''SELAKU tonggak utama Wawasan Brunei 2035, pendidikan tidak boleh berada di bawah, melainkan tempatnya ialah di atas untuk benar-benar diambil berat. Kerana pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat untuk menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa. Jika pendidikan lemah, maka tidak siapa pun yang akan memandang tinggi kepada kita.'' - Titah Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70 Tahun pada 10 Syawal 1437 Hijrah / 15 Julai 2016 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia (orang kafir) dan batu-batu berhala, penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar lagi keras layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa jua yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan apa yang diperintahkan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tahrim, ayat 6).
4.44
TAHUN 61 / TAHUN 60 / BILANGAN 1 89 BILANGAN
4.54
6.16
1437/ 1437 25 JULAI 14 MEI 2016 / 2016
6.40
26
12.28
20
3.50
6.37
7.51
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Kukuhnya hubungan seorang raja bersama rakyat Oleh : Abdullah Asgar Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Julai. Ribuan rakyat dan penduduk Daerah Brunei dan Muara (DBM) gembira serta ceria kerana berpeluang bersua muka dengan raja dikasihi pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk DBM sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun. Ke muka 2 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra bersama pengunjung cilik yang mewakili Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara. - Foto : Azmah Haji Ahad (Lihat muka 2, 3, 4, 12 dan 13).
Kasih raja tersirat dalam jiwa rakyat Berkenan hantar utusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Canselor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel dan rakyat Republik Persekutuan Jerman berikutan dengan kejadian serangan tembakan di Munich, Republik Persekutuan Jerman. Dalam titah perutusan baginda kepada Canselor Republik Persekutuan Jerman, PYT Angela Merkel itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sungguh terkejut mendengar tentang kejadian serangan tembakan di Munich yang menyebabkan kehilangan nyawa. Kebawah DYMM bagi pihak kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada PYT Angela Merkel dan rakyat Republik Persekutuan Jerman, terutamanya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 5, 6, 7 dan 8).
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn