PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''MEREKA perlu sedar, bahawa mereka adalah aset negara, dan selaku aset, mereka tidak boleh cacat atau susut nilai. Jika aset cacat atau susut nilai, maka itu, bukan lagi bernama aset.'' - Titah sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada Di United Kingdom dan Northern Ireland; dan Penganugerahan Biasiswa 'The Chancellor’s Scholar' Universiti Brunei Darussalam Bagi Sesi 2015 / 2016 di London, United Kingdom.
''SESIAPA yang memberikan pertolongan dengan baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripada-Nya, dan sesiapa yang memberikan pertolongan dengan buruk nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripada-Nya. Dan Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.'' (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa', ayat 85).
TAHUN 61 / BILANGAN 2
4 JANUARI 2016 / 1437
23
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Hubungan dua hala Hulurkan Brunei - Myanmar sumbangan sambil beramal terus kukuh kebajikan Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Januari. - Sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang berkebajikan terutama memberikan manfaat kepada masyarakat umum amat digalakkan di sisi agama Islam. Selain mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala, program julung kali Indahnya Berbagi anjuran Belia-Belia Masjid Ash-Shaliheen itu juga diharap dapat memberikan khidmat bakti terutama kepada jemaah rumah Allah. Ketua Belia Masjid Ash-Shaliheen, Awang Rahim bin Suany ketika ditemui berkata, program amal yang mereka kendalikan pada 10 Januari itu nanti merupakan inisiatif mereka bersempena memperingati Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa kali ini. Mereka menyeru kepada orang ramai yang bermurah hati dan dermawan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan berupa sabun pencuci tangan dan selipar pada hari tersebut bermula dari pukul 2.00 petang hingga 8.00 malam. Bantuan-bantuan itu, tambahnya, seeloknya hendaklah disimpan dalam beg plastik bagi memudahkan kerja-kerja pengagihan nanti. Ke muka 24 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Thein Sein bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar Yang Ke-68 Tahun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Thein Sein dan kerajaan serta rakyat Myanmar bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar Yang Ke-68 Tahun. Dalam titah perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sukacita merakamkan penghargaan di atas persahabatan dan kerjasama yang sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan seterusnya amat menghargai sumbangan peribadi Tuan Yang Terutama dalam mengukuhkan hubungan yang bernilai dalam beberapa tahun ini, bukan saja sebagai rakan kongsi dua hala, tetapi juga di peringkat serantau melalui kerjasama dalam ASEAN. Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah dan kesejahteraan kepada TYT serta selamat menyambut hari perayaan tersebut dengan penuh kegembiraan dan keamanan dan yang berterusan bagi Republik Kesatuan Myanmar dan rakyatnya.
Muka 3
Muka 7
HAYATI, amalkan sunnah Rasulullah
POS Kawalan Sungai Tujoh terkawal
Sesi persekolahan 2016 bermula Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Januari. - Semua sekolah di negara ini, tidak kira kerajaan mahupun swasta di semua peringkat, iaitu rendah, menengah, institusi pengajian tinggi akan memulakan lembaran baharu sesi persekolahan bagi tahun 2016 pada esok hari, 4 Januari, selepas menjalani cuti persekolahan akhir tahun selama sebulan. Seperti lazimnya, debaran kembali ke sekolah bukan sahaja akan dirasai oleh pelajar-pelajar malah ia juga turut dialami oleh para ibu, bapa dan penjaga. Hal ini kerana merekalah orang yang
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
bertanggungjawab bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persediaan yang lengkap untuk memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2016 sama ada dari segi penyediaan pakaian, buku-buku, peralatan dan sebagainya. Di samping itu, sempena tahun baharu ini, para pelajar juga diharap akan menanam keazaman untuk meningkatkan lagi motivasi dalam meraih kecemerlangan dalam bidang pendidikan berbanding tahun sebelumnya. Jika ada pelajar yang kurang berjaya pada tahun 2015, mereka hendaklah melipatgandakan usaha dengan tekun dan gigih bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran pada tahun 2016. Para pelajar juga hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
telah membuat pelaburan dan memperuntukkan belanjawan yang amat besar kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang lebih kondusif bagi kemudahan pelajar-pelajar. Justeru itu, para pelajar hendaklah belajar dengan lebih tekun dan berusaha mencapai kejayaan yang membanggakan agar setiap usaha yang telah dicurahkan oleh para ibu, bapa dan penjaga, di samping guru-guru membuahkan hasil. Kejayaan para pelajar adalah amat penting bagi negara kerana merekalah generasi penerus yang akan membangun negara, agama dan bangsa selaras dengan Wawasan 2035, yang berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berjaya menjelang tahun 2035. Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn