Pelita Brunei - Isnin 4 Julai 2016

Page 1

''ISLAM adalah satu-satunya ugama paling sempurna untuk mengatur seluruh kehidupan alam semesta. Segala aturannya itu, ialah untuk kebaikan belaka, serta juga untuk menghapuskan kejahatan. Dalam bidang ekonomi, Islam juga berfungsi, membawa manusia mencapai kemajuan yang sebenar-benarnya.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

''ITULAH dia kesudahan kehidupan dunia dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakinya menurut undang-undang peraturan-Nya ke jalan yang betul lurus yang selamat itu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus, ayat 25).

4.38

TAHUN 61 / BILANGAN 80

4.48

6.13

4 JULAI 2016 / 1437

6.37

28

12.26

3.51

6.37

7.52

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan hantar perutusan tahniah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack H. Obama serta kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sangat gembira dapat bekerja rapat dengan Tuan Yang Terutama bagi meningkatkan hubungan sama ada di peringkat dua hala mahupun antarabangsa dalam beberapa tahun ini dan seterusnya menghargai usaha peribadi TYT dalam mengukuhkan persahabatan dan kerjasama di beberapa bidang melalui penglibatan TYT di rantau ini terutama sekali dalam ASEAN. Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada TYT Barack H. Obama dan keluarganya dan semoga mereka akan bergembira menyambut perayaan tersebut. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack H. Obama serta kerajaan dan rakyatnya bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Bulan Bahasa pupuk cintakan bahasa Melayu Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Hamzah Mohidin

11 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Julai. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus bergerak aktif dalam mengatur strategi untuk terus mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu. Bulan Bahasa itu dilihat sebagai harapan supaya rakyat memiliki sikap dan semangat positif untuk menjadi satu bangsa yang bermaruah yang mendaulatkan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, ia juga dilihat sebagai wake up call kepada seluruh masyarakat Brunei, serentak dapat menyegarkan kembali minda orang-orang kitani tentang bahasa Melayu yang kita warisi dan miliki untuk sentiasa dipertahankan. Sehubungan itu, Bulan Bahasa 2016 telah dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat pada majlis

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

yang berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, di sini. Sementara itu, Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan dalam ucapannya menjelaskan, sambutan Bulan Bahasa yang kita rayakan adalah untuk meneruskan hasrat dan tekad untuk memperkasakan martabat bahasa Melayu yang sememangnya tersirat sejak termaktubnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan Pindaan Perlembagaan 2004. Menurutnya, Bulan Bahasa pada tahun ini merupakan sinergi tiga kementerian iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pengajian Islam. ''Sinergi ini diharapkan dapat memangkin semangat cinta akan bahasa Melayu yang dikongsi bersama-sama oleh semua lapisan masyarakat sebagai satu wawasan ke masa depan negara bangsa yang berbahasa satu,'' ujarnya.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Beliau menjelaskan, sambutan Bulan Bahasa disemarakkan dengan aneka kegiatan mengharapkan ia memberikan impak mega kepada bangsa dan negara kita yang dicintai ini. Katanya, antara kegiatan yang telah disusun ialah Penyerahan Buku Mari Makan kepada pengusaha restoran

yang terpilih yang merupakan inisiatif jabatan dalam membetulkan ejaan bagi menu makanan yang ada di restoran-restoran di negara ini dan seterusnya mendidik mereka untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan murni. Ke muka 5

Istana Nurul Iman dibuka bagi junjung ziarah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Julai. - Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana mengumumkan bahawa sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah, Istana Nurul Iman akan dibuka selama tiga hari mulai dari Hari Raya Kedua dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam dan kerabat diraja.

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 4 Julai 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu