PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PENDIDIKAN generasi muda di rumah dan di sekolah juga jangan diabaikan. Kerana pendidikan itu, terutama pendidikan ugama, adalah tonggak untuk memperolehi kekuatan.'' - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436 Hijrah / 22 Februari 2015 Masihi.
''KATAKANLAH lagi (kepada-Nya) adalah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az-Zumar ayat 9).
TAHUN 60 / BILANGAN 101
24 OGOS 2015 / 1436
9
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Peluang bersua muka raja dikasihi KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Brunei dan Muara di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien (Lihat muka 3, 4 dan 5).
Projek mobiliti penuntut akan bermula Januari 2016 Laporan : Bolhassan Haji Abu Bakar Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas dari Costa Rica SAN JOSE, COSTA RICA, Jumaat, 21 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda menekankan mengenai pentingnya Forum Kerjasama Asia Timur - Amerika Latin (FEALAC) dalam memberikan hala tuju kerjasama dua hala dan pelbagai hala. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya bersabda menegaskan, kemajuan FEALAC selaku sebuah fora yang berdaya saing dan memberikan keutamaan dalam bidang
pendidikan, kebudayaan dan kehidupan seharian. Negara Brunei Darussalam sabda DYTM, akan menjadi tuan rumah bagi projek pertama negara ini dalam pendidikan dan projek mobiliti penuntut yang akan bermula pada bulan Januari tahun hadapan. DYTM bersabda demikian pada Sesi Pertama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar FEALAC yang berlangsung di Hotel Real InterContinental yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz yang juga selaku Penyelaras Serantau bagi Amerika Latin. Ke muka 16 & 17
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM meriah KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Belait di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait (Lihat muka 6, 7 dan 8).
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn