''INILAH ertinya kita memperingati dan merayakan Hari Maulid Ar-Rasul itu, bukan setakat untuk berkumpul dan berdikir sahaja, tetapi lebih penting dari itu, kita buka balik lembaran kehidupan Baginda untuk dibaca dan diteliti dan kemudian terus dipakai sebagai pedoman.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1429 Hijrah / 2008 Masihi.
''DAN Kami tidak mengutus engkau wahai Nabi Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anbia, ayat 107.''
4.42
TAHUN 62 / BILANGAN 145
4.52
6.15
4 DISEMBER 2017 / 1439
6.39
12.11
15
3.33
6.06
7.20
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Lebih 12 ribu sertai perarakan Maulud di ibu negara
Bergema dengan pujian selawat
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan berangkat menyertai perarakan bersama ribuan rakyat dan penduduk pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said. (Lihat muka 3, 12 dan 13).
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Disember. - Tanggal 12 Rabiulawal setentunya satu tarikh bersejarah dalam kalendar Tahun Hijrah bagi umat Islam sejagat termasuk Negara Brunei Darussalam memartabatkan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai ikon Muslim yang memimpin ke arah kebahagiaan landasan yang sepatutnya dan yang betul.
Sudah menjadi kelaziman di negara ini, kedatangan hari kelahiran Baginda itu dan seterusnya menyemarakkan hari berkenaan dengan perarakan sambil pujian selawat dengan penuh keikhlasan demi mengharapkan ganjaran pahala dan bukti cinta kita dalam mengenang pengorbanan Baginda yang tidak terkira demi agama Islam dan umatnya. Alhamdulillah dengan tampuk
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
pemerintahan seorang raja di negara kita, acara keagamaan lagi berkebajikan ini tidak luput sejak dari dahulu lagi, dan ia lebih bermakna apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai ribuan rakyat dan penduduk bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah. Ke muka 3
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 4
Muka 10
BERANGKAT kurniakan hadiah Perlawanan Golf Jubli Emas
FESTIVAL Disember Brunei 2017 dilancarkan
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn