PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''GENERASI Berwawasan ialah mereka yang bijak menangani apa jua cabaran, dan menjadikan cabaran itu sebagai peluang-peluang atau 'opportunities' untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup bernegara.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016 pada 13 Jamadilawal 1437 Hijrah / 22 Februari 2016 Masihi.
''ALLAH tidak menghendaki untuk menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi Allah berkehendak untuk membersihkan kamu dan mencukupkan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Ma'idah, ayat 6).
TAHUN 61 / BILANGAN 26
29 FEBRUARI 2016 / 1437
20
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Kerja kerana Allah, bukan untuk glamor Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr.
Oleh : Samle Haji Jait Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan bahawa penggubalan Akta Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah bukan perkara yang main-main, tetapi penggubalannya adalah semata-mata kerana Allah, bukan kerana untuk glamor.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Mac 2015. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.
Oleh itu, tegas baginda, ia mestilah dibuat dengan bersungguh-sungguh dan baginda tidak mahu ada yang beranggapan bahawa Akta Kanun Jenayah Syar'iah sebagai tidak berharga di mata mekanisme undang-undang yang ada. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini. ''Fasa pertama, Akta Hukum Kanun Jenayah Syar'iah telah pun
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
dikuatkuasakan pada 1 Mei 2014. Kemudian untuk fasa kedua dapat dilaksanakan, kita mesti pula menunggu 12 bulan lagi dari tarikh CPC atau Perintah Kanun Peraturan Jenayah Syar'iah diwartakan. Sekarang masa sudah pun berlalu dua tahun, namun CPC Syariah belum juga diwartakan. Bahkan setakat drafnya pun belum lagi disemak. Bererti jika ia siap dan diwartakan pada tahun 2016 ini, maka kita akan menunggu pula setahun lagi, iaitu pada tahun 2017 barulah fasa kedua ini dapat dilaksanakan.
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).
Sementara bagi fasa ketiga pula akan menunggu lagi sampai ke tahun 2018. Sudahlah period menunggu bagi setiap masa untuk dapat dilaksanakan terlalu panjang, iaitu selama 12 bulan, ditambah lagi membawa lebih lambat ialah penyemakkan draf CPC Syariah tidak dibuat dengan semestinya. Jadi sampai bilakah lagi Akta Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah itu akan dapat dilaksanakan sepenuhnya,'' tegas baginda. Baginda turut mempersoalkan mengapakah para penyemak draf tidak dapat menyemaknya dengan segera, adakah betul tidak dapat menyemaknya dengan segera atau sengaja tidak mahu menyemaknya. ''Sekali lagi beta bertanya, mana menteri dan mana peguam negara, tidakkah mereka mahu menyubuk-nyubuk di mana kerja itu dibuat oleh pegawai dan kakitangan mereka,'' tegas baginda. Baginda bertitah menegaskan bahawa kerja kerana Allah tidak boleh tidak, mestilah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Mesyuarat dimulakan dengan
Faksimile: 2381004
bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Yang Di-Pertua MUIB. MUIB adalah sebuah pertubuhan yang tertinggi di Negara Brunei Darussalam dan pembuat dasar untuk menentukan hala tuju pentadbiran agama Islam di Negara Brunei Darussalam. Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah sebagai pelaksana dan pendukung terhadap dasar yang telah dibuat oleh MUIB. Peranan utama MUIB ialah membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam semua hal yang berkaitan dengan agama Islam.
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn