PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PEMBANGUNAN dan kemakmuran juga akan lebih mudah dicapai melalui pendidikan dan pengetahuan. Oleh itu, kerajaan beta senantiasa mengambil berat untuk melengkapkan generasi atau angkatan muda kita dengan berbagai kemahiran dan kepandaian yang perlu.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-50 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1996.
''DAN kami menurunkan air hujan dari langit dengan kadar yang tertentu serta kami menempatkannya (tersimpan) di bumi, dan sesungguhnya kami tentu berkuasa melenyapkannya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mu'minun, ayat 18).
TAHUN 61 / BILANGAN 38
28 MAC 2016 / 1437
19
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
UTB menempa sejarah baharu
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa merasmikan Pelancaran Nama dan Logo Universiti Teknologi Brunei (UTB).
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Nurul Husnina Nadia Johari Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
TUNGKU, Sabtu, 26 Mac. - Institut Teknologi Brunei (ITB) menempa sejarahnya apabila ia dikenali sebagai Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan merupakan satu mercu tanda
Hubungan Brunei - Bangladesh terus erat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Mac. - Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di negara ini mengadakan Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan Ke-46 Bangladesh di Songket Ballroom,
Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong di sini. Mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis
Muka 4
Muka 7
TIMBALAN Menteri Pertahanan terima kunjungan pengenalan
PROGRAM RRP dilaratkan ke Daerah Tutong
Resepsi tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan isteri, Pengiran Datin Hajah Norsiah binti Pengiran Haji Hamdan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Bangladesh. Upacara kemuncak ialah acara memotong kek Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan Ke-46 Bangladesh. Manakala penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat majlis disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye dan isteri, Puan Dr. Tahmina Begum. Terdahulu sebelum itu, TYT Mohammed Abdul Hye dalam ucapannya menyentuh tentang perkembangan hubungan dua hala kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang antaranya kebudayaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya. Ke muka 3
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
sejarah pendidikan di negara ini lebih-lebih lagi dalam usia penubuhannya sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. Pelancaran Nama dan Logo UTB disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dengan melafazkan 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali di ruang legar, UTB di sini. Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya berkata, pertukaran tersebut merupakan mercu tanda yang sangat bermakna bagi seluruh warga UTB, lebih-lebih lagi ketika UTB memperingati 30 tahun penubuhannya sebagai sebuah IPT di negara ini. Bagi sebuah universiti yang masih muda, tegasnya pertukaran nama ini dipercayai akan dapat membantu membukakan peluang-peluang pertumbuhan yang lebih luas lagi dalam usaha memacu kemajuan universiti ini. Dalam konteks ini, kata Naib Canselor UTB lagi, universiti ini menaruh harapan yang tinggi dengan nama baharu ini untuk bersaing dan bertapak di dalam arena pengajian tinggi serantau mahupun antarabangsa. Nama UTB tambahnya, dapat mengatasi kekeliruan di mana sebuah IPT di rantau ini mempunyai akronim yang sama dan dari segi pemasaran pula tidak perlu diterangkan lagi bahawa ia adalah sebuah universiti. ''Kita juga menyedari dan melihat bahawa penaikan taraf ITB menjadi sebuah universiti lapan tahun lalu, dan juga nama baharu UTB ini merupakan satu pengiktirafan dan kepercayaan terhadap kematangan dan kemampuan
UTB. Ini merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditanai oleh semua lapisan warga UTB dengan penuh iltizam,'' ujar Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah. Sejurus pelancaran, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga menyaksikan tayangan multimedia yang memperlihatkan hasil kajian sejak tahun 2015 bagi cadangan untuk menamakan semula ITB. Di samping itu, pertandingan reka bentuk logo dan tafsiran ITB ke UTB juga diadakan yang mana sebelum ini UTB lebih dikenali sebagai ITB. Dalam mencapai usia 30 tahun penubuhannya, UTB terus menggalas misinya untuk menyediakan pembelajaran melalui pengalaman, meningkatkan penyelidikan dan mengukuhkan perkongsian, mempersiapkan para mahasiswa agar memenuhi permintaan dalam pasaran kerja yang kompetitif dan memenuhi Wawasan Negara 2035. ITB ditubuhkan pada tahun 1986, dengan pengambilan pertama seramai 57 pelajar. Sehingga kini, Universiti Teknologi dan Kejuruteraan Kebangsaan ini telah menghasilkan seramai 5,006 graduan dan ketika ini, UTB mempunyai seramai 2,169 mahasiswa dan 145 warga fakulti. Pada 18 Oktober 2008, ITB secara rasmi dinaik taraf kepada universiti oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sejak itu, perkembangan UTB termasuk perkembangan portfolio program akademiknya, menubuhkan perkongsian dengan industri dan universiti, akreditasi program oleh badan-badan profesional dan meningkatkan aktiviti penyelidikan. Ke muka 3
Malam Penghargaan Larian Amal Tongkat Putih Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Mac. - Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) telah mengadakan acara Larian Amal Tongkat Putih Ke-3 Tahun 2016 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), Berakas pada 20 Mac yang lalu. Sehubungan itu, bagi memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat menjayakan larian tersebut, satu Majlis Malam Penghargaan diadakan bertempat di Stadium Restaurant, SNHB di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Pengerusi Bersama Larian Amal Tongkat Putih 2016 dan juga selaku Pengerusi Unit Belia dan Sukan BDNAB, Awang Haji Hamdan bin Ajak dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut antara lain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi sama-sama menjayakan acara larian ini terutama sekali kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan. Ke muka 3
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn