Pelita Brunei - Isnin 26 Okt 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''BETA difahamkan, pada masa ini pun, UNISSA telah mula menjadi tarikan kepada pelajar-pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Asia Tenggara. UNISSA dipilih sebagai destinasi untuk mengikuti pengajian Islam dan bahasa Arab, sama ada program jangka pendek mahupun jangka panjang. Ini adalah ciri dari kehebatan UNISSA.'' - Titah Sempena Majlis Haflut Takharruj Ke-5 UNISSA pada 4 Muharram 1437 Hijrah / 17 Oktober 2015 Masihi.

''DAN orang-orang yang menyimpan emas dan peraknya yang tidak dikeluarkan zakatnya dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah maka gembiralah mereka dengan azab yang pedih.'' - (Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah At Taubah, ayat 34).

TAHUN 60 / BILANGAN 128

26 OKTOBER 2015 / 1437

13

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat rasmikan Pesta Konvo ITB dan Taman ISLE Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB) berkenan menerima pesambah daripada Majlis Perwakilan Pelajar ITB pada perasmian Pesta Konvo Kedua 2015 ITB.

TUNGKU LINK, Sabtu, 24 Oktober. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB) berkenan berangkat merasmikan Pesta Konvo Kedua 2015 ITB, iaitu salah acara tahunan bagi meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Kompleks Bangunan Fasa 3 ITB di sini dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Majlis ITB; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Ke muka 16 & 17

Tegakkan profesionalisme Kebawah DYMM dan integriti perkenankan Oleh : Haniza Abdul Latif, Hajah Norizan Mahal Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Oktober. - Pejabat Peguam Negara (PPN) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) digesa untuk terus bekerjasama dengan cara yang dinamik bagi memastikan mana-mana strategi pencegahan jenayah kekal up-to-date dan berkesan dalam memerangi jenayah di negara ini dengan memastikan keadilan ditadbir dengan saksama, cekap dan berkesan. Peguam Negara, Yang Berhormat

Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh menegaskan perkara tersebut pada Majlis Perasmian Seminar 'Mempertingkatkan Profesionalisme dan Kecekapan Di Dalam Pendakwaan dan Penyiasatan Di Dalam Pentadbiran Keadilan' bertempat di Dewan Bankuet, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis, Gadong, di sini. Menurut Yang Berhormat,

kepentingan menegakkan profesionalisme dan integriti pejabat awam, terutamanya apabila menjalankan siasatan dan pendakwaan kerana ini adalah dua aspek yang sangat penting dalam sistem keadilan jenayah. Tegasnya, pendakwa raya di PPN sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pelbagai peluang-peluang latihan dan juga telah memainkan peranan mereka dalam merangka undang-undang dalam mengawal salah laku di pejabat-pejabat awam, satu langkah yang diharap akan membantu dalam memelihara integriti di pejabat-pejabat awam. Ke muka 32

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

pelantikan Pengerusi LKEB BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Oktober. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Timbalan Menteri Kewangan, Kementerin Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB). Tarikh pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai hari Sabtu, 11 Muharram 1437 Hijrah bersamaan 24 Oktober 2015 Masihi.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 26 Okt 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu