Pelita Brunei - Isnin 27 Okt 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“AGAMA Islam memang mendorong kepada perubahan. Ia tidak mahu kita menunggu perubahan, tetapi menggalakkan untuk berlumba merebut perubahan. ” - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 pada 1 Muharam 1432H / 6 Disember 2010M

“SESUNGGUHNYA bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan qamariah dalam kitab (ketetapan) Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Yang demikian itulah ketetapan agama yang lurus.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Taubah ayat 36).

TAHUN 59 / BILANGAN 133

27 OKTOBER 2014 / 1436

3

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Majlis Ilmu 2014 Fokus peranan sains dan teknologi DPPW berangkat ke Dubai

Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Oktober. - Majlis Ilmu 2014 akan memfokuskan peranan sains dan teknologi selaku pemangkin dalam pembangunan dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk sebuah negara. Perasmian Majlis Ilmu 2014 itu akan berlangsung esok, 28 Oktober di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas sebagai salah satu acara keraian sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun. Tema Majlis Ilmu 2014 ialah 'Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah' yang memaparkan tentang pentingnya peranan sains dan teknologi dari semua aspek kehidupan, termasuklah dalam penyediaan kemudahan-kemudahan dan prasarana infrastruktur yang selamat dalam meningkatkan taraf kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka berangkat bagi menyempurnakan perasmian majlis tersebut. Dianggarkan seramai 3,500 orang akan dijemput hadir ke majlis tersebut. Ceramah khas berkaitan dengan tema Majlis Ilmu 2014 akan disampaikan semasa Majlis Perasmian itu. Ceramah Perdana akan diadakan pada hari Rabu, 29 Oktober 2014 yang akan menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Manakala Forum Perdana akan diadakan pada hari Isnin, 3 November yang akan menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Sementara itu, Simposium Majlis Ilmu 2014 pula akan diadakan bermula pada 28 sehingga 30 Oktober pada sebelah petang di Dewan Utama dan Dewan Persidangan 2, ICC. Kertas-kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar tempatan dan dari luar negara, masing-masing mengupas aspek mengenai kepentingan nilai-nilai Islam dalam penggunaan aplikasi Sains dan Teknologi dan peranan Sains dan Teknologi Terbaru dan Inovasi dalam meningkatkan kualiti kehidupan ummah. Selain itu, Pameran Majlis Ilmu 2014 selama lapan hari juga akan diadakan bagi mempamerkan bahan-bahan yang mendukung kepada tema Majlis Ilmu 2014 yang dibukakan pada 28 hingga 30 Oktober pada sebelah petang pukul 2.00 hingga 5.00 petang, pada 31 Oktober (hari Jumaat) dibukakan pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 hingga 5.00 petang, manakala pada 1 hingga 4 November pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Juga akan diadakan ialah Pameran Balai Kenangan yang menunjukkan keprihatinan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dalam pembangunan negara ini. Orang ramai adalah dialu-alukan datang beramai-ramai khususnya ke simposium dan pameran Majlis Ilmu 2014 yang akan menghidangkan banyak ilmu yang menarik dan penting. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Majlis Ilmu 2014, orang ramai boleh melayari laman web majlis ilmu www.majlisilmu.gov.bn.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima junjung ziarah pegawai kanan dari KHELNP sejurus sebelum berangkat ke Dubai Emeriah Arab Bersatu. Juga berangkat mengiringi DYTM ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam . - Foto : Azmah Haji Ahad.

Oleh : Khartini Hamir BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Oktober. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia adalah bagi menghadiri High-Level, Public-Private Counter-Piracy

Conference Ke-4 yang bertajuk ‘Securing State Recovery: Sustaining Momentum at Sea, Confronting Instability on Land’ yang akan bermula pada 29 hingga 30 Oktober ini. Berangkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas di sini bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Juga berada di lapangan terbang ialah pegawai-pegawai kanan KHELNP.

Sekolah Pegawai Kadet dijadikan centre of excellence Muka 3

Muka 4

PEMBEDAHAN buah pinggang perolehi kejayaan

TAMPILKAN keupayaan intelek, pengetahuan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Oktober. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pertahanan akan terus memberikan dan menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan latihan yang terbaik kepada semua Pegawai Kadet.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Matlamat Kementerian Pertahanan ialah untuk menjadikan Sekolah Pegawai Kadet sebagai satu centre of excellence yang cemerlang dan dikenali mampu untuk melahirkan pemimpin-pemimpin tentera yang berwibawa dan berkaliber tinggi. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.