PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''ORANG Islam mestilah lurus dalam pegangannya, untuk mendapatkan natijah terbaik dalam kehidupan. Jika pegangan tidak lurus, walaupun niat baik, kita tidak mungkin, untuk menghasilkan sebarang natijah yang terbaik itu.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1430.
''KAMU (wahai umat Nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang ma'ruf dan melarang daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali Imran, ayat 110).
TAHUN 61 / BILANGAN 41
4 APRIL 2016 / 1437
26
JABATAN PENERANGAN
Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah
EDISI ISNIN / PERCUMA
Sayangi masyarakat autisme Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Ali
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Tran Dai Quang, berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Sosialis Viet Nam yang baharu.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Tran Dai Quang, berikutan dengan
pelantikannya sebagai Presiden Republik Sosialis Viet Nam yang baharu. Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Jeneral Tran Dai Quang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan penghargaan di atas hubungan mesra dua hala di antara kedua-dua buah negara mahupun sebagai rakan kongsi rapat dalam ASEAN dan TPP.
Baginda seterusnya berharap semoga TYT akan meraih kejayaan dalam menyandang jawatan baharu tersebut dan seterusnya dapat bekerja bersama dengan TYT dalam mengukuhkan hubungan yang sekian lama telah terjalin yang dinikmati oleh rakyat kedua-dua buah negara. Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT dan keluarga.
Eratkan kerjasama dalam bidang sukan Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BERAKAS, Sabtu, 2 April. Persediaan Negeri Sarawak dalam Kejohanan Sukan Malaysia XVIII (SUKMA XVIII) merupakan antara perkara yang disampaikan semasa berlangsungnya kunjungan muhibah Menteri Pembangunan Sosial Sarawak yang juga Menteri Bertanggungjawab Mengenai Ehwal Sukan di Negeri
Sarawak, Yang Berhormat Tan Sri William Mawan Ikom kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Semasa kunjungan muhibah di Pejabat Menteri, Tingkat 8, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Sukan (KKBS), Berakas itu, kedua-dua belah pihak juga bertukar-tukar pandangan bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara ke dua-dua negara dalam bidang sukan. Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi SUKMA, Tahun 2016 yang dijadualkan bermula pada 22 - 31 Julai 2016 yang akan mempertandingkan sebanyak 24 acara sukan, terdiri daripada 19 acara sukan utama dan selebihnya adalah acara sukan pilihan. Ke muka 5
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 April. - Hari Kesedaran Austisme Sedunia (World Autism Awareness Day - WAAD) disambut pada setiap 2 April seluruh dunia sejak tahun 2008 sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme di kalangan masyarakat, termasuk di peringkat keluarga mengenai kanak-kanak yang mengalami autisme. Sejak dilancarkan pada tahun 2008, Persatuan SMARTER Brunei menjadi organisasi utama di Negara Brunei Darussalam dalam menyambut WAAD pada setiap 2 April. Pada tahun ini, Sambutan WAAD Kali Ke-9 membawa tema ‘SMARTER’s M.O.V.E. for Austism’ di mana SMARTER akan terus memberikan motivasi, peluangpeluang, suara dan pemerkasaan kepada semua individu dengan autisme. Sehubungan itu, Sambutan WAAD Kali Ke-9 telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, berlangsung di Kompleks Membeli-Belah Times Square. Pada majlis tersebut, sebanyak 14 kotak derma (donation boxes) Persatuan SMARTER Brunei diserahkan kepada Jollibee Brunei sebagai usaha untuk meraih derma dan sumbangan dari orang ramai dalam sama-sama membantu mereka
yang mengalami autisme di negara ini. Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman semasa berucap pada majlis tersebut antara lain melahirkan penghargaannya kepada pelbagai pihak di negara ini yang sentiasa menyokong dan memberi sumbangan kepada persatuan berkenaan sekaligus menunjukkan bahawa mereka juga mengambil berat akan anak-anak yang mengalami austisme. Sebagai sebuah persatuan yang bertanggungjawab jelasnya, SMARTER turut mewujudkan industri 3R, iaitu 'Reduce, Reuse and Recycle' bagi botol-botol plastik yang boleh dijadikan bahan fungsi yang berguna dan menarik yang seterusnya menjana pendapatan SMARTER. Ke muka 2
Muka 3 PEGAWAI, kakitangan BSJV terima penghargaan
Tiada penutupan sekolah Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 April. - Berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas yang mendakwa makluman dari Kementerian Pendidikan bahawa Cuti Penggal Sekolah Pertama akan dilanjutkan sehingga 11 April 2016 akibat cuaca panas dan jerebu adalah tidak sahih. Dengan yang demikian Kementerian Pendidikan dengan ini memaklumkan bahawa tiada sebarang maklumat dikeluarkan mengenai lanjutan cuti penggal sekolah berkenaan. Persekolahan penggal kedua akan bermula seperti biasa pada hari Isnin, 4 April 2016. Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam.
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn