PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“ORANG Islam mestilah lurus dalam pegangannya, untuk mendapatkan natijah terbaik dalam kehidupan. Jika pegangan tidak lurus, walaupun niat baik, kita tidak mungkin, untuk menghasilkan sebarang natijah yang terbaik itu.” - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.
“DARIPADA 'Aisyah Radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : Tiap-tiap minuman yang memabukkan, maka ia adalah haram.” - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
TAHUN 60 / BILANGAN 50
27 APRIL 2015/1436
8
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Laporan : Hezlinawati Haji Abdul Karim dari Kuala Lumur, Malaysia
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan bergambar ramai bersama Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika berangkat ke Majlis Santap Malam Gala yang berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC). - Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Lihat muka 12 & 13).
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Ahad, 26 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26. Majlis Santap Malam Gala tersebut dihos oleh Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Sidang Ke muncak ASEAN Ke-26, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak berserta isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bagi mengalu-alukan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN yang menghadiri Sidang Kemuncak berkenaan. Ke muka 12 & 13
Ketidakhadiran murid jadi keprihatinan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 April. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong memberikan keprihatinan tentang ketidakhadiran murid ke sekolah dan masalah-masalah yang mereka hadapi. Katanya, dengan mengenal pasti masalah-masalah yang para pelajar hadapi, penyelesaian bagi mengatasi ketidakhadiran itu akan dapat diselesaikan dengan bantuan dari agensi-agensi kerajaan yang lain. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, Yang Berhormat melahirkan keprihatinan itu ketika meninjau secara dekat pelaksanaan pengukuhan pendidikan di peringkat sekolah khususnya bagi pelajar-pelajar Tahun 6, berjalan lancar di kedua-dua buah sekolah rendah di Daerah Brunei dan Muara. Yang Berhormat juga turut menyentuh mengenai impak-impak yang diperolehi oleh pelajar sekolah setelah mengikuti 'Learning Design' yang memfokus
kepada lima item kelemahan yang para pelajari hadapi dalam mata pelajaran Matematik, fokus terhadap lima item itu akan dianalisa lagi selepas keputusan Checkpoint Test 2. Lawatan Yang Berhormat bermula di Sekolah Rendah Kapok (SRK), Muara, Kluster 4 dengan mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar SRK, Muara, Kluster 4. Sesi taklimat menyentuh mengenai profil sekolah, analisis keputusan Checkpoint 1, Tahun 6, 2015, sasaran peratus lulus Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Tahun 2015, dan aktiviti peningkatan PSR Tahun 2015 yang antaranya screening test, Program ASUH, kelas tambahan setiap hari Jumaat, kelas tambahan cuti penggal persekolahan dan kelas tambahan Malam Majlis Perundingan Kampung Kapok, bertempat di Masjid Kampung Kapok. SRK, Muara Kluster 4 mempunyai seramai 36 tenaga pengajar dan 477 pelajar, manakala itu seramai 79 murid pelajar Tahun 6 akan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
menduduki PSR 2015. Turut dikongsikan ialah aktiviti peningkatan PSR Tahun 2015 sekolah berkenaan. Dari SRK, Muara, Kluster 4, Yang Berhormat berserta rombongan beredar ke Sekolah Rendah Tanah Jambu, Kluster 4. Di sekolah tersebut Yang Berhormat tertarik dengan usaha pihak sekolah yang menyediakan profiling bukan sahaja bagi pelajar-pelajar Tahun 6 malahan dilaratkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Dengan mengetahui profiling para pelajar akan dapat membantu pihak sekolah mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan program intervensi yang lebih terarah akan dilaksanakan lebih awal yang akan dapat membantu para pelajar mencapai kejayaan dan kemajuan yang diharapkan. Ke muka 8
Muka 7
MAJLIS Santap Petang raikan Penaung Diraja BLGA
Muka 8
KEHIJAUAN alam sekitar tanggungjawab bersama
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn