PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“MASYARAKAT perlu diberi pendidikan dan bimbingan, termasuk 'Pendidikan Pencegahan' bagi yang melanggar undang-undang dan hukum ugama, seperti terhadap perokok-perokok yang tidak menghiraukan amaran-amaran pihak berkuasa. Beta ingin mengingatkan kepada pihak-pihak berkenaan, supaya jangan hanya bercakap, tetapi bertindaklah dengan tegas dan konsisten sehingga tumpas kelakuan dan perbuatan melanggar undang-undang ini.” - Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2015.
“ORANG-ORANG yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan ungkit dan tiada pula menyakiti perasaan penerima, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan atas mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 262).
TAHUN 60 / BILANGAN 11
26 JANUARI 2015 / 1436
5
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Bukti keprihatinan Kebawah DYMM
1,738 terima anak kunci rumah Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan anak kunci rumah kepada seorang penerima. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3, 4, 12 dan 13).
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Januari. - Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah merupakan salah satu lagi bukti keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mahu melihat setiap penduduk dan rakyat di negara ini mempunyai kemudahan dan tempat perlindungan yang selesa. Bagi tujuan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 1,738 penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM) pada majlis yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini. Daripada jumlah tersebut seramai 1,116 orang adalah penerima di bawah RPN, iaitu 351 orang menerima rumah jenis Karamunting Kodok dan 31 penerima rumah jenis teres di kawasan RPN Meragang. Dua orang lagi menerima anak kunci rumah kembar dan 14 menerima rumah jenis teres di kawasan RPN Tanah Jambu serta 546 orang menerima rumah jenis kembar dan 172 menerima rumah jenis teres di kawasan RPN Kampung Panchor (Mengkubau). Ke muka 12 dan 13
Pengagihan zakat perlu penelitian, penilaian rapi Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
Muka 6 KEMPEN SMS Brunei Prihatin kutip BND116 ribu
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Januari. - Isu agihan zakat dan pensijilan halal yang berkait rapat secara langsung dengan kepentingan masyarakat Islam dan hukum syarak menjadi isu utama Majlis Perjumpaan Muzakarah di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bersama Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan di Pusat Da’wah Islamiah, Kampung Pulaie, di sini. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman ketika berucap pada majlis tersebut menjelaskan, sememangnya Jabatan Majlis Ugama Islam merupakan sebuah institusi yang diamanahkan untuk mengurus kutipan dan agihan zakat di negara ini kerana ia menjadi tumpuan utama orang ramai terutamanya golongan fakir miskin dan susah yang beragama Islam. Sebagai tumpuan, jelasnya, Jabatan Majlis Ugama Islam sentiasa berhadapan dengan cabaran dalam pengurusan zakat. "Keluhan, sungutan, rungutan segelintir orang juga suara-suara menyatakan sukar memohon wang zakat dan kelambatan pengeluaran wang zakat. Sebenarnya pengagihan wang zakat bukanlah satu kerja mudah ini kerana ianya adalah satu amanah dari Allah," ujar Menteri Hal Ehwal Ugama. Oleh kerana itu, jelasnya, pengagihan zakat memerlukan penelitian dan penilaian rapi dalam pelbagai aspek melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan, selain bakal penerima zakat adalah perlu menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh syarak dan permohonan yang tidak menepati
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
kriteria terpaksa ditolak. Jelasnya, sememangnya agihan wang zakat sedikit sebanyak berupaya mengurangkan bebanan hidup yang ditanggung oleh golongan asnaf, namun agihan itu tidak menjadikan mereka khasnya fakir miskin berubah menjadi kaya raya, tetapi dikirakan cukup untuk menampung belanja kehidupan mereka seharian. Dalam hubungan ini Menteri Hal Ehwal Ugama menasihatkan golongan fakir miskin supaya tidak merasa kecewa, sedih atau kesal dengan taraf hidup sedemikian bahkan cabaran mestilah ditempuhi untuk memperbaiki taraf hidup dari semasa ke semasa dan tidak bergantung sepenuhnya kepada zakat yang diterima serta perlu ada usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup diri sendiri. Oleh itu, Yang Berhormat menegaskan, zakat adalah pemangkin untuk meningkatkan kualiti diri bukan untuk bergantung selamanya kepada zakat melainkan bagi golongan daif dan uzur kerana usia lanjut atau penyakit yang sukar sembuh dan sebab-sebab yang digariskan oleh agama. Menyentuh mengenai pemakanan halal yang ada kaitannya dengan pensijilan halal, Menteri Hal Ehwal Ugama menyatakan, kementeriannya sangat teliti dan berhati-hati dalam pengurusan dan kualiti. Ini tegasnya, untuk menjaga kualiti dan standard Halal Brunei maka setiap perincian makanan wajiblah benar-benar memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh syarak. Ke muka 5
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn