Pelita Brunei - Isnin 3 Ogos 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''ADALAH penting bagi negara-negara, terutamanya negara-negara membangun, bersedia untuk menghadapi perubahan iklim dan kesan-kesan buruk. Untuk melaksanakan ini, kemahiran baru perlu diperolehi, kepakaran perlu dikongsi dan teknologi moden yang mampu dan dapat diakses kepada semua.'' - Titah Sempena Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 September 2014.

''KATAKANLAH kepada mereka sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk yang benar.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 120).

3 OGOS 2015 / 1436

TAHUN 60 / BILANGAN 92

17

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Bendera besar negara dikibarkan Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Ogos. - Bendera besar negara berkibar megah di kawasan lapang Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sejurus Upacara Menaikkan Bendera sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69, tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69. Upacara menaikkan bendera besar dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Mudim Awang Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh. Seterusnya, pasukan seramai 69 orang pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dan Jabatan Penjara kemudian diikuti dengan pasukan Pengibar Bendera Besar Negara Brunei Darussalam terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) diiringi oleh pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei (PDB) berarak masuk. Ini diikuti dengan penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7m x 7.3m disempurnakan oleh tetamu kehormat untuk dinaik dan dikibarkan. Sepanjang bendera besar dinaikkan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan oleh Kumpulan Koir dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, JBP dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan kemudian disusuli dengan lagu 'Bendera Negara' dan 'Rahmat' dengan diiringi oleh Pancaragam PDB. Upacara diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran 1.8m x 3.7m dan poster-poster Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd. Karim; Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman; Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali dan Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah. Dengan berkibarnya Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan bermulanya untuk mengibarkan bendera di seluruh negara bermula pada 1 hingga 31 Ogos 2015.

Berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri AMM Ke-48

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-48.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam lewat petang tadi berangkat ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia adalah bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-48 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang akan bermula pada 3 hingga 6 Ogos 2015. Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan isteri. Turut sama menyembahkan selamat berangkat ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP), pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kanan di KHELNP.

Ke muka 24

Belia Islam sentiasa dalam perlindungan Allah Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

Muka 3

Muka 4

BRUNEI - Filipina bincang perkembangan agama Islam

ZAHIR kesyukuran dengan mengibar bendera

KAMPUNG JANGSAK, Ahad, 2 Ogos. - Kedudukan para belia Islam yang hakiki di sisi Allah Subhanahu Wata'ala adalah sangat tinggi, mereka termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di Hari Kandila yang tiada perlindungan selain perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berucap demikian pada Majlis Ramah Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Jangsak. Menurutnya, belia seperti inilah yang akan menyelamatkan negara dari kehancuran dan malapetaka yang ditimpakan Allah kepada masyarakat yang mungkar sebagaimana yang telah berlaku pada zaman dahulu. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.