PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BETA merasa terpanggil untuk mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini, supaya bersikap lebih berhati-hati terhadap segala anasir dan pengaruh yang tidak sihat, dari mana pun datangnya mereka.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
''DAN hamba-hamba Tuhan yang Maha Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), maka menjawab dengan perkataan yang baik-baik (untuk menghindarkan dosa).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Furqan, ayat 63).
TAHUN 60 / BILANGAN 89
27 JULAI 2015 / 1436
JABATAN PENERANGAN
10
EDISI ISNIN / PERCUMA
PPPBD rancang pelbagai program kemasyarakatan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Julai. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, selaku Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan Ke-6 Tahun 2015 anjuran persatuan berkenaan. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri
Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah di Ibu Pejabat PPPBD, Jalan Anggerek Desa, Berakas ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, selaku Pengerusi Majlis bersama dengan Naib-naib Yang Di-Pertua dan Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya PPPBD. Terdahulu, bacaan Surah Al Faatihah dan doa kesyukuran dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani. Sejurus selepas itu nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan beramai-ramai yang diikuti dengan Lagu Dunia Pandu Puteri serta Rantau Asia Pasifik dinyanyikan oleh ahli-ahli PPPBD. Ke muka 12 dan 13
Muka 3
Muka 4
273 ahli keluarga berkumpul sambut Hari Raya
PAPDA terima sumbangan
Lebih 1,000 pelajar baru UBD diterima masuk BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Julai. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersedia untuk menerima lebih 1,000 pelajar baru ke kampus berkenaan bermula minggu depan. UBD mengalu-alukan kumpulan pelajar baru pada Minggu 'Fresher' selama seminggu bermula 27 Julai hingga 2 Ogos nanti bertempat di Dewan Canselor, UBD. Universiti tersebut menekankan keutamaan dalam memupuk graduan berpengetahuan dan industri berkaitan, dengan semangat untuk pembelajaran sepanjang hayat. Melalui rangka kerja pendidikan generasi masa depan yang unik, UBD menetapkan misi untuk melahirkan pemimpin serba boleh yang akan menyumbang kepada negara dan ekonominya. Kurikulum GenNEXT UBD adalah program trans-disiplin menyeluruh yang menawarkan fleksibiliti bagi pelajar untuk menerokai bakat dan minat kerjaya, sambil membina semangat keusahawanan dan berwawasan untuk membangunkan negara. Di samping itu, UBD juga menawarkan pembelajaran reka bentuk berteraskan pengalaman melalui satu atau gabungan daripada empat pilihan : penempatan kerja; belajar di luar negara; projek inkubasi dan kemasyarakatan. Ke muka 3
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, selaku Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) berkenan memotong kek puja usia Yang Teramat Mulia sempena Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan Ke-6 Tahun 2015 yang berlangsung di Ibu Pejabat PPPBD, Jalan Anggerek Desa, Berakas. (Lihat muka 12 dan 13).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn