Pelita Brunei - Isnin 25 SEPT 2017

Page 1

''KE ARAH belia berkualiti, tidak syak lagi, adalah satu pelaburan. Ia memerlukan komitmen semua pihak dan dilaksanakan melalui pelan strategik membentuk kewibawaan, yang dimulai dengan meningkatkan kesedaran di kalangan belia. Dengan adanya kesedaran itu, akan menjadikan para belia lebih dewasa dan lebih patriotik.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12.

''DAN perumpamaanperumpamaan itu Kami buat untuk manusia, dan tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-'Ankabut, ayat 43).

4.42

TAHUN 62 / BILANGAN 115

4.52

6.09

6.31

25 SEPTEMBER 2017 / 1439

12.13

4

3.22

6.15

7.24

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Raptai penuh Sambutan Jubli Emas

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas berkenan berangkat menghadiri sesi raptai penuh bagi Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan, Majlis Istiadat Mengadap dan Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan. - Foto : Masri Osman.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

1015 Hari Lagi Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 September. - Kurang dua minggu sahaja lagi Negara Brunei Darussalam akan melakarkan satu lagi sejarah dengan berlangsungnya Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 5 Oktober ini nanti. Istiadat yang penuh gemilang itu sememangnya sudah menjadi

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

bualan rakyat dan penduduk di negara ini yang seakan tidak sabar menanti detik berharga itu apa lagi hendak menghadirkan diri menyaksikan secara langsung. Ke arah memastikan upacara sambutan itu berjalan dengan lancar dan sempurna, raptai penuh telah diadakan di Istana Nurul Iman dan di ibu negara. Ke muka 3

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 6

Muka 8

18 anak damit lahir Awal Tahun Hijrah

SAMBUTAN Hari Keluarga meriah

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.