''ASPEK-aspek disiplin dan integriti juga perlu ditekankan sebagai elemen penting dalam pengurusan sumber manusia. Seluruh warga tentera hendaklah memperkukuhkan semangat cintakan institusi, sambil menjaga imej dan nama baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54.
''DAN janganlah kamu merasa lemah dalam menegakkan Islam, dan janganlah pula kamu bersedih pada hal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika benar kamu orang yang beriman.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 139).
4.33
TAHUN 61 / BILANGAN 65
4.43
6.06
30 MEI 2016 / 1437
6.30
23
12.19
3.43
6.29
7.44
JABATAN PENERANGAN
Berangkat lawat Kelas Tuisyen PIP YSHHB
EDISI ISNIN / PERCUMA
Kurnia pelantikan Pesuruhjaya Polis baharu Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Mei. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam, Timbalan Pesuruhjaya Polis dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis bagi menggantikan Dato Paduka Seri Awang Haji Bahrin bin Mohd. Noor yang telah menamatkan kontrak perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Polis. Pelantikan Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam sebagai Pesuruhjaya Polis berkuat kuasa mulai hari Ahad, 22 Syaaban 1437 Hijrah bersamaan dengan 29 Mei 2016 Masihi.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke dua buah Pusat Kelas Tuisyen, Program Intervensi Pendidikan (PIP), YSHHB. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 3).
Muka 4
Ibu bapa berperanan galakkan anak-anak menabung JUALAN Amal Kementerian Pendidikan meriah
Oleh : Nooratini Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Mei. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Ahli Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei
Darussalam (AMBD) menekankan pentingnya peranan dan galakan ibu bapa serta penjaga, dalam sama-sama memupuk budaya pengurusan kewangan yang berhemat dan amalan suka menabung dalam kalangan anak-anak dan ahli keluarga masing-masing. Dengan meningkatkan sikap berhemat dan celik kewangan dalam kalangan masyarakat yang bermula
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
dari peringkat keluarga ia akan dapat membantu dalam mengukuhkan lagi jaminan sosial masyarakat dan penduduk negara ini. Justeru itu, Hari Menabung Kebangsaan dihasrat untuk membangun generasi yang berkemahiran dan boleh berdikari dari segi kewangan yang mana bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai dan masyarakat
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
mengenai kepentingan menyimpan kewangan bagi keperluan pada masa akan dating, di samping mengetengahkan produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan di Negara Brunei Darussalam. Menurut Yang Berhormat, semasa Majlis Perasmian Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Dewan Teater,
Faksimile: 2381004
Kementerian Kewangan, di sini, pihak AMBD, selaku autoriti yang berperanan dan bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan kewangan di negara ini, melalui dasar-dasar monetari yang berkesan telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam memperkenalkan beberapa inisiatif. Ke muka 6
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn