Pelita Brunei - Isnin 2 OKT 2017

Page 1

''BERDASARKAN dunia sentiasa berubah dan berkembang, maka tuntutan kapasiti sumber tenaga manusia adalah semakin mencabar. Ini, turut memberikan implikasi kepada definasi kecemerlangan seorang guru. Menyedari hakikat ini, beta gembira dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk menjadikan perkembangan kapasiti guru sebagai fokus utama dalam strategi pendidikan. - Titah Sempena pada Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-27.

''DAN Tuhan kamu berfirman : ''Berdoalah kepada Ku nescaya Aku memperkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada beribadat kepada Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala pada Surah Ghafir, ayat 60).

4.41

TAHUN 62 / BILANGAN 118

4.51

6.08

2 OKTOBER 2017 / 1439

6.30

12.11

11

3.23

6.12

7.21

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan menerima pengurniaan Ijazah Kehormat Kedoktoran Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Bidang Kejuruteraan (Honorary Doctorate in Engineering). Pengurniaan Ijazah Kehormat Kedoktoran kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Majlis Konvokesyen UTB Kelima 2017 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Dalam citation yang dibacakan oleh Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, dengan berkat kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM dalam menerajui Kerajaan Negara Brunei Darussalam, rakyat dapat menyaksikan dan menikmati perkembangan pesat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan disembahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Bidang Kejuruteraan. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi (Lihat muka 3, 16 dan 17).

Lipatgandakan usaha tarik pelajar luar

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

3 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 September. - Nisbah pelajar antarabangsa masih saja belum mencapai sasaran optima bagi Institusi Pengajian Tinggi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), bertitah menyeru agar UTB melipatgandakan lagi usaha pengantarabangsaan untuk menarik pelajar-pelajar dari luar negara.

E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn

''Khusus mengenai penjanaan modal insan, beta ingin mengingatkan supaya apa jua aktiviti UTB ke arah ini, hendaklah tidak bercanggah dengan falsafah MIB. MIB adalah calak kita,'' titah baginda semasa Majlis Konvokesyen UTB 2017 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyambut baik usaha UTB untuk menanda aras melalui penarafan bintang dan kedudukan di kalangan universiti–universiti di Asia. Usaha penarafan bintang titah

Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217

Oleh : Aimi Sani

baginda, telah membawa hasil, di mana UTB telah berjaya meraih 4 bintang pada penilaian keseluruhan oleh QS dan pencapaian ini sangatlah bermakna bagi UTB, kerana belum pun sampai usianya 10 tahun ia sudah mampu untuk mendapat pengiktirafan seperti

Faksimile : 2381004

universiti–universiti yang sudah lama tertubuh. Titah baginda, bukan itu sahaja, UTB juga telah merintis usaha dengan membuka Makmal Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menempatkan industri di dalam kampus. Ke muka 3

Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 2 OKT 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu