PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PEMIMPIN yang berkualiti bukan saja mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas, tetapi juga mempunyai kerajinan dan kesungguhan untuk melakukan apa saja pembaikan atau pembaharuan yang perlu. Mereka sanggup turun padang untuk melihat apa-apa yang perlu ditangani dan diperbaiki. Inilah sifat pemimpin atau pegawai yang bagus.'' - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam bagi Kali Ke-22, Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi.
''MAKA ingatlah Allah ketika kamu berdiri dan duduk serta ketika kamu berbaring.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisaa', ayat 103 ).
TAHUN 60 / BILANGAN 143
30 NOVEMBER 2015 / 1437
18
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Perkembangan Komanwel dan perubahan iklim dibincangkan Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas dari Mellieha, Republik Malta MELLIEHA, REPUBLIK MALTA, Jumaat, 27 November. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menghadiri Sesi Pertama Mesyuarat Eksekutif Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel; Sesi Tertutup Mesyuarat Eksekutif; dan Sesi Permesyuaratan Khas mengenai Perubahan Iklim. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen, selaku wakil peribadi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menghadiri Sesi Pertama Mesyuarat Eksekutif Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel; Sesi Tertutup Mesyuarat Eksekutif dan Sesi Permesyuaratan Khas mengenai Perubahan Iklim (Lihat muka 3, 4, 5, 6, 16 dan 17).
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mulanya menghadiri Sesi Pertama Mesyuarat Eksekutif. Antara perkara-perkara yang
dibincangkan ialah meneliti semula perkembangan Komanwel melalui ketetapan Mesyuarat Pre-CHOGM Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Komanwel; Laporan Kumpulan
Tindakan Menteri-Menteri Komanwel; dan Laporan Biennial Setiausaha Agung Komanwel. Selepas Sesi Pertama Mesyuarat Eksekutif tersebut, YTM seterusnya
menghadiri Sesi Tertutup Mesyuarat Eksekutif yang mana perbincangan telah tertumpu kepada pemilihan Setiausaha Agung Komanwel Ke-6. Ke muka 6
Pengaruh penggunaan ejaan ringkas membimbangkan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Azmah Haji Ahad
Muka 20
Republik Indonesia juara ASG-7
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 November. - Tidak peka dan perhatian tentang ejaan, pemilihan diksi yang kurang tepat dan penggunaan ejaan ringkas yang mungkin terpengaruh dengan ejaan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp merupakan masalah-masalah yang dikenal pasti dalam penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin dalam ucapannya pada Majlis
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar dan Juara Pelajar 2015 yang berlangsung di Dewan Sarmayuda, DBP, melahirkan kebimbangannya akan keadaan sedemikian khususnya dalam perkembangan dan pemakaian bahasa Melayu dalam era info telekomunikasi tinggi yang berkembang pesat dan pantas masa kini. Dayang Hajah Aminah menegaskan, demam teknologi tinggi ini juga menuntut kita untuk sama-sama meningkatkan keupayaan bagi mencari makna dan padanan istilah atau kosa baharu yang cepat berkembang bersama perkembangan teknologi dan membudayakannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Ke muka 32
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn