Pelita Brunei - Isnin 28 OGOS 2017

Page 1

''SESUNGGUHNYA berjayalah orang-orang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang mereka dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 3).

''KEKUATAN Islam terletak pada Al-Quran. Kekuatan Al-Quran pula terletak pada keasliannya, yang tidak dicemari oleh tangan-tangan manusia. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kita untuk mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian tersebut. Antara cara kita mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian itu ialah melalui aktiviti penghafalan ayat-ayat Al-Quran itu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

4.46

TAHUN 62 / BILANGAN 103

4.56

6.15

28 OGOS 2017 / 1438

6.37

5

12.23

3.32

6.28

7.38

JABATAN PENERANGAN

Berangkat saksikan pertandingan lumba basikal

EDISI ISNIN / PERCUMA

Merealisasikan pembinaan loji ammonia, urea pencapaian penting Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan pertandingan lumba basikal yang berlangsung di Velodrom Kebangsaan, Nilai. - Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin (Lihat muka 3).

Eksesais Keselamatan Bersama 29 Ogos Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 Ogos. - Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui

38 Hari Lagi

Jawatankuasa Keselamatan (Security) Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan mengendalikan Eksesais Keselamatan Bersama pada Selasa, 6 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan dengan 29 Ogos 2017 Masihi. Eksesais itu akan dibahagikan pada dua bahagian, iaitu bahagian pertama akan diadakan pada sebelah pagi di kawasan The Empire Hotel & Country Club. Manakala itu, bahagian kedua pula akan diadakan pada lewat malam di sepanjang Lebuhraya Tungku, di mana akan melibatkan penutupan sebahagian jalan di sepanjang lebuh raya tersebut. Jalan di antara flyover Rimba dan flyover Universiti Brunei

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Darussalam akan mula ditutup dan dikawal selia bermula jam 10.00 malam hingga latihan selesai dijalankan. Orang ramai yang menetap atau bertugas berdekatan kawasan eksesais dinasihatkan untuk tidak berasa cemas atau bimbang dengan pergerakan anggota-anggota keselamatan beruniform, kenderaan, pesawat udara, rondaan perairan serta bunyi letupan dan pyrotechnics yang akan digunakan sepanjang eksesais berlangsung. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi sebarang arahan anggota keselamatan yang bertugas. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian +673 2459500 sambungan 444.

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

JERUDONG, Sabtu, 26 Ogos. Komitmen dan pelaburan Industri Baja Brunei (Brunei Fertilizer Industries BFI) dalam merealisasikan pembinaan loji ammonia dan urea dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak BND1.8 bilion menandakan kejayaan dan pencapaian penting bagi industri negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menggariskan perkara itu dalam ucaptamanya pada Majlis Penandatanganan Perjanjian bagi Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) di antara BFI Sendirian Berhad dan Thyssenkrup Industrial Solution AG (tkIS) di Indera

Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Yang Berhormat menambah, penandatanganan EPC tersebut merupakan satu lagi pencapaian yang penting dalam pembangunan industri hiliran negara. Justeru itu, fasa pembinaan loji ammonia dan urea katanya, akan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan, manakala 200 lagi peluang pekerjaan ditawarkan semasa fasa operasi. Sebagai tambahan pada pelaburan tersebut, kerajaan juga jelas Yang Berhormat, secara aktif sedang menjalani rundingan bagi pelaburan dengan lebih lanjut dalam sektor industri hiliran yang akan membawa lebih banyak nilai tambah pada ekonomi. Ke muka 6

Muka 5

Muka 7

SKUAD polo masih berpeluang rebut gangsa

PENGEMBARAAN galakkan aktiviti pelancongan ASEAN Timur

ROMBONGAN ketiga jemaah haji negara bertolak

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 28 OGOS 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu