PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KAJIAN telah menunjukkan bahawa kualiti sesuatu sistem pendidikan tidaklah akan melebihi kualiti guru-gurunya sendiri. Lihatlah betapa hebatnya peranan guru itu di sini sebagai penjana kecemerlangan sesuatu sistem pendidikan.” - Titah Sempena Hari Guru Ke-23 Tahun 1434H / 2013M.
“MEREKA berkata: Apakah
TAHUN 59 / BILANGAN 106
yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Orang-orang yang berdosa itu berkata: Kami tidak termasuk dalam golongan yang mendirikan sembahyang.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Muddatstsir ayat 42-43).
25 OGOS 2014 / 1435
28
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Ogos. - Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah merupakan saat yang sememangnya dinanti-nantikan dan peluang keemasan bagi segenap lapisan rakyat dan penduduk menatap wajah, bersalaman dan berinteraksi dengan raja yang dikasihi. Sejak awal pagi ribuan rakyat dan penduduk bermastautin di Daerah Brunei dan Muara (DBM) membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bagi memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68. Suasana di sepanjang jalan menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dipenuhi oleh kira-kira 2,000 pelajar daripada sekolah-sekolah kerajaan dan swasta yang berbaris di tepi jalan dengan mengibarkan bendera-bendera kecil. Di jalan masuk ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pula para pelajar dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam membawa bunga-bunga manggar, diikuti paluan hadrah daripada para pelajar sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta sebaik sahaja baginda berserta kerabat diraja berangkat tiba. Ke muka 12 & 13
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Brunei dan Muara. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 11 hingga 14).
Isi kehidupan dengan perkara keberkatan Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan cek bernilai BND20,000 kepada Pengurus Pasukan Myanmar, juara Kejohanan Bola Sepak HBT Bagi Belia-Belia ASEAN 2014. - Foto : Masri Osman. (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 22 dan 23).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Darussalam bertitah menyeru kepada sekalian umat Islam khasnya para belia dan pelajar supaya jangan memandang ringan perkara berkat. Menurut titah baginda, kita jangan asyik mengagumi benda sahaja atau tunduk kepada teknologi moden semata-mata tetapi kalingalah
Muka 6
Muka 8
MAJLIS Pelancaran Projek CiMS
KENALI durian tempatan kitani
juga perkara berkat kerana berkat itu lebih agung dan lebih menentukan. Daripada berkatlah, jelas baginda, mengalirnya pelbagai nikmat seperti nikmat keselamatan, keamanan dan kemakmuran dan ini semua tidak boleh tercetus dari benda mahupun dari teknologi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini. Terdahulu baginda bertitah, kita memang berhasrat untuk mengisi kehidupan ini dengan amalan takwa kerana kita tahu kehidupan yang berisi dengan amalan takwa itu adalah kehidupan yang berkat. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn