Pelita Brunei - Isnin 29 Dis 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“SETERUSNYA mengenai perkembangan UNISSA, beta gembira mengetahui bahawa UNISSA sedang mengungkayahkan beberapa kursus, di samping juga mempunyai progam ijazah undang-undang dan syariatnya, yang diharapkan dapat membantu pelaksanaan Akta Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang sedang bergerak menuju fasa pelaksanaannya itu.” - Titah Sempena Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-3 Universiti Islam Sultan Sharif Ali Bagi Tahun 1434 Hijrah / 2013 Masihi pada 2 November 2013.

“SESUNGGUHNYA Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahzab ayat 56).

TAHUN 59 / BILANGAN 160

29 DISEMBER 2014 / 1436

7

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Perlu lebih kreatif, dinamik dan berkemahiran Laporan : Haniza Abdul Latif Foto : Azmah Haji Ahad dari London, United Kingdom

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom (UK) dan Ireland dan Penganugerahan Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam (UBD) Sesi 2014/2015. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

Perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi pada 3 Januari 2015 Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Disember. Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1436 Hijrah akan diadakan serentak di seluruh negara pada 12 Rabiulawal 1436 Hijrah bersamaan 3 Januari 2015 Masihi bermula pukul 7.00 pagi. Seperti lazimnya, di Negara Brunei Darussalam acara kemuncak sambutan pada peringkat negara ialah perhimpunan dan perarakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara. Sementara itu, di Daerah Tutong acara diadakan di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong, manakala

bagi Daerah Temburong pula di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong dan di Daerah Belait di Padang Bandaran, Jalan Sultan Kuala Belait. Sehubungan itu, satu perjumpaan dan taklimat berhubung dengan sambutan di peringkat negara telah diadakan bersama wakil ketua-ketua pasukan di Dewan Utama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Perjumpaan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan. Perjumpaan adalah untuk memberikan taklimat dan penerangan berkenaan dengan format perarakan kepada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian semasa perhimpunan tersebut. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

LONDON, UNITED KINGDOM, Ahad, 28 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, perubahan menuntut kita supaya lebih kreatif, dinamik dan berkemahiran. Terutama perubahan dalam pendidikan, titah baginda, yang bermula dari awal lagi, kemudian sekolah rendah dan menengah, pendidikan teknikal dan pengajian tinggi. Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom (UK) dan Ireland yang terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan yang berada di sini bersama keluarga dan Penganugerahan Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam Sesi 2014/2015 di London Hilton on Park Lane, London, UK. Menurut analisis pakar, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, ada tiga perkara yang paling penting bagi mencapai pendidikan terbaik, iaitu mendapatkan orang yang betul-betul sesuai menjadi guru, pembinaan guru-guru untuk jadi pengajar yang berkesan dan memastikan setiap kanak-kanak adalah berjaya melalui pembelajaran yang berkualiti. Menurut Kebawah DYMM meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh ialah dengan memantapkan pendidikan di peringkat rendah termasuklah meningkatkan tahap kemahiran menurut piawaian kebangsaan yang ditanda aras dengan piawaian antarabangsa. Baginda menekankan bahawa pengukuhan pendidikan di tahap awal adalah asas kepada kejayaan pendidikan di peringkat seterusnya. Terdahulu, baginda bertitah melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat bersama-sama lagi dengan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di UK dan Ireland Utara, terutama para penuntut, pegawai kerajaan dan mereka yang sedang dalam percutian bersama keluarga. Ke muka 24

Insiden Air Asia QZ 8501 BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Disember. - Pesawat Air Asia QZ 8501 yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Republik Singapura, membawa bersama seramai 155 penumpang dan tujuh kru telah terputus hubungan di ruang udara di antara Kalimantan dan Pulau Belintung kira-kira 7.24 pagi waktu tempatan hari ini. Pesawat tersebut bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Republik Indonesia pukul 5.36 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pukul 8.30 pagi waktu tempatan. Berikutan dengan kejadian tersebut, Jabatan Penerbangan Awam (JPA), Kementerian Perhubungan memaklumkan bahawa setakat ini jabatan berkenaan tidak menerima maklumat mengenai keterlibatan warganegara Brunei Darussalam mengikuti penerbangan tersebut. JPA dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan akan sentiasa mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa mengenai senarai penumpang pesawat tersebut. Sehubungan dengan itu, jabatan berkenaan menyeru pihak awam di negara ini supaya tidak membuat apa jua spekulasi serta menyebarkan maklumat yang diterima melalui media sosial tanpa ada pengesahan.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 29 Dis 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu