''KITA perlu sedar, isu akidah adalah isu sepanjang zaman. Aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah adalah perkara lumrah. Namun orang kurang sedar bahawa perkara seumpama ini boleh membawa kepada kebinasaan dan kerugian yang amat besar.'' - Titah Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-61 Tahun pada 9 Rejab 1428 Hijrah / 24 Julai 2007 Masihi.
''KAMU sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu menafkahkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu nafkahkan itu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali' Imran, ayat 92).
4.51
TAHUN 62 / BILANGAN 154
5.01
6.25
25 DISEMBER 2017 / 1439
6.49
12.21
7
3.43
6.15
7.30
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Wang zakat diagihkan, bantu penerima berhak Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hamzah Mohidin
TEMBURONG, Sabtu, 23 Disember. - Mualaf di Daerah Temburong di samping dapat berbaur dalam masyarakat Islam yang besar, mereka juga diberikan bimbingan, iaitu tatacara hidup, beribadat menurut Islam serta dapat menyesuaikan diri dengan sebaik-baiknya. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menjelaskan demikian semasa ditemui hari ini dalam siri lawatan kerja ke daerah ini bermula kelmarin. Menurut Yang Berhormat, dari segi kebajikan dari semasa ke semasa, wang zakat dikumpulkan setiap tahun melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) sebagai pemegang amanah untuk diagihkan kepada para penerima yang berhak menerimanya. Pihak KHEU tambahnya, berharap kepada para penerima bantuan untuk mempergunakannya dengan sebaik-baiknya dan akan dapat mempertingkatkan keupayaan diri mereka terutama sekali
pendidikan anak-anak. Yang Berhormat seterusnya menyatakan, dari aspek perkembangan syiar Islam di negara ini termasuk di daerah ini adalah berjalan dengan sistematik dan teratur. Islam yang diamalkan di negara ini katanya, adalah yang sebenarnya, diyakini pada landasan yang betul dan mengikut pendidikan yang dipraktikkan dari peringkat bawah, menengah dan tertinggi. Lawatan kerja selama dua hari itu bertujuan untuk mengetahui lebih dekat perkembangan perkhidmatan ugama di Daerah Temburong dan isu-isu yang dihadapi oleh penduduknya serta meninjau kebajikan saudara-saudara baharu dan golongan yang kurang berkemampuan di daerah tersebut. Ke muka 3 MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kiri) semasa menyerahkan agihan wang zakat awal tahun persekolahan kepada salah seorang penerima.
12,485 terima Agihan Wang Zakat Awal Tahun Persekolahan Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Disember. - Dalam usaha meringankan beban asnaf fakir dan miskin menjelang awal musim persekolahan tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi, Majlis Ugama Islam telah membuat Penyerahan Agihan Wang Zakat Awal Tahun Persekolahan kepada asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Jumlah keseluruhan penerima Agihan Wang Zakat Awal Tahun Persekolahan adalah seramai
12,485 orang bagi keempatempat daerah. Bagi Daerah Brunei dan Muara meliputi seramai 2,836 ketua keluarga; 5,666 tanggungan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,502. Sementara di Daerah Tutong, jumlah keseluruhan mencatatkan sebanyak 1,827 penerima yang meliputi 633 ketua keluarga dan sebanyak 1,194 tanggungan. Bagi Daerah Belait pula, jumlah
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
penerima meliputi seramai 665 ketua keluarga, 1,203 tanggungan sekali gus mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 1,868. Manakala di Daerah Temburong mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 288 yang merangkumi seramai 110 ketua keluarga dengan 178 tanggungan. Jumlah keseluruhan Agihan Wang Zakat Awal Tahun Persekolahan adalah sebanyak BND2,412,862.00 yang diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Majlis Ugama Islam bagi Asnaf Fakir dan Miskin. Ke muka 3
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 6
Muka 7
PESERTA China - ASEAN Rally diraikan
SAMBUTAN Hari Sukarelawan dan OKU Antarabangsa 2017
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn