pusat Kaunseling ABDB, Pusat Kaunseling Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan (TAP), Kementerian Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam dan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga Jabatan Hal

Ehwal Syariah yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran serta terlibat secara langsung dalam pengendalian kaunseling bimbingan dan khidmat nasihat khususnya yang berkaitan kekeluargaan. Pihak penganjur berharap kursus tersebut akan dapat diterima oleh segenap lapisan penduduk dan akan dilaratkan ke Daerah Temburong serta menjadi rancangan tahunan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga. Orang ramai yang ingin menyertai dan mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kursus tersebut boleh berhubung dengan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal ehwal Syariah melalui talian 2241267 pada waktu bertugas atau melayari Facebook Jabatan Hal Ehwal Syariah.

PARA peserta kursus yang menghadiri sesi Kursus Pasca Perkahwinan Daerah Belait tersebut.

Tingkatkan pengetahuan pembacaan Al-Qur’an Saudara baru terima bantuan YSHHB

PARA Muslimah dari Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Omar 'Ali Saifuddien diraikan pada Majlis Khatam Al-Qur’an di masjid berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Seramai 25 orang muslimah dari Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Omar 'Ali Saifuddien buat julung kalinya diraikan pada Majlis Khatam Al-Qur’an yang diadakan di masjid berkenaan. Program yang akan dijadikan sebagai projek tahunan Muslimah Masjid Omar 'Ali Saifuddien ini bertujuan sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid selain sama-sama berpatisipasi dalam mengembangkan Syiar Islam, meningkatkan lagi pengetahuan dalam pembacaan dan menhayati ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan lancar dan sempurna. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan muslimah agar sentiasa mengikuti kegiatan-kegiatan keugamaan, berkebajikan, di samping mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Bahagian

Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Pengiran Alizah binti Pegniran Haji Mohd. Tahir. Juga hadir, pegawai-pegawai dan kakitangan wanita JHEM, para muslimah masjid dari Daerah Brunei Muara serta penduduk-penduduk yang tinggal di sekitarnya. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan surah-surah oleh peserta khatam dan seterusnya bacaan Takhtim diketuai oleh Muslimah Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Sementara itu, bacaan Doa Khatam dipimpin oleh Dayang Roslinah binti Haji Sahat, manakala Dikir Marhaban beramai-ramai pula diketuai oleh Dayang Anidah binti Mohd Zailani @ Incee. Bagi memberkati majlis Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Dayang Hajah Nor binti Ladi.

TUTONG, Selasa, 18 November. Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur. Pembinaan rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan YSHHB merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Yayasan sebagai usahanya bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di negara ini selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya. Rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan dikhususkan kepada saudara-saudara baru dan mereka yang daif dan tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri di mana rumah-rumah bantuan ini dikurniakan secara percuma kepada para penerima yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Yayasan. Pembinaan rumah bantuan kepada saudara-saudara baru bertujuan bagi memberi mereka peluang untuk memperbaiki taraf kehidupan, di samping dapat meneruskan dan menghayati kehidupan sebagai seorang Islam dengan sempurna dan dapat melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wata’ala dalam keadaan yang selesa dan aman. Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Anak Kunci Rumah

PENGARAH Urusan Yayasan, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail ketika menyerahkan Anak Kunci Rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan kepada Awang Abdul Rahman bin Abdullah Yakin.

Oleh : Aryentty Haji Ariffin Foto : Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bantuan Skim Perumahan Yayasan kepada Awang Abdul Rahman bin Abdullah Yakin, seorang saudara baru berusia 77 tahun diadakan hari ini di Kampung Rambai. Hadir menyempurnakan majlis penyerahan anak kunci rumah tersebut ialah Pegarah Urusan Yayasan, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Penghulu Mukim Rambai, Pemangku Ketua Kampung Rambai, pegawai Kerajaan yang berkenaan serta pegawai dan kakitangan YSHHB. Keadaan rumah Awang Abdul Rahman bin Abdullah Yakin sebelum ini dalam keadaan daif dan usang,

serta tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya mengharapkan generator. Beliau hanya mengharapkan pencen tua sebanyak BND250 sebulan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan isteri beliau seorang warga emas juga menerima elaun pencen tua. Pasangan suami isteri ini tidak dikurniakan anak hanya mempunyai dua orang anak angkat iaitu seorang lelaki yang tinggal bersama beliau dan seorang perempuan yang sudah berumahtangga dan tinggal bersama suaminya. Rumah bantuan tersebut berkonsepkan tiga (3) buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Prospek pasaran insurans cerah

TIMBALAN Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Yusof bin Haji Abd. Rahman selaku Pengarah Urusan Autoriti Moneteri Brunei Darussalam (AMBD) (kanan) ketika menyerahkan plak kepada peserta syarikat yang menyertai pada sambutan Hari Insurans dan Takaful 2014 tersebut.

Barigakan Akta, Peraturan JIPK TEMBURONG, Isnin, 17 November. - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) sentiasa berusaha di dalam membarigakan kesalahan-kesalahan Akta dan Peraturan-Peraturan yang di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan. Salah satu usaha yang dikendalikan ialah dengan mengadakan Jerayawara Pembarigaan Akta dan Peraturan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan berlangsung di Dewan Serbaguna, bangunan Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh. Antara yang hadir semasa

Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim jerayawara tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Pada majlis itu, Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah menyampaikan poster-poster kepada penghulupenghulu dan ketua-ketua kampung. Jerayawara juga diselitkan dengan pameran daripada bahagian-bahagian di bawah JIPK sebagai usaha dalam membarigakan Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan oleh jabatan berkenaan yang juga disertai oleh Unit Jenayah Penyeludupan Manusia dari Pasukan Polis Diraja Brunei bagi memberikan kefahaman kepada orang

Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 November. - Prospek pasaran insurans di Negara Brunei Darussalam adalah cerah pada saat ini kerana mencapai 6 peratus daripada sektor perkhidmatan kewangan. Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Yusof bin Haji Abd. Rahman selaku Pengarah Urusan Autoriti Moneteri Brunei Darussalam (AMBD) pada sambutan Hari Insurans dan Takaful 2014 yang bertemakan ‘A New Beginning For A Better Future’ sekali gus merasmikan Persatuan Insuran dan Takaful Brunei (BITA) di Hotel Orchid Garden, di sini. Katanya sebanyak 13 buah syarikat insurans telah dilesenkan oleh AMBD, di mana lapan daripadanya adalah syarikat dalam negeri dan lima buah lagi adalah syarikat antarabangsa. "Kami juga mempunyai Perintah Takaful, 2008 dan Perintah Insurans 2006 bagi memenuhi industri insurans di Brunei Darussalam," ujar beliau. Beliau melihat perkara ini sebagai satu peluang bagi sektor insurans di Negara Brunei Darussalam untuk terus berkembang dengan mempunyai persekitaran perniagaan yang lebih dinamik dan kondusif. Tambahnya, dalam Wawasan Brunei 2035, pelbagai kelompok ekonomi telah dikenal pasti di mana sektor perkhidmatan kewangan merupakan salah satu darinya. Ke arah itu beliau percaya industri takaful dan insurans boleh memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan kewangan di negara ini. "Dalam mencapai matlamat tersebut AMBD dan BITA perlu bekerjasama bagi memudahkan pertumbuhan dalam infrastruktur dan perkhidmatan insurans," terang beliau. Walau bagaimanapun tegasnya, penembusan pasaran selalu menjadi perhatian utama yang mana masalah ini bukan sahaja berlaku di Negara Brunei Darussalam tetapi telah berulang kali dibincangkan dalam industri insurans ASEAN. Perkara ini tegasnya, masih rendah kerana kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap manfaat takaful dan insurans dan untuk itu ianya perlu diberi perhatian untuk masa depan yang lebih baik. Pada Majlis tersebut Awang Yusof juga telah melancarkan buku ‘My Takaful and Insurance Book’ yang di terbitkan bersama AMBD dan BITA. Buku tersebut diperkenalkan adalah untuk memberikan kefahaman asas kepada pihak yang dilindungi mengenai konsep dan model yang digunakan oleh insurans dan takaful serta perbezaan di antara insurans konvensional dan takaful. BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 November. - Dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Selangor dan KD Ganas selamat tiba ke negara ini bagi menjalani Exercise Hornbill Siri 24/2014 yang bermula hari ini hingga 23 November depan. Hadir menyambut ketibaan kapal-kapal TLDM tersebut ialah Pegawai Pemerintah KDB Darulehsan, Lt Kol (L) Willie bin Padan yang juga Komander Pasukan Petugas Latihan; Pegawai Pemerintah KDB Ijhtihad, Mej (L) Md Azrin bin Haji Mahmud serta

19

PEMANGKU Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad ketika menyaksikan pameran di ruang legar, bangunan Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar.

ramai mengenai jenayah terbabit. Juga diadakan sesi konsultasi bersama JIPK, di mana dengan adanya sesi tersebut pihak JIPK akan dapat memberi lebih tumpuan serta mendengar tentang permasalahan yang dihadapi orang ramai dan seterusnya dapat memberikan penjelasan secara telus. Jerayawara sempena sambutan Hari Penubuhan JIPK Ke-56 ini merupakan pelan strategik dalam memberikan maklumat kepada orang ramai dengan tujuan bagi membuat pendekatan dan penjelasan secara langsung kepada orang ramai terhadap Akta dan Peraturan JIPK termasuklah berhubung dengan kesalahan dan hukuman bagi mengambil bekerja pesalah imigresen, kesalahan pasport, permohonan penduduk tetap dan sebagainya. Dianjurkan oleh JIPK dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong, jerayawara seumpama ini adalah bersesuaian dengan tanggungjawab JIPK dalam memberikan perkhidmatan iaitu permohonan dokumen perjalanan, visa, pas kerja, permit masuk, warganegara, kelahiran, kematian dan anak angkat serta kad pengenalan yang lazim dan pengurusan keselamatan pos-pos kawalan dan penguatkuasaan. Dalam kesempatan ini, JIPK ingin mengingatkan kepada orang ramai terutama majikan supaya sentiasa memastikan tempoh pas imigresen pekerja masih sah dan seterusnya menasihatkan supaya majikan sentiasa mengetahui keberadaan pekerja setiap masa.

PEMANGKU Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh menyampaikan poster kepada salah seorang ketua kampung semasa berlangsungnya Jerayawara Pembarigaan Akta dan Peraturan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di Dewan Serbaguna, bangunan Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar.

Exercise Hornbill tingkatkan semangat kerjasama ketenteraan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi pegawai dan anggota dari kapalkapal yang mengambil bahagian dalam latihan berkenaan. Sejurus tiba delegasi TLDM yang

diketuai oleh Commander Naval Region 2, Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar; Pegawai Memerintah KD

Selangor, Komander Jamaludin bin Haji Sairi yang juga Timbalan Komander Pasukan Petugas dan Pegawai Pemerintah KD Ganas, Lt Kdr Che Mohd Fakrul Azizi bin Che Lah membuat kunjungan hormat kepada Komandan Angkatan Laut Diraja Brunei di Markas Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Exercise Hornbill merupakan siri latihan tahunan dua hala antara TLDB dan TLDM yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan semangat kerjasama

KETIBAAN kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia disambut oleh para pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Brunei yang mengambil bahagian dalam latihan berkenaan.

serta persefahaman antara keduadua tentera laut selain untuk menghasilkan titik persefahaman bersama anggota tentera, di samping mempunyai peluang untuk berinteraksi secara tidak formal melalui pelbagai sukan dan kegiatan sosial. Latihan akan disertai oleh empat kapal iaitu dua dari TLDB iaitu KDB Darulehsan dan KDB Ijhtihad dan dua dari TLDM, KD Selangor dan KD Ganas yang mengandungi tiga fasa, bermula dengan fasa pelabuhan di Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan tiga hari fasa laut dalam perjalanan dari perairan Brunei ke Pangkalan Tentera Laut Sepanggar di Kota Kinabalu, Malaysia dan fasa latihan di Sepanggar Pangkalan Tentera Laut.


20

NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Adat Istiadat Kebruneian wajar diketahui

YANG Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos semasa hadir pada Siri Perkongsian Maklumat Media dan Agensi-agensi Kerajaan bersama Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN).

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 November. - Pengetahuan dan pemahaman mengenai Adat Istiadat Diraja dan Adat Istiadat Kebruneian amat wajar diketahui oleh seorang pengamal media. Ini kerana pengamal media merupakan orang pertama yang berada di barisan hadapan bagi menyalurkan dan menyiarkan maklumat yang tepat serta mempunyai akuantabiliti sepertimana yang dihasratkan dalam Siri Perkongsian Maklumat Media dan Agensi-Agensi Kerajaan bersama Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN) ini. Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof menekankan perkara itu dalam sabda alu-aluan pada Siri Perkongsian berkenaan, berlangsung di JAIN, di sini. Terdahulu, Yang Amat Mulia bersabda, siri program yang diungkayahkan itu setentunya mempunyai kaitan dengan misi dan visi JAIN ditubuhkan iaitu, bertanggungjawab dalam memberikan masyarakat Brunei pengetahuan dan pemahaman tentang Adat lstiadat Diraja dan Adat lstiadat Kebruneian.

Dalam erti kata lain sabda YAM, siri program itu adalah wadah perkongsian maklumat di antara kerajaan dengan media kerajaan dan media swasta. Siri program ini juga, sabda YAM, secara tidak langsung akan mewujudkan jaringan komunikasi terbuka dalam kalangan pengamal media. Menurut sabda YAM, kewujudan jaringan komunikasi terbuka ini setentunya akan membolehkan pengamal media menyalur dan membarigakan maklumat atau informasi yang betul lagi tepat kepada orang ramai tanpa menjejaskan reputasi dan imej raja dan kerajaan. Selain itu, sabda YAM, Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian - Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan (JPAKK dan JJK) juga perlu digunakan sebagai platform dua hala, iaitu hubungan antara kerajaan dengan media. Dengan adanya platform itu nanti sabda YAM, kedua-dua pihak akan dapat sama-sama mendukung dan mempertahankan imej baik kerajaan dan negara bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. YAM berharap Siri Perkongsian

Maklumat Media dan Agensi-Agensi Kerajaan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pengamal media di negara ini. Dalam sabdanya YAM juga menegaskan kepada pegawai-pegawai perhubungan awam dan pengamal perhubungan awam serta media mengekalkan integriti, bertanggungjawab dalam berkarya, tidak melanggar tatasusila dan etika kewartawanan yang berpaksi kepada konsep Melayu Islam Beraja (MIB)

demi keharmonian serta kesejahteraan bernegara. Berangkat hadir ke siri program tersebut, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Juga hadir, Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu; Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad; pegawai-pegawai kanan kerajaan; pegawai dan pengamal perhubungan awam dan media. Sementara itu, Awang Haji Mohd. Rozan dalam ucapannya antara lain menjelaskan, perbincangan dan perkongsian tersebut adalah hasil daripada perbincangan Jawatankuasa Perhubungan Awam dan juga kementeran-kementerian serta organsasi strategik bagi meningkatkan ilmu dan memperbaiki lagi perkara-perkara yang perlu diperbaiki dalam perhubungan awam seperti penyiaran berita sama ada dalam bentuk video, media cetak dan penyiaran dalam dunia moden pada masa ini, media-media sosial seperti Facebook. Jelasnya, pegawai dan pengamal

perhubungan awam serta media hadir ke siri tersebut dengan tujuan bagi membawa kesemua pihak berkenaan untuk dapat sama-sama berkongsi maklumat ataupun mendengarkan penerangan daripada YAM dan juga pegawai-pegawai JAIN. Setiausaha Tetap Media dan Kabinet menambah, terasul yang betul adalah merupakan perkara penting, jadi di negara ini sebagai sebuah negara yang penuh adat istiadat mengikut falsafah negara kita MIB. Jadi perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat negara katanya, adalah amat wajar diketahui kerana bahan-bahan berita dan media-media yang menggunakan terasul atau mengenai dengan adat istiadat akan menyampai dan menyebarkan maklumat dan informasi yang betul dan tepat kepada orang ramai, pembaca, pendengar dan mereka yang menonton berita. “InsyaaAllah apa-apa yang diperolehi daripada sesi perkongsian ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan sokongan untuk kerjakerja harian bagi semua pegawai dan pengamal perhubungan awam serta media yang mengikuti sesi berkenaan,� ujarnya. Acara diteruskan dengan sesi dialog bersama pegawai dan pengamal perhubungan awam serta media tempatan dengan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, YAM Penolong Yang Di-Pertua JAIN dan pegawai-pegawai kanan JAIN.

ANTARA wakil media yang hadir pada Siri Perkongsian Maklumat Media dan Agensi-Agensi Kerajaan bersama JAIN.

YANG Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) JPM, Awang Haji Mohd. Rozan bergambar ramai bersama para peserta pada Siri Perkongsian Maklumat Media dan Agensi-agensi Kerajaan bersama JAIN.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

21

Program Masyarakat Bermaklumat tingkat pengetahuan masyarakat

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad ketika menyampaikan sijil kepada seorang peserta.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed SERIA, Rabu, 19 November. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait dengan kerjasama Unit Hubungan Mayarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan program Masyarakat Bermaklumat di Pejabat Penerangan Seria.

Taklimat pertama, Jabatan Penerangan telah mengundang dua orang pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Dayang Nurul Azirah binti Matassin dan Dayangku Dewi Kartika Putri binti Pengiran Shahminan. Taklimat antara lain menerangkan

peranan JAPEM dalam menangani permasalah serta memantau kesejahteraan masyarakat. Semantara Pejabat Peguam Negara juga turut diundang untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk ‘Hak-Hak Mangsa Dera dari Segi Undang-Undang’ yang disampaikan oleh dua orang Penasihat UndangUndang, Awang Haji Afif Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Dayang Karen Tan. Pasukan Polis Diraja Brunei dari Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Ong Sum Ping, juga turut diundang bagi menyampaikan taklimat bertajuk ‘Pentingnya Khidmat Kaunseling Kepada Mangsa dan Keluarga Penderaan’ oleh CPL 4238 Awangku Safajaya bin Pengiran Haji Ali dan WPC 5516 Marni Diana binti Sahat. Sementara itu, taklimat dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah disampaikan oleh Pegawai Staf JKDN, Awang Haji Md. Fauzi bin Haji Abd. Samad. Penghulu Mukim Seria, Awang Haji Jemail bin Linap ketika ditemu bual PELITA BRUNEI menjelaskan, taklimat berkenaan perlu dilaratkan secara terperinci yang akan menjadi panduan penduduk kampung dan juga mukim yang sudah tentu dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

TAKLIMAT dari Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Ong Sum Ping disampaikan oleh CPL 4238 Awangku Safajaya bin Pengiran Haji Ali dan WPC 5516 Marni Diana binti Sahat dan dipengerusikan oleh Awang Rafa'ee bin Ya'akub.

Bagi Pengarah Canang Citra Management, Awang Haji Zaini bin Munir berpendapat taklimat berkenaan memberi pengetahuan serta panduan yang berguna kepada masyarakat. “Penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemimpinpemimpin belia dan persatuan serta penubuhan NGO juga perlu sama-sama diundang kerana mereka berperanan dalam soal kemasyarakatan,” jelasnya. Beliau seterusnya menyarankan agar sesi dialong mempunyai waktu yang sesuai, di samping menyediakan ‘Root Cause Analysis’ bagi mencari punca masalah, bagaimana mengatasi bagi plan jangka pendek dan panjang dan setiap rumusan hendaklah dihadapkan kepada yang berkenaan. Terdahulu, wakil peserta Awang Haji Hassan bin Tuah telah menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Penerangan kerana melalui program berkenaan peserta akan mendapat penerangan yang berguna dan dengan panduan serta maklumat yang jelas ianya akan dapat digunakan dalam merealisasikan hasrat jabatan yang bermoto ‘Membudayakan Masyarakat Bermaklumat’. Program yang bertujuan untuk memberi inspirasi dan semangat kepada anggota masyarakat dan mendedahkan mereka dengan memberi pengetahuan serta maklumat bagaimana untuk meningkatkan taraf

hidup dengan membina ekonomi dalam bidang keusahawanan. Program berkenaan telah disertai seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada institusi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di seluruh Daerah Belait. Program kali pertama itu memfokuskan pada keusahawanan dan isu-isu penderaan dan merupakan kesinambungan program yang telah diadakan di daerah-daerah lain. Sijil-sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.

PENGHULU Mukim Seria, Awang Haji Jemail bin Linap ketika ditemu bual melahirkan rasa beruntung mendapat pendedahan mengenai keusahawanan dan isu penderaan yang amat berguna.

SEORANG peserta ketika mengajukan soalan pada sesi soal jawab.

GAMBAR RAMAI... peserta bersama Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.


22

CERPEN Oleh : Maya Brunei

I

ZAH mendesak Alif agar bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, Alif tambah bingung apabila Izah sudah sampai ketahap memaksa agar Alfi bertanggungjawab. Tanggungjawab apa…? Tuntutan Izah itu terlalu berat untuk dibayar oleh Alif, apa lagi untuk membawa Izah lari dan bernikah di luar negeri mustahil dan ini tidak akan terjadi. Tapi Izah beria-ia minta pertanggungjawaban daripada Alif. “Bawa Izah lari dari sini bang…” rasa hendak tercabut tangan Alif ditarik-tarik oleh Izah. “Lari ke mana…?” Alif terpingapinga kerana tidak tahu pokok pangkal cerita yang mendadak itu. Alif dan Izah sebenarnya tidak mempunyai hubungan yang disebut cinta, barangkali Izah sengaja hendak menjebaknya untuk menutupi sesuatu kejadian yang buruk. Tapi tidak mungkin Izah sanggup berbuat khianat kepadanya. “Tolonglah bang…kita nikah di luar negeri…!” teriak Izah, nada suaranya

begitu menyakinkan sepenuh hati berharap kepada Alif. Benteng kesabaran Alif sudah pecah kerana desakan Izah yang bertubitubi itu, Alif tidak mahu diperkudakudakan dan membiarkan harga dirinya tercemar yang cuma kerana seorang wanita yang bernama Izah. “Aku tidak menyintai kau, Izah…!” Izah macam adiknya dan Alif pula macam abang kepada Izah, itu yang ada selama ini dalam fikiran mereka, tapi sekarang sudah lain. Izah menagih sesuatu yang bukan menjadi tanggungjawab Alif. Alif sudah tidak tahan dengan perlakuan Izah yang seperti dirasuk iblis itu, Alif tidak mahu orang lain tahu apa yang diinginkan oleh Izah itu. Alif terpaksa menutup mulut Izah dengan satu tamparan sulung. Izah tersungkur ke lantai dan Alif pula jatuh dari atas katilya. Mujurlah semua itu cuma mimpi, kalau betulbetul terjadi ia pasti akan menjadi satu kes dera dan akan menjadi titik-titik hitam dalam hidup Alif. Tapi mengapa

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014 Alif mimpikan Izah…? Alif beristighfar dia merasakan apa yang berlaku dalam mimpinya itu benar-benar terjadi. Dari kecil hingga sama-sama dewasa Alif tidak pernah menyakiti hati izah, apa lagi menampar seperti dalam mimpinya itu. Cerita hidup Alif yang pertama sudahpun habis, sekarang cerita hidup Alif yang kedua ini pula nyata dan benar, ayahnya menyuruh Alif balik kampung hujung bulan Jun ini. Sebut saja Jun Alif teringatkan tarikh lahirnya yang jatuh pada 30 Jun 2012. Apakah ayahnya bermurah hati untuk meraikan hari lahirnya, satu soalan yang mahal. Lebih setahun Alif tidak balik kampung sejak emaknya meninggal dunia dua tahun lalu. Alif marah berabis kerana ayahnya kawin baru, Alif marah bukan kerana ayahnya kawin dengan pembantu rumah jirannya itu, tapi apa yang mengguris hati Alif ayahnya naik pelamin baru tujuh bulan ditinggalkan emaknya. Pada mulanya Alif mahu melupakan saja panggilan ayahnya itu, tapi dia bimbang juga apa sebenarnya yang berlaku kepada ayahnya di kampung. Apapun yang telah dilakukan oleh ayahnya jika Alif berfikir dengan

DENGAN satu teriakan yang kuat cukup untuk memenuhi ruang bilik tidurnya yang kecil itu, bahana lontaran suara Alif itu berjaya mengejutkannya dari tidur lena yang menjanjikan esok pagi-pagi dia akan balik kampung menemui ayahnya. Spontan ketukan yang bertalu-talu itu hilang bersama kecaian mimpinya yang aneh itu.

LARI tenang dan dewasa, pasti tidak akan menimbulkan masalah. Kalau sekadar ibu tirinya sakit belum cukup syarat untuk Alif bergegas balik kampung. Ataukah ayahnya sendiri yang sakit, kalau sangkaanya itu benar, amat berdosalah dia mengabaikan kesejahteraan ayahnya sendiri. Bagaimana jika dia sendiri yang menjadi ayah satu masa nanti…? Esok Alif akan balik kampung dan mengetahui apa yagn sebenarnya terjadi. Jejarinya cepat menekan nombor-nombor mobile untuk mengirim mesej kepada bapanya dan malam ini Alif akan berehat sekali gus memadam segala fikirannya yang negatif itu. Baru beberapa minit Alif melelapkan matanya, bunyi ketukan pintu yang bertubi-tubi itu singgah di telinganya. Alif bangun dan mengamat-amati dari mana bunyi ketukan itu, nyata ketukan itu datangnya dari luar pintu rumahnya. Dengan cepat Alif mengambil benda keras untuk mempertahankan dirinya. Nada ketukan itu amat kuat dan mencemaskan, tapi ia sangat menyakinkan bahawa ketukan itu bukan kecemasan mahupun membahayakan. Demi saja pintu terbuka nyata seorang wanit terus masuk dan meminta perlindungan kepadanya. Alif cepat menutup pintu setelah dia pasti tidak ada orang yang nampak apa yang berlaku itu, sebagai seorang yang bukan mahram pasti mengundang padah jika orang nampak mereka cuma berdua-duaan dalam sebuah rumah, apa lagi pada waktu malam pasti mereka akan dituduh berkhalwat. “Izah..mengapa kau lakukan ini..?” “Lindungilah Izah, bang…”

Ajeeb

“Apa sebenarnya yang berlaku, cara yang kau lakukan ini berbahaya tau…!” “Izah hendak dikawin dengan orang tua bang…” suara Izah terputus, mereka pandang memandang satu sama lain. Bunyi ketukan dari luar bertalu-talu lagi, kali ini betul-betul ada bala yang akan menimpa mereka di malam yang malang itu. Alif cemas… Izah ketakutan, Alif habis fikir menyuruh bersembunyi di bilik mandi tapi Izah berkeras. Dalam kekelutan itu Alif hilang sabar lantar berteriak memaksa Izah bersembunyi di bilik mandi. Dengan satu teriakan yang kuat cukup untuk memenuhi ruang bilik tidurnya yang kecil itu, bahana lontaran suara Alif itu berjaya mengejutkannya dari tidur lena yang menjanjikan esok pagi-pagi dia akan balik kampung menemui ayahnya. Spontan ketukan yang bertalu-talu itu hilang bersama kecaian mimpinya yang aneh itu. Matahari sudah meninggi, Alif berkemas hendak balik kampung atas desakan ayahnya. Sepanjang perjalanan macam-macam yang terpeta dan jelas dalam fikiran Alif apa sebenarnya yang diinginkan oleh ayahnya sehingga berharap sangat akan kedatangannya itu. Kereta Alif sudah tersadai di halaman rumah ayahnya, tidak ada apa-apa perubahan masih biasa seperti dahulu, cuma ada sebuah kereta baru mungkin milik ibu tirinya. Alif perlahan-lahan keluar dari keretanya dengan dibebani oleh pelbagai kemungkinan. Kalau ayahnya sakit ataupun apa-apa, tentu ramai orang yang datang menziarahinya. Sedang Alif membilang-bilang apa yang berlaku dan belum sempat kakinya menjejak tangga pertama rumah bapanya, Alif terkejut apabila nampak Izah dari rumah itu sambil tersenyum kepadanya tanpa sepatah katapun. Belum sempat Alif bertanya mengapa Izah berada di situ, tiba-tiba muncul pula bapanya di jendela dan menyuruh Alif naik. Alif mencium tangan bapanya dan duduk atas kerusi yang pernah menjadi tilam tidurnya di rumah itu. “Apa halnya ayah panggil Alif balik” Alif tidak sabar. “Ayah hendak mengadakan majlis kesyukuran atas kelahiran adik kau yang baru” Ayahnya berasa bangga kerana masih boleh menambah zuriat. “Kalau cuma itu tidak payah ayah panggil Alif balik,” bantah Alif. “Ayah juga akan melangsungkan majlis akad nikah…” tepat dan padat. “Mengapa ayah tidak berunding dengan Alif dulu, ini bukan perkara main-main ayah.” Alif membantah macam dia tahu apa yang ada dalam otak kepala ayahnya yang berusia lagi satu minggu menerima bayaran pencen umur tua itu. “Kerana bukan perkara main-main itulah ayah lakukan ini.” Ayahnya pula macam tahu apa yang dimaksudkan oleh Alif. “Alif belum bersedia ayah…” “Kau tidak perlu bersedia yang hendak nikah itu ayah…!” “Ayah nak kawin lagi?” macam tidak percaya walaupun Alif tahu ayahnya selama ini tidak pernah berbohong. “Ayah kawin dengan Izah…” Cuma dengan empat perkataan sudah cukup untuk membuatkan biji mata Alif seolah terkeluar macam kartun. Alif tidak menyangka Izah yang sering datang dan mengajak lari dalam mimpinya itu adalah satu petanda awal yang menyatakan Izah akan menjadi ibu tiri Alif yang kedua.


NASIONAL

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

23

Pelbagai aktiviti sampingan meriahkan Perlumbaan Go-Kart Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd Zul-Izzi bin Haji Duraman

PEMANGKU Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perlumbaan Go-Kart, Awang Haji Mansor bin Haji Mohd. Yassin (dua dari kanan) dalam Sidang Media menjelaskan mengenai pelbagai aktiviti sampingan yang disusun sempena Perlumbaan Go-Kart Sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan (BSB) Ke-44 Tahun.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 November. - Perlumbaan Go-Kart Sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan (BSB) Yang Ke-44 Tahun akan diadakan pada 23 November ini. Perkara tersebut dijelaskan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Media dan Publisiti Perlumbaan Go-Kart, Awang Haji Madli bin Mohd. Yussof pada Sidang Media yang berlangsung di bangunan KHEDN, di sini. Sementara itu, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perlumbaan Go-Kart, Awang Haji Mansor bin Haji Mohd. Yassin menjelaskan, perlumbaan Go-Kart merupakan salah satu acara yang diatur oleh KHEDN dan Jabatan Bandaran Bandar Seri

Begawan bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Menurutnya, acara utama Perlumbaan Go-Kart pada 23 November ini yang akan bermula pada jam 4.00 petang ialah perlumbaan akhir Kategori Elite manakala pertandingan akhir Kategori Novice dan Veteran akan diadakan pada jam 2.00 petang. “Orang ramai adalah dialu-alukan datang untuk menyaksikan Perlumbaan-Perlumbaan Go-Kart, sesi Warming-Up dan Saringan Perlumbaan, dan juga praktis,” ujarnya. Beliau seterusnya menyentuh mengenai aktiviti sampingan yang diadakan pada sambutan itu nanti iaitu aktiviti berjaja (street hawkers) bagi memeriahkan lagi suasana Pusat Bandar yang akan diadakan selama dua hari iaitu bermula 22 hingga 23 November jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam di sebahagian Jalan

Pretty dan Jalan Pemancha. Dalam hubungan ini tambahnya, orang ramai yang berhajat untuk ikut serta dalam berjaja ini adalah dipersilakan untuk mendapatkan borang berjaja dari Unit Perlesenan, Tingkat 2, Ibu Pejabat Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. Selain itu jelasnya, Mini Food Bazaar juga akan diadakan di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan di mana bagi mereka yang ingin menyertainya bolehlah mendapatkan borang permohonan dari syarikat yang mengendalikannya. Sementara itu, aktiviti tersebut juga akan diisikan dengan jualan amal dari tiga badan kebajikan iaitu Pusat Bahagia, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, di samping Brunei Strongest Man 2014 anjuran Harun’s Gym pada 23 November itu bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Beliau menambah, juga turut

diadakan ialah Perlumbaan Tamiya iaitu 88th Street Mini 4wd Tamiya Fun Race bermula 21 dan 22 November 2014 jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam dan 23 November jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala, Firemix Sound & Event Management tambahnya juga akan mengadakan Brunei DJ Competition 2014 pada 21 November bermula jam 2.30 petang hingga 10.00 malam, 22 November bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam dan 23 November jam 10.00 pagi dan 6.00 petang, di samping Pameran Kereta Antik di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. “Orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk menyaksikan Perlumbaan Go-Kart ini. Walau bagaimanapun, bagi memastikan kejayaan acara ini dan bagi keselamatan orang ramai dan pelumba-pelumba, kerjasama orang ramai adalah dipohonkan supaya mematuhi arahan-arahan pegawaipegawai keselamatan yang terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, Pihak Bomba dan Penyelamat, Paramedik dan juga sukarelawan yang bertugas,” ujarnya. Awang Haji Mansor juga menjelaskan, sebanyak tiga katergori akan dipertandingkan iaitu Kategori Novis, Kategori Veteran (45 tahun ke atas) dan Kategori Elite yang mana dua orang pelumba go-kart yang berpotensi berusia 13 tahun akan ikut serta di perlumbaan go-kart itu nanti. “Seramai lebih 30 orang peserta pelumba yang telah mendaftar untuk mengikuti Perlumbaan Go-Kart

termasuk tujuh orang peserta dari luar negara iaitu dari Oman, India dan Miri Sarawak,” ujarnya. Menurutnya, para peserta akan mengadakan latihan perlumbaan pada 22 November jam 4.00 hingga 5.45 petang manakala pada 23 November akan diadakan warm-up dan Saringan Perlumbaan bagi ketiga-tiga kategori bermula jam 9.30 pagi. Selain itu, Kingston Beverage and Creamery juga akan mengadakan satu aktiviti bagi para pengunjung dengan memberikan aiskrim percuma kepada setiap follower dan liker di Facebook (fb.com/KingstonBrunei) dan Instagram (@KinsgtonKBC) serta Pertandingan di photo booth mereka. Red Bull Brunei juga tidak ketinggalan ikut serta dalam sambutan ini dengan menawarkan jualan sebotol Red Bull bersama tiga bungkusan Sun Snack hanya dengan harga BND1.00 serta pertandingan pada Photo Booth yang telah disediakan. Sehubungan dengan itu, KHEDN tidak lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik Perlumbaan Go-Kart iaitu NBT (Brunei) Sdn Bhd, LSL Sdn. Bhd., Aewon Brunei, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, IBIC dan rakan-rakan strategik yang lain-lain dan juga rakan kongsi acara (event partner) iaitu Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Harun’s Gym, V-Snip Health Fitness, 88th dan Firemix Sound & Event Management.

Mantapkan kepimpinan belia Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

PEMANGKU Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Awang Muhammad Aziman bin Haji Awang Nasir semasa berucap melancarkan Kursus kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2014 Sekolah Menengah Sayyidina Husain (SMSH), di Pusat Belia, di ibu negara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Konteks pembangunan belia merupakan usaha pelbagai pihak yang bukan hanya dinilai dari sudut akademik malahan sudut lain termasuk pembentukan nilai-nilai keperibadian, fizikal dan kerohanian. Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Awang Muhammad Aziman bin Haji Awang Nasir berkata usaha sama seumpama itu akan terus dipertingkatkan bukan sahaja menumpukan kepada aktiviti-aktiviti kepimpinan malahan boleh diperluaskan kepada beberapa aktiviti lain. Semasa melancarkan Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2014 Sekolah Menengah Sayyidina Husain (SMSH) di Pusat Belia, di sini, beliau seterusnya berharap para peserta mengambil peluang, pengalaman dan pelajaran daripada

kursus tersebut yang sudah pastinya tidak diperolehi semasa di dalam kelas. “Ambil peluang ini untuk mencari bakat serta kebolehan masing-masing, gunakan peluang ini untuk tampil menjadi pemimpin muda yang produktif dan inovatif,” tegasnya. Beliau juga menyifatkan para peserta sebagai generasi yang akan menerajui kepimpinan bagi mencapai maksud dan aspirasi negara. Awang Muhammad Aziman juga menjelaskan, kursus kepimpinan itu merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik bagi mempersiapkan para belia untuk menjadi individu cemerlang dan sihat. Kebanyakan aktiviti katanya, menjurus kepada pembentukan dan pemantapan sikap kepimpinan serta meningkatkan kemahiran para peserta. “Ini sangat bertepatan dengan tujuan pelaksanaan kursus ini iaitu untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan serta memupuk nilai semangat bertanggung jawab dan berpasukan,” ujarnya. Seramai 40 pelajar Tahun 8, 9 dan 10 SMSH terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pembimbing Rakan Sebaya dan A-Team menyertai kursus selama tiga hari yang akan berakhir pada 20 November ini nanti. Kursus yang dianjurkan secara kolaborasi bersama Jabatan Belia dan Sukan dan SMSH itu antara lain diharapkan untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan serta membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan dalam potensi diri. Sepanjang kursus para peserta akan didedahkan dengan pelbagai program antaranya aktiviti-aktiviti kerohanian dan keugamaan, patriotik, kemahiran hidup dan kemasyarakatan serta aktiviti kecerdasan minda dan fizikal lain.

PEMANGKU Timbalan Pengarah Belia dan Sukan bergambar ramai bersama tenaga pengajar dan para peserta Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2014 SMSH.

Pasukan BIBD juara kejohanan boling BANDAR SERI BEGAWAN. - Dayang Siti Salmiah Haji Abd. Majid, Awang Haji Haseno Haji Sani dan Awang Md. Daud Timin mewakili Pasukan 'A', Pasukan Boling Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Boling Tahunan Antara Persatuan Bank-Bank Brunei (BAB), yang diadakan pada 15 November lepas. Seramai 42 pemain daripada tujuh pasukan menyertai kejohanan itu termasuk Pasukan 'A' Baiduri dan Pasukan 'A' HSBC yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga bersaing bersama Perbadanan TAIB, UOB dan RHB. Pemenang individu lelaki dimenangi oleh wakil Bank Baiduri, Awang Mohd. Nazib Nasruddin, sementara Awang Haji Haseno Haji Sani (BIBD) dan Awangku Nazead Pengiran Md. Karim (TAIB) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, pemenang kategori invidvidu wanita diraih oleh Dayang Hajah Noralizan Wati Haji Mat Tahir dari BIBD, diikuti Dayang Hartini Duraman (HSBC) di tempat kedua dan tempat ketiga Dayang Siti Salmiah Haji Abd. Majid (BIBD). Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Richard Leong dari HSBC. Acara tahunan yang diadakan di Pusat Bowling Megastrike di Airport Mall, Berakas itu merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti bank-bank di negara ini untuk mempromosi dan membina hubungan lebih baik.

Pelbagai aktiviti meriahkan Larian Hari Belia 2014 BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Jabatan Belia dan Sukan akan mengadakan Larian Hari Belia 2014 pada 23 November ini. Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan acara larian tersebut satu Pesta Jualan Larian Belia 2014 akan diadakan selama dua hari bermula hari ini 22 dan 23 November ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Berbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan acara tersebut antaranya Peraduan Mewarna; Pameran; Henna Painting; Face Painting; Perlawanan Game PS4 ‘FIFA 15’; Bouncer; Dance and BE FIT; Live Band; Gerai jualan makanan dan Bazar dan lain-lain. Pesta Jualan Larian Belia 2014 ini mula beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari ini Sabtu, 22 November manakala esok bermula 9 pagi hingga 5 petang. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan memeriahkan Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada tarikh dan waktu yang telah dinyatakan.


24

HARI SABTU 22 NOVEMBER 2014

Berhati-hati dengan pemikiran ‘mujaddid’ Dari muka 1

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan mengurniakan titah pada Majlis Konvokesyen Keempat KUPU SB 1436 Hijrah / 2014 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor.

Teori tersebut sukar difahami. Walau bagaimanapun, titah baginda, warisan lama tetap saja diperlukan sebagai rujukan, kerana Al-Qur’an dan Al-Hadis serta kitab-kitab yang lama tetap menjadi muktabar dan tidak mungkin ditolak. Baginda menegaskan, perkara tersebut antara kecelaruankecelaruan yang timbul dari pendapat-pendapat baru yang dibawa oleh golongan tertentu di mana pendapat tersebut sukar difahami tetapi sangat berpotensi untuk mencetuskan pertelagahan di dalam masyarakat. Oleh yang demikian baginda mengingatkan kepada institusiinstitusi pengajian tinggi dan lain-lain di negara ini supaya jangan terlepas pandang terhadap perkembangan atau kejadian seperti ini, agar tidak akan ada atau berlaku pada pusat-pusat pengajian tinggi dan malah lain-lain institusi dan agensi yang membukakan pintupintu mereka kepada golongan seperti ini, iaitu sebagai langkah penting untuk berjaga-jaga. Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia melahirkan perasaan gembira apabila difahamkan terdapat usaha-usaha untuk melengkapkan tenaga akademik dengan pemegang-pemegang Ijazah PhD dalam kalangan anak-anak tempatan. Perkara ini titah baginda, telah pun membuahkan hasilnya dengan

beberapa orang telah berjaya memperolehi ijazah tersebut dari pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, jelas baginda, pengambilan tenaga akademik dari luar negera masih saja terus diperlukan sama ada pengambilan itu secara tetap atau berkontrak atau secara lawatan. Kebawah DYMM bertitah, satu lagi keperluan yang juga tidak kurang pentingnya untuk diutamakan ialah pembinaan kampus kekal KUPU SB yang baru, di mana kampus yang sedia ada sudah tidak dapat lagi menampung keperluan-keperluan sewajarnya. Bagi tujuan itu, baginda menegaskan kerja-kerja awal pembinaan sangatlah mustahak

disegerakan, sementara pembinaan seterusnya dilaksana di bawah RKN Ke-11. “Beta selalu mengingatkan akan keperluan mengutamakan pendidikan ugama dan sekolah Arab. Apa-apa jua yang pernah dititahkan untuk dilaksanakan sebagai satu kelebihan atau kekhususan maka sepatutnya tidak berbangkit lagi sebarang halangan atau alasan untuk melambatlambatkannya, tetapi sayang kelambatan itu masih saja terus berlaku sehingga menyusahkan banyak pihak,” titah baginda. Kepada mana-mana jua pihak yang berkaitan dengan isu-isu seperti ini, hendaklah meneliti balik dan melaksanakannya dengan penuh berhemah, titah baginda.

Guru ugama profesional lahirkan sahsiah hebat Dari muka 1 Baginda percaya, dua buah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang kita ada, KUPU SB dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) boleh menjadi tapak semaian yang baik untuk melahirkan para intelektual Islam sejati dan malah juga mampu menjadi benteng yang kuat memelihara akidah dan amalan berugama di negara ini. Terdahulu baginda bertitah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka dalam menamatkan pengajian di KUPU SB, di mana kejayaan tersebut mestilah disyukuri sambil mengingat bahawa ilmu yang diperolehi itu bukanlah untuk disimpan tetapi untuk disebarkembangkan kepada anak bangsa selaku ianya amanah daripada Allah Ta'ala.

Pameran sempena 30 tahun hubungan Brunei-Jepun Bina hubungan lebih kukuh Oleh : Khartini Hamir Foto : Azmah Haji Ahad KOTA BATU, Khamis, 20 November. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menjelaskan, karya-karya para seniman muda mempamerkan pemandangan perkembangan terkini keunikan seni Jepun, yang mencerminkan kehidupan artis tersebut atau kehidupan generasi

beliau di Jepun. Brunei Darussalam dan Jepun tambahnya, mempunyai hubungan yang berpanjangan dan berjaya sejak 30 tahun yang lalu, yang merangkumi pelbagai aspek perniagaan seperti iklan, pendidikan, kebudayaan, belia dan banyak lagi dan minggu lepas menyaksikan lawatan Kapal 'Nippon Maru' yang membawa peserta dari ASEAN termasuk Brunei Darussalam dan Jepun.

Makluman penutupan Sungai Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 November. - Jabatan Laut memaklumkan kepada pelaut-pelaut khasnya kepada nelayan-nelayan serta pengguna-pengguna di Sungai Brunei, Negara Brunei Darussalam adalah dimaklumkan bahawa penutupan di sungai tersebut akan bermula pada hari Sabtu, 22 November 2014 bermula pukul 12 tengah malam sehingga 23 November 2014, pukul 6.00 petang disebabkan acara Lumba Perahu Tradisi Belia 2014 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Cawangan Daerah Brunei Muara (DBM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, pelaut-pelaut diperingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada kawasan tersebut. Pihak JBS, Cawangan DBM akan sentiasa memantau perjalanan operasi tersebut. Sila hubungi Pengurus Lumba, Awang Aznin bin Haji Tahir melalui talian +673 238 3424 ataupun +673 864 4691 sekiranya pihak awda memerlukan sebarang penjelasan. Peta laut yang terlibat ialah BA 2134.

Yang Berhormat berkata demikian ketika merasmikan Pameran Penjelajahan Ke Dunia Jepun ‘Laluan Ke Masa Hadapan : Seni dari Generasi Baru di Jepun’ yang merupakan pameran antarabangsa yang telah dipamerkan lebih daripada 35 buah negara di seluruh dunia yang mempunyai 42 karya daripada 11 pelukis muda yang banyak menarik perhatian di zaman moden, di Muzium Teknologi Melayu Jalan Kota Batu, di sini. Pameran yang mempamerkan karya artis muda Jepun ini jelasnya, akan menarik lebih banyak ramai anak-anak muda bagi mewujudkan pemahaman yang lebih baik tentang budaya Jepun dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda Jepun. “Melalui program ini, generasi orang-orang kita akan mendapat faedah daripada pertukaran lawatan tersebut yang akan membawa kepada pembinaan hubungan persahabatan yang lebih kukuh antara kedua-dua buah negara,” ujar Yang Berhormat. Semua itu tambahnya, bertujuan ke arah membina persefahaman yang lebih baik tentang budaya orang lain, di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan rapat di antara kedua-dua negara, terutamanya dalam kalangan belia. Menurut para pakar, sekitar tahun 1990-an orang melihat perubahan besar dalam susunan ekonomi dan politik dunia dan banyak orang telah

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah sedang menyaksikan sebahagian daripada hasil karya pelukis Jepun.

bertindak balas dengan berpaling daripada isu-isu yang lebih besar dan memberikan tumpuan kepada kawasan kehidupan yang lebih kecil dan intim. Dalam seni kontemporari, juga ada kecenderungan dunia bagi para artis untuk mengambil peluang yang lebih besar dalam kehidupan seharian dan memenuhi tumpuan persepsi terhadap ekspresi perasaan yang sangat peribadi. Pameran itu sempena 30 tahun hubungan diplomatik antara Brunei-Jepun yang dikelolakan bersama oleh Jabatan MuziumMuzium Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kedutaan Jepun di negara ini melalui Yayasan Jepun yang

memberikan tumpuan kepada seni yang dihasilkan di Jepun pada awal Abad Ke-21. Antara artis-artis yang menyertai pameran ini ialah Atsushi Fukui, Satoshi Hirose, Maywa Denki, Tomoyasu Murata, Tetsuya Nakamura, Katsuhiro Saiki, Masafumi Sanai, Yoshihiro Suda, Tabaimo, Nobuyuki Takahashi dan Miyuki Yokomizo. Pameran yang memaparkan pelbagai jenis seni kontemporari Jepun dalam pelbagai bentuk seperti lukisan, arca, reka bentuk, gambar dan karya-karya video tersebut berlangsung mulai 20 November hingga 4 Januari 2015 di Muzium Teknologi Melayu, Kampung Pelambayan dengan masuk percuma.

'BERHENTI MELAKUKAN KEGANASAN TERHADAP KANAK-KANAK'


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.