PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KERAJAAN adalah sentiasa memberikan perhatian yang berat terhadap ketenteraman rakyat dan penduduk di negara ini dalam menjaga kepentingan dan keselamatan awam, undang-undang negara tidak akan bertolak ansur dalam perlaksanaannya terutama sekali kepada penjenayah-penjenayah.” - Titah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-42 Tahun pada 15 Julai 1988.
“WAHAI orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat, ayat 6).
TAHUN 60 / BILANGAN 14
2 FEBRUARI 2015 / 1436
12
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berangkat kurniakan Penjagaan hadiah BISAM Ke-11 kesihatan
holistik, komprehensif diteruskan Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan Piala Sultan kepada Ketua Pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menyandang juara Kejohanan Kemahiran Menembak Antarabangsa Brunei (BISAM) Ke-11, 2015. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).
Dua sekolah rendah di Daerah Belait menjadi perhatian KUALA BELAIT, Sabtu, 31 Januari. - Bagi meninjau secara dekat pelaksanaan pengukuhan pendidikan di peringkat sekolah, khususnya pelajar-pelajar Tahun 6 berjalan lancar, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengadakan lawatan ke dua buah sekolah rendah di Daerah Belait. Siri lawatan Yang Berhormat bermula di Sekolah Rendah Panaga, Kluster 6, Seria. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Panaga, Kluster 6, Kuala Belait yang antara lain menyentuh mengenai profil sekolah dan program-program intervensi antaranya aktiviti pagi sekolah yang terdiri daripada Panaga Discipline Day, Panaga Values Day, Panaga Religious Hour, Panaga Avid Readers, community partnership, pull out system, kelas tambahan
khusus bagi murid-murid PSR iaitu Program F4S. Turut dikongsikan ialah program-program akademik sekolah (Panaga Academic Program) yang termasuk Panaga Bijak Membaca, Panaga Mind Game dan Panaga Funtastic Fry word. Sekolah itu mempunyai seramai 35 tenaga pengajar dan 417 murid, iaitu 229 murid lelaki dan 188 orang murid perempuan. Dari jumlah tersebut seramai 58 murid pula berada di Tahun 6 sekolah berkenaan. Dari Sekolah Rendah Panaga, Seria, Kluster 6, Yang Berhormat beserta rombongan selanjutnya beredar ke Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait, Kluster 6. Sekolah ini mempunyai 30 tenaga pengajar dan 212 murid yang terdiri daripada 130 murid lelaki dan 82 murid perempuan. Dari jumlah tersebut seramai 37 murid berada dalam Tahun 6. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Januari. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menekankan agar semua stakeholders yang meliputi setiap individu dalam kalangan semua peringkat masyarakat sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan di negara ini. Menteri Kesihatan menekankan demikian semasa mempengerusikan Sesi Dialog Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Al-'Afiah, kementerian berkenaan, di sini. Menurutnya, Kementerian Kesihatan akan terus berusaha memastikan semua lapisan rakyat dan penduduk mendapat penjagaan kesihatan yang komprehensif, holistik, accessible dan saksama. Kementerian Kesihatan mendukung dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035 untuk menjadikan negara ini terkenal di seluruh dunia dengan kehidupan rakyat yang berkualiti, iaitu dengan mengamalkan dasar 'Universal Health Coverage'. "Dengan adanya rakyat dan penduduk yang sihat dan aktif sama ada dari segi fizikal dan mental sudah setentunya kita semua dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih sempurna, produktif dan dinamik serta secara langsung akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara, individu, masyarakat dan mereka-mereka yang berkepentingan," jelasnya. Katanya, penduduk yang sihat dan sejahtera sekali gus akan dapat meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat ke arah yang lebih mantap dan berdaya tahan. Oleh itu, kerjasama erat daripada semua lapisan masyarakat termasuk Ahli-ahli MMN adalah sangat dialu-alukan bagi sama-sama meningkatkan lagi kualiti kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Sesi dialog itu diteruskan dengan taklimat mengenai 'Cabaran-Cabaran Kesihatan Awam Dalam Mencapai Wawasan Brunei 2035 dan Visi Kementerian Kesihatan' disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Datin Paduka Dr. Hajah Norlila antara lain menerangkan tentang Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan di negara ini, di samping cabaran-cabaran kesihatan awam dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 dan Visi kementerian tersebut. Ke muka 24
Muka 3 22 peserta PROPAZ terima sijil
Muka 4 30 pelajar SRS terima Bantuan Skim Fidyah
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn