Pelita Brunei - Isnin 29 JANUARI 2018

Page 1

''ILMU ugama dan Al-Quran yang dimiliki dengan ala kadar, tidak akan membantu melahirkan generasi yang hebat, kerana yang hebat itu ialah ugama dan Al-Quran jua. Sebab itu, beta sering menekankan supaya ugama dan Al-Quran dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Tentukanlah dasar dan matlamat yang hendak dituju, bukan membuat dasar yang melemahkan ugama.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi.

''SETIAP yang bernyawa akan merasa mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 185.

5.05

TAHUN 63 / BILANGAN 13

5.15

6.36

29 JANUARI 2018 / 1439

6.59

12.34

12

3.56

6.30

7.43

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Siap siaga hadapi bencana Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Januari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan bersabda menekankan tentang pentingnya bagi pengumpulan data secara terus-menerus dan teratur sebagai asas yang realistik untuk mengetahui sama ada kita berada di atas landasan yang betul ke arah mencapai sasaran atau target yang telah ditetapkan. Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, ia juga dapat mengukur keberkesanan pelaksanaan pelan-pelan tindakan berkaitan, di samping kesan atau impaknya sebagaimana yang diharapkan. Duli Yang Teramat Mulia bersabda demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Bencana Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Aras 1, Jabatan Perdana Menteri, di sini. DYTM bersabda, pada tahun lepas seluruh rakyat dan penduduk di negara ini termasuk dunia luar telah sama-sama menyaksikan satu lagi sejarah penting sempena Memperingati 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. ''Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala khususnya di atas kurnia keberkatan kepimpinan paduka ayahanda telah berjaya menerajui tampuk pemerintahan negara dengan membawa perubahan bermakna kepada kelangsungan pembangunan dan kemakmuran dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini,'' sabda DYTM. Ke muka 3 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan berkenan mengurniakan sabda ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Bencana Kebangsaan 2018 yang diadakan di Bilik Mesyuarat West Wing, Aras 1, Jabatan Perdana Menteri.

Fenomena Super Blood Blue Moon dijangka 31 Januari Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ihsan Ketua Juruteknik Ukur, Haji Morni Haji Tarip

Muka 5

BUKU Kegemilangan Pemerintahan : Kumpulan Artikel dilancarkan

Muka 7

BANTU promosi konsep MIB kepada masyarakat Tionghua

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Januari. - Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bakal berpeluang menyaksikan kejadian satu fenomena Gerhana Bulan beberapa hari sahaja lagi, iaitu dijangka berlaku pada petang Rabu, 31 Januari ini. Dalam pendekatan Pelita Brunei bersama Ketua Juruteknik Ukur, Unit Astronomi di Jabatan Ukur, Awang Haji Morni bin Haji Tarip menjelaskan, pada hari itu juga berlakunya tiga fenomena di sebelah malam dan dipanggil

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

sebagai Super Blood Blue Moon. Awang Haji Morni menerangkan, fenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka mengambil masa selama lima jam 17 minit pada jam 6.51 petang hingga 12.08 pagi (1 Februari 2018). Katanya, Gerhana Bulan Penuh yang menyaksikan fasa gerhana dijangka bermula kira-kira 7.48 malam sehingga 11.11 malam, manakala fasa Gerhana Bulan Penuh pula akan bermula kira-kira 8.51 malam sehingga ke kemuncak pada jam 9.29 malam dan akan

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

tamat kira-kira 10.08 malam. Selain di negara kita, ujarnya, fenomena berkenaan juga dapat disaksikan di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara. Menurut sumber dari laman sesawang infoastro, Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi. Bulan dengan perlahanlahan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna asal sepanjang tempoh lima jam. Ke muka 5

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 29 JANUARI 2018 by Putera Katak Brunei - Issuu