PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''OLEH itu, satu peringatan perlu disebut di sini, bahawa sesiapa jua yang dilantik atau terpilih menjadi pemimpin, mereka itu adalah berkewajipan untuk menjalankan keadilan. Tempat tumpahnya keadilan ialah ke atas rakyat, bukan kepada diri sendiri. Adapun untuk kepentingan diri sendiri itu bukanlah keadilan tetapi kezaliman.'' - Titah Sempena Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru pada 9 Muharam 1437 Hijrah / 22 Oktober 2015 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui salahnya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Anfaal, ayat 27).
TAHUN 60 / BILANGAN 131
2 NOVEMBER 2015 / 1437
20
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
ITB perlu bercita-cita tinggi Oleh : Haniza Abdul Latif BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Oktober. - Institut Teknologi Brunei (ITB) perlu bercita-cita lebih tinggi untuk mendapatkan kedudukan, sebanding dengan institusi-institusi terkemuka di dunia dengan mempunyai keazaman dan sistem pengajiannya yang berkualiti. Ini semakin relevan dengan negara turut mengalami tempias iklim ekonomi global yang tidak menentu dan kita mahu generasi masa kini mempunyai pendidikan tinggi untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor ITB bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen ITB 2015, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Ke muka 32
Perutusan takziah berikutan nahas kapal terbang Rusia BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 November. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Republik Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia berikutan dengan nahas kapal terbang Rusia 7K 9268 yang terhempas di Sinai, Republik Arab Mesir. Dalam titah perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa berikutan dengan tragedi tersebut. Baginda dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam seterusnya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada Tuan Yang Terutama Vladimir Putin dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut. Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda menzahirkan perasaan simpati yang amat mendalam.
Muka 6
PAMERAN BPIS dapat sambutan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB) berkenan mengurniakan titah sempena Majlis Konvokesyen ITB 2015 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 16, 17 dan 18).
Peranan pendidikan capai taraf negara maju BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB) bertitah, universiti memainkan peranan penting dalam membina bakat atau talent untuk menjana ekonomi negara. Sebab itu, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam lagi, Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik yang sedia ada, adalah dihasratkan untuk mereka yang benar-benar layak sahaja. Baginda seterusnya bertitah, ini penting kerana impaknya memberi kesan besar dan langsung kepada pencapaian visi ITB serta menjadi pemangkin kepada pembangunan insan dan negara.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
''Secara khusus, beta ingin menyebut di sini peranan pendidikan dalam negara sedang membangun. Tidak diragukan lagi, Brunei kini adalah sebuah negara sedang membangun dan selaku negara sedang membangun, sasaran utamanya ialah untuk mencapai taraf negara maju,'' titah baginda pada Majlis Konvokesyen ITB 2015, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Dalam menuju sasaran ini, titah baginda, negara tentu saja memerlukan pelbagai rancangan kemajuan, termasuk rancangan dan pelaksanaan di bidang pendidikan. Maka dalam kesempatan ini, baginda bertitah ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan janganlah sekali-kali terbabas daripada landasan luhur : Melayu Islam Beraja (MIB), apabila kita merancang sesuatu rancangan untuk pendidikan. Ke muka 32
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn