Pelita Brunei - Isnin 29 Sept 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA sangat meyakini akan faktor keberkatan itu, yang menjadikan Negara Brunei dapat berkembang dengan baik. Di bidang ekonomi, penumpuan adalah sedang diberikan kepada, mempelbagai dan menaikkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun dalam istiadat berlangsung pada 14 Ogos 2014 Masihi.

“DAN tidak ada yang mereka ucapkan semasa berjuang selain daripada berdoa dengan berkata: Ya Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kecil kami dan perbuatan kami yang berlebih-lebihan (dosa-dosa besar) dalam urusan kami, tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami dalam mencapai kemenangan ke atas kaum yang kafir.” - (Surah Ali 'Imran ayat 138).

TAHUN 59 / BILANGAN 121

29 SEPTEMBER 2014 / 1435

4

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat meninggalkan New York Laporan : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg Haji Md Ali dari New York, Amerika Syarikat NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT, Sabtu, 27 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat meninggalkan New York, Amerika Syarikat setelah menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-69. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat meninggalkan New York, Amerika Syarikat setelah menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-69. Berangkat mengiringi Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan

Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Wakil Tetap Negara Brunei

Darussalam ke PBB, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail dan isteri.

Aktiviti fizikal kurangkan risiko penyakit kronik Muka 3 BRUNEI - Arab Saudi nikmati kerjasama erat

Muka 4 SEKTOR pengangkutan, perhubungan menyumbang 3.6 peratus KDNK

Oleh : Khartini Hamir BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 September. - Perkhidmatan Fisioterapi sudah lama wujud di Negara Brunei Darussalam dan perkhidmatan ini sering dikaitkan dengan senaman fizikal, akan tetapi konteks ini adalah kurang tepat. Pegawai-pegawai fisioterapi berperanan sebagai pakar-pakar senaman dalam menilai keupayaan dan kebolehan fizikal seseorang individu serta mempunyai tugas utama untuk memberi khidmat nasihat atau preskripsi secara profesional mengenai jenis-jenis pergerakan yang bersesuaian dengan tahap fizikal, kesihatan dan kemampuan masing-masing agar setiap individu boleh mengurangkan risiko kecederaan diri sendiri semasa melakukan senaman atau pergerakan aktiviti. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menekankan perkara itu pada perasmian Majlis Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia 2014 di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara. Yang Berhormat seterusnya berkata, daripada hasil kajian-kajian organisasi antarabangsa berkaitan kesihatan telah membuktikan bahawa pemeriksaan, pengurusan awal fisioterapi dan rehabilitasi dapat membantu pembaikan sistem pernafasan, kekuatan otot lebih cepat dan tahap berdikari lebih tinggi semasa discaj dari hospital bagi pesakit-pesakit. Menyentuh tema sambutan pada tahun ini ‘Cergas Untuk Penghidap Penyakit Kronik dan Orang Berkeperluan Khas Berdikari dan Memenuhi Potensi Mereka’, Yang Berhormat menegaskan, apa pun jua keadaan fizikal individu, mereka juga berkebolehan dan berpotensi untuk mengikuti apa jua aktiviti seharian mahupun aktiviti fizikal. Ke muka 13

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.