''DEMI sesungguhnya, adalah bagi penduduk Saba' di Yaman, ada satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun yang luas lagi subur, sebuah di sebelah kanan dan sebuah lagi di sebelah kiri. Lalu dikatakan kepada mereka : Makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negeri kamu ini ialah negeri yang baik, aman dan makmur dengan buah-buahan yang banyak dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Saba', ayat 15.
''MENGENAI transformasi Perkhidmatan Awam, beta mengalu-alukan tema Hari Perkhidmatan Awam pada kali ini yang berbunyi : 'Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif.' Tema ini memberi penekanan, betapa pentingnya Perkhidmatan Awam untuk sentiasa proaktif dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat dan para pelabur.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-23.
4.36
TAHUN 62 / BILANGAN 130
4.46
6.05
30 OKTOBER 2017 / 1439
6.28
12.05
10
3.25
6.03
7.13
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Persahabatan Brunei-Turki terus kukuh BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 29 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turki bersempena dengan Hari Republik negara tersebut. Dalam titah perutusan kepada TYT Recep Tayyip Erdogan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan kegembiraan bahawa kerjasama dan hubungan persahabatan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Turki terus kukuh, bukan sahaja dalam kalangan pegawai, tetapi juga di sektor swasta dan rakyat masing-masing. Baginda seterusnya berharap akan dapat terus bekerja dengan TYT bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama serantau, khususnya dalam peranan baharu Republik Turki selaku 'Sectoral Dialogue Partner of ASEAN'. Baginda mengakhiri titah perutusan tahniah tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada TYT Recep Tayyip Erdogan dan rakyat Republik Turki terus menikmati kemajuan dan kegembiraan. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turki bersempena dengan Hari Republik negara tersebut.
Hasilkan inovasi, pelbagaikan perkhidmatan pos BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Oktober. - Perkhidmatan Pos adalah di antara perkhidmatan yang tertua di negara ini bermula sekitar tahun 1895 yang kini sudah mencapai usia lebih 111 tahun. ''Sejak penubuhannya, perkhidmatan pos jelas mencerminkan betapa pentingnya peranan perhubungan dalam kehidupan seharian dalam segala
aspek urusan kerajaan dan negara,'' jelas Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat pada Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2017 yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan. Dalam arus kemodenan era Revolusi Industri Ke-4, pelbagai sistem perhubungan yang semakin
canggih dan pesat meliputi sistem pengangkutan laut, darat dan udara serta sistem telekomunikasi dapat dilihat,'' tambah Yang Berhormat. Semua perkembangan ini katanya, telah banyak merombak tradisi atau cara dan kaedah pengurusan kita seharian dan sebagai sebuah negara komuniti antarabangsa dan kita akur kepada kenyataan bahawa kita sedang berada dalam dunia global dan persaingan ekonomi yang meluas. Untuk terus relevan, ujarnya kita tidak dapat memencilkan diri selain berusaha dan bekerjasama dengan masyarakat serantau dan antarabangsa khususnya ASEAN. Ke muka 6
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
Muka 4
BERANGKAT rasmikan Pameran Motor Brunei 2017
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Muka 5
YTM lancarkan jualan amal
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn