Pelita Brunei Isnin 30 Mac 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“DEMIKIAN juga dengan cara merayakannya itu, syiar Islam akan terus menonjol, mengilhami jiwa dan pemikiran seluruh masyarakat supaya terus mengkagumi kepimpinan Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan juga akan menambahkan lagi keimanan mereka kepada Islam.” - Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1411 pada hari Isnin, 23 Julai 1990.

“DAN antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Ya Tuhan kami! kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 201).

TAHUN 60 / BILANGAN 38

30 MAC 2015 / 1436

9

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat ke Upacara Persemadian Negara mendiang mantan Perdana Menteri Pertama Republik Singapura

KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Universiti Kebangsaan Singapura dijunjung oleh Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien. Foto : Ihsan Kementerian Penerangan dan Komunikasi Republik Singapura.

REPUBLIK SINGAPURA, Ahad, 29 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Upacara Persemadian Negara bagi mendiang mantan Perdana Menteri Pertama Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Kuan Yew. Upacara tersebut berlangsung di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Kebangsaan Singapura. Tuan Yang Terutama meninggal dunia pada hari Isnin, 23 Mac 2015 di Singapore General Hospital pada usia 91 tahun. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Universiti Kebangsaan Singapura dijunjung oleh Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien. Setelah itu, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia dijunjung untuk berangkat menyertai ketua-ketua negara dan kerajaan yang lain ke dalam Dewan UCC bagi Upacara State Funeral Services bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang TYT Dato Laila Utama Lee Kuan Yew. Sebelum Upacara Persemadian Negara diadakan, mendiang TYT telah dibawa melalui perarakan dari Dewan Parlimen, Republik Singapura ke Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Kebangsaan Singapura. Semasa Upacara Persemadian Negara itu, beberapa ucapan penghormatan terakhir telah disampaikan oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong; Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam; Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Emeritus Goh Chok Tong; dan beberapa mantan Menteri Kabinet Republik Singapura; Ketua-Ketua Komuniti; termasuklah anak kedua mendiang TYT, Mr. Lee Hsien Yang. Bertafakur selama seminit juga telah diadakan dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan Singapura. Ke muka 24

Program 3PSA wahana ke arah kecemerlangan perkhidmatan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Mac. - Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang, dihasratkan akan mengukur tahap prestasi organisasi dalam Perkhidmatan Awam yang merangkumi prestasi individu yang menganggotai organisasi tersebut, rancangan strategik termasuk rancangan penggantian, pencapaian pengurusan pelanggan, amalanamalan terbaik, pembaharuan pembaikan dan seumpamanya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned menjelaskan perkara itu semasa berucap pada Majlis

Pelancaran 3PSA Melalui Penarafan Bintang, berlangsung di Dewan Teater, JPM, di sini. Terdahulu Yang Mulia Dato Paduka menjelaskan, 3PSA, melalui penarafan bintang, adalah satu lagi usaha yang berwadah dan berstrategi untuk membantu dalam pembangunan institusi yang turut mendasari Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21 dan lebih dari itu Wawasan Negara 2035. Usaha ini, katanya, tidak boleh kita dolak-dalikkan atau tidak diberikan perhatian atau diperlakukan dengan sikap berlengah-lengah kerananya berupa untuk menilai dan mengukur prestasi kita dalam Perkhidmatan

Awam sebagai wahana ke arah kecemerlangan perkhidmatan yang antaranya akan didasari oleh penghijrahan pemikiran (mindset) dan penyerapan pemikiran positif. Yang Mulia Dato Paduka percaya tidak ada siapa atau organisasi mana yang boleh terlepas dari penilaian dan pengukuran prestasi. Di samping itu, Yang Mulia Dato Paduka juga menjelaskan, dalam menyedia dan melaksanakan 3PSA, Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengambil jalan pintas malahan mengasaskan kesemuanya kepada kajian perbandingan, penandaarasan dan konsultasi meluas. 3PSA, katanya, akan melalui fasa-fasanya untuk memastikan setiap proses pelaksanaannya payu, tidak pincang, berkesinambungan dan sentiasa maju ke hadapan. Tambahnya, keperluan semasanya akan dipantau dan dinilai secara

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

berterusan. Ini termasuklah bagi keperluan penandaarasan lanjutan dan penilaian bebas dari luar. “Usaha-usaha seperti 3PSA yang menjadi wahana untuk mencapai kecemerlangan tidak ada garis penamatnya kerana kecemerlangan adalah merupakan sasaran bergerak

yang dipengaruhi, antara lain, oleh kehendak pelanggan yang sentiasa berubah dan meningkat, cabaran komunikasi yang terus dan telus, faktor globalisasi, liberalisasi ekonomi dan amnya aspek-aspek kehidupan yang kian mencabar. Ke muka 3

Muka 3

Muka 5

BERANGKAT tandatangani buku takziah

PUSAT Rehabilitasi Psikiatri punyai tiga bilik baharu

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.