Pelita Brunei - Isnin 25 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''AHLI Al-Quran pasti rajin membacanya. Kerana dia tahu membaca Al-Quran itu mendatangkan rahmat dan pahala. Hati yang gusar dan jiwa yang resah akan tenang dengan membaca Al-Quran. Dalam makna, semua gangguan rohani, insyaaAllah akan terubat dengan Al-Quran.'' - Titah Sempena Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, 1430 Hijrah / 2009 Masihi.

''SESUNGGUHNYA orang-orang yang benar-benar beriman hanyalah mereka yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka ialah orang-orang yang benar.'' - (Firman Allah Subhanahu Wa'tala Surah Al Hujurat, ayat 15).

TAHUN 61 / BILANGAN 50

25 APRIL 2016 / 1437

17

JABATAN PENERANGAN

Berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah

EDISI ISNIN / PERCUMA

Kebawah DYMM Raja Isteri berkenan menerima mengadap Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap perpisahan isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Mrs. Nayyara Malik, isteri Tuan Yang Terutama Brigadier (B) Muhammad Zareef Malik. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan surat pelantikan kepada Yang Arif Conrad Seagrott sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu. - Foto : Hamzah Mohidin (Lihat muka 3).

Bersama tangani gejala sosial Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Sabtu, 23 April. - Kesedaran isu sosial dalam kalangan masyarakat adalah salah satu agenda utama di negara ini yang memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak termasuk masyarakat bagi menanganinya. Menyedari hal itu, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan telah mengadakan Jerayawara Kesedaran Isu Sosial bagi sekolah-sekolah di daerah ini, berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini. Jerayawara yang dihadiri oleh murid-murid

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

sekolah rendah itu diselitkan dengan beberapa taklimat ringkas berhubung kait dengan masalah isu sosial yang dihadapi remaja di negara ini. Dari Pasukan Polis Diraja Brunei, taklimat disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam, DSP Haji Mohd. Noor bin Haji Abdul Rahman yang antara lain menjelaskan mengenai kesalahan jenayah yang sering dilakukan oleh remaja pada tahun 2015 termasuklah curi, pecah rumah, pecah kereta, curi kenderaan, perkataan / isyarat yang mengaibkan dan banyak lagi. Beliau seterusnya menjelaskan seseorang itu terdorong untuk melakukan jenayah disebabkan beberapa faktor antaranya tekanan hidup, kurangnya iman, terpengaruh oleh kawan-kawan / media atau televisyen, dendam dan sebagainya. Ke muka 6

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap perpisahan isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Mrs. Nayyara Malik, isteri Tuan Yang Terutama Brigadier (B) Muhammad Zareef Malik. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.

Muka 4

Muka 7

BERANGKAT mengurniakan Lencana Keahlian 2016

TINGKAT prestasi bidang hafazan Al-Quran

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.