PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''USAHA gigih dan kerja kuat diperlukan dalam membangun negara. Semua kita, tanpa ada kecualinya, mestilah tekun dan gigih, lebih-lebih lagi generasi muda selaku Tunas Bangsa, mereka itu perlu menjadi paksi kepada perubahan-perubahan besar yang bermanfaat.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1429 Hijrah / 2008 Masihi pada 12 Rabiulawal
TAHUN 61 / BILANGAN 11
''TIAP-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 185).
25 JANUARI 2016 / 1437
15
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan, menerima Tauliah Pelantikan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Azmah Haji Ahad
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak yang baru dilantik dan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.
Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Haji Na’aim bin Md. Salleh. Ke muka 3
Beri pendidikan asas secara inklusif Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Mahdi Haji Morsidi
MUARA, Sabtu, 23 Januari. Kementerian Pendidikan melaksanakan Inisiatif Pendidikan Rendah bagi mengukuhkan pendidikan di peringkat rendah. Pencapaian Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun lalu bagi sekolah-sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan lulus (Gred A - D) sebanyak 3.03 peratus berbanding tahun 2014. Manakala pencapaian bagi Gred A C juga meningkat dari 58.56 peratus pada tahun 2014 kepada 62.88 peratus
pada tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 4.32 peratus. Ini adalah pencapaian PSR yang tertinggi semenjak tahun 2009, walaupun tidak mencapai sasaran pencapaian nasional Gred A - C yang diharapkan, iaitu 74 peratus. Pencapaian pada tahun 2015 adalah di luar jangkaan. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berucap demikian semasa Sesi Muzakarah
Muka 6
Muka 8
KEMENTERIAN Pembangunan dukung pertumbuhan ekonomi negara
KETAHUI sejarah lahirkan semangat patriotisme
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Haji Na'aim bin Md. Salleh (kanan). - Foto : Azmah Haji Ahad.
di antara Kementerian Pendidikan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Pusat Tingkatan Enam Meragang. Kejayaan ini, jelas Yang Berhormat antaranya adalah disebabkan oleh Inisiatif Pendidikan Rendah yang melaksanakan lima bidang utama, iaitu Kepimpinan (Leadership) - kita telah memberikan penekanan kepada pemimpin sekolah; Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning); Kedatangan dan Faktor Sosial (Attendance and Social Factor); Akauntabiliti dan Pengurusan Prestasi (Accountability and Performance Management) pihak
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
sekolah serta guru-guru dan Penghubung Jalin 'Cross-Cutting Enablers' di antara pelbagai pihak berkepentingan di sekolah. Menteri Pendidikan berkata, kementeriannya juga melaksanakan Inisiatif Pendidikan Menengah bagi mengukuhkan pencapaian nasional lima kredit dan ke atas dalam peperiksaan Peringkat 'O' kepada 60 peratus tahun hadapan. Selari dengan usaha dalam meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat rendah serta menengah, Kementerian Pendidikan juga telah dan sedang mengambil langkah yang sama untuk meningkatkan lagi kualiti
Faksimile: 2381004
pendidikan di peringkat pasca menengah. Kementerian Pendidikan terus berperanan untuk memberi pendidikan asas secara inklusif dan dalam masa yang sama mengajar kemahiran yang relevan sebagai persiapan pelajarpelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. Ini juga bermaksud pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran agar mereka ini employable apabila tamat persekolahan atau pengajian tinggi. Ke muka 4
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn