PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“MELAYU Islam Beraja (MIB) inilah sistem nilai kita. Di manapun kita berada, MIB tetap bersamasama dengan kita. Janganlah ia disembaranakan. Menyembaranakan MIB bererti menyembaranakan sistem nilai kita.” - Titah Sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada Di United Kingdom dan Northern Ireland; dan Penganugerahan Biasiswa 'The Chancellor’s Scholar' Universiti Brunei Darussalam Bagi Sesi 2015 / 2016.
“DAN apa jua suruhan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah (amalkanlah) dan apa jua yang kamu dilarang melakukannya maka tinggalkanlah.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hasyr, ayat 7).
TAHUN 60 / BILANGAN 155
28 DISEMBER 2015 / 1437
16
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Suntik semangat lebih dedikasi Hati tertambat kepada Islam
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa menyampaikan cenderamata dari Pusat Da’wah Islamiah kepada Dayang Nur Sumaiyah Sownahty binti Abdullah Punchak pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh. - Foto : Azmah Haji Ahad (Lihat muka 3).
Oleh : Hajah Zabaidah Haji Salat
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 Disember. - Hari ini, mungkin hari gembira bagi para penjawat awam di Negara Brunei Darussalam apabila menerima bonus berserta gaji bulanan mereka, lebih-lebih lagi warga Perkhidmatan Awam (PA) yang berpendapatan rendah dan sederhana, di mana dengan bonus ini akan dapat meringankan beban mereka, terutama bagi membuat persiapan perbelanjaan anak-anak yang akan menghadapi sesi persekolahan awal Januari 2016 depan. Pemberian bonus merupakan tanda terima kasih dan penghargaan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada warga Perkhidmatan Awam (PA) yang diamanahkan menjalankan tugas masing-masing dalam apa jua bidang pekerjaan. Di samping itu, pemberian bonus juga memberikan galakan kepada warga PA untuk lebih berdedikasi,
'Bandarku Ceria' meriahkan BSB Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman
Muka 6
Muka 7
LIMA pegawai PDB ditetapkan pangkat Inspektor
MKM, TelBru taja pelajar 'Back-to-School'
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 Disember. - Dalam usaha menghidupkan lagi Bandar Seri Begawan dan menarik orang ramai supaya berbelanja di dalam negara, pelbagai acara dan aktiviti disusun oleh pelbagai pihak khususnya sempena cuti penggal persekolahan akhir tahun ini. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan dengan usaha sama Riza Fudhlana Management Services telah mengajurkan acara ‘Bandarku Ceria’ yang telah pun bermula sejak 25 Disember lalu bertempat di Dermaga Diraja di ibu kota. Pelbagai aktiviti jualan makanan dan barangan diadakan termasuk jualan ‘Kembali Ke Sekolah’, Pameran Kucing, Arnab dan Burung, Aktiviti Melukis Wajah (face painting), Peraduan Mewarna, Peraduan Membuat Teh Tarik dan Roti Canai, permainan boling dan dart serta bermacam-macam lagi aktiviti yang diadakan. Dalam temu bual Pelita Brunei bersama Pengarah Urusan Riza Fudhlana Management Services, Pengiran Haji Haris bin Pengiran Haji Duraman, selaku event management bagi acara tersebut menjelaskan, atas sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai, pihaknya telah melanjutkan acara ‘Bandarku Ceria’ sehingga 3 Januari 2016 depan.
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Ke muka 24
Faksimile: 2381004
bertekad dan beriltizam untuk mempertingkatkan mutu kerja dengan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti serta kemahiran seterusnya memberikan nilai tambah kepada peningkatan imej dan profesion masing-masing dengan lebih efisien, efektif dan berkemahiran. Perkara ini juga sangat relevan dan memantapkan lagi kualiti perkhidmatan serta kecemerlangan warga PA demi kebaikan, kesejahteraan rakyat dan penduduk serta kestabilan Negara Brunei Darussalam. Warga PA pula seharusnya bertanggungjawab dalam memelihara dan mempertahankan kestabilan tersebut, kerana dengan nikmat rezeki serta kestabilan yang dimiliki oleh negara ini, kerajaan, insyaaAllah akan dapat meneruskan agenda pembangunan di dalam negara dan seterusnya dapat melaksanakan apa jua Rancangan Kemajuan Negara (RKN) bagi membantu merealisasikan Wawasan Negara 2035. Dalam pada itu, bonus tahun ini telah pun diubah pembayarannya kepada 28 Disember yang mana tahun lalu ia lebih awal iaitu pada 22 Disember 2014. Sebelum ini, perubahan pembayaran bonus yang juga diselajurkan dengan gaji bulanan tersebut telah pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Keputeraan Baginda Ke-61 Tahun pada hari Ahad, 30 Jamadilakhir 1428 Hijrah bersamaan 15 Julai 2007 Masihi di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Ke muka 24
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn