Pelita Brunei - Isnin 4 Mei 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PIHAK-PIHAK dalam kerajaan pula sentiasa berkewajipan untuk mendekati rakyat dan penduduk dengan maklumat-maklumat yang berguna supaya mereka dapat sama-sama merasakan betapa mustahaknya negara merancang dan membangun untuk kemajuan.” - Titah Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 25 Rabiulawal 1431 / 11 Mac 2010.

“YA Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (memakbulkan) doa.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 38).

4 MEI 2015 / 1436

TAHUN 60 / BILANGAN 53

J'kuasa Khas TDBPM ditubuhkan

15

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Program kepimpinan lebih terancana, sustainable giat dilaksanakan

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - Sebagai umat Islam di negara ini setentunya merasa gembira dan bersyukur ke hadarat Allah Subhanahu Wata'ala, serta menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah memperkenankan Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid (TDBPM). Ini adalah satu peluang besar yang amat bermakna bagi orang Islam di negara ini untuk bertanam saham di akhirat. Di antara titah baginda “Sukacita memaklumkan di sini bahawa beta telah pun memperkenankan Penubuhan TDBPM dengan mengikut kaedah dan peraturan yang diperuntukkan mengenainya. Tabung dana ini akan menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala kerana membina masjid, ia akan berlaku secara konsisten sebagai satu peluang keemasan bagi orang-orang Islam untuk bertanam saham di akhirat,” jelas Yang Berhormat. Pada Temu Ramah Eksklusif yang berlangsung di bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di sini, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menjelaskan mengenai dengan Penubuhan TDBPM Negara Brunei Darussalam. Menurut Yang Berhormat, dalam melaksanakan perkara ini, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam sidangnya telah bersetuju terhadap beberapa perkara dalam melaksanakan Penubuhan TDBPM, di antaranya ialah pada peringkat awal bagi Fasa Pertama perundangannya tabung ini akan menggunakan peruntukan Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77. Sementara itu, tambah Yang Berhormat, satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi TDBPM ini yang dinamakan 'Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran TDBPM' dan seterusnya satu Akaun Khas bagi TDBPM ini akan dibuka setelah mendapat persetujuan MUIB. Katanya, pada peringkat berikutnya bagi Fasa Kedua pula tabung ini akan menggunakan Akta TDBPM, Negara Brunei Darussalam yang khusus mengenainya. Lembaga Pemegang Amanah, jelas Yang Berhormat, akan ditubuhkan bagi menggantikan Jawatankuasa Khas TDBPM, iaitu 'Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran TDBPM' kerana jawatankuasa ini hanya bersifat sementara sahaja sehingga tertubuhnya Lembaga Pemegang Amanah itu nanti. Mengenai mekanisme kutipan TDBPM ini, ujar Yang Berhormat, akan dilakukan secara sukarela sahaja atau seangkat-angkat hati. Ke muka 24

Muka 3

Muka 4

KURANGKAN lemak, garam, gula

BKA-KPSSU tampung lebih banyak makmal penganalisaan

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian APC Institusi-Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Senegara dan Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Tahun 2014.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei. - School Leadership Program (SLP) yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh pemimpin sekolah. Walau bagaimanapun, SLP tersebut didapati belum lagi dapat membawa impak yang besar dan berkesan. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berucap demikian pada Anugerah Pelajar Cemerlang Institusi-Institusi Pendidikan Rendah dan Menengah Kerajaan Senegara dan Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Tahun 2014, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. “Bagi mengukuhkan lagi kepimpinan sekolahsekolah, Kementerian Pendidikan pada masa ini memperkenalkan program kepimpinan yang lebih terancana dan sustainable melalui kerjasama dengan National College for Teaching and Leadership, United Kingdom iaitu Brunei International Program for School Leaders yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin sekolah yang berkemahiran. Program ini juga akan menghasilkan satu kerangka kompetensi pemimpin sekolah yang, insyaaAllah akan mula diguna pakai pada September 2015 ini,” tegas

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Yang Berhormat lagi. Di peringkat sekolah pula, jelas Yang Berhormat, sekolah-sekolah khasnya sekolah-sekolah rendah sedang giat melaksanakan pelbagai program ke arah meningkatkan pencapaian pembelajaran dan pengajaran: dan kualiti pendidikan seperti program-program intervensi, kelas tambahan, tambahan masa kurikulum dan sebagainya. Menurut Yang Berhormat, usaha-usaha ini ditekankan khususnya bagi tahun 2015 ini di 49 buah sekolah rendah di seluruh negara yang dikenal pasti memerlukan peningkatan prestasi. Selaras dengan pelaksanaan program-program ini, tambahnya, pihak sekolah juga menggiatkan usaha untuk mewujudkan mekanisme bagi menggalakkan sokongan para ibu bapa dan penjaga pelajar (parental engagement) dalam sama-sama meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka, dengan memperkenalkan kemahiran pendidikan kepada ibu bapa. “Baru-baru ini saya telah melawat sebuah sekolah (Sekolah Rendah Tanah Jambu) dan saya gembira mengetahui bahawa para ibu bapa dan penjaga di sekolah berkenaan telah menunjukkan penglibatan mereka dan terus mendapatkan bimbingan tambahan dari para guru sekolah tersebut bagi membolehkan mereka membantu pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Semangat sebeginilah yang perlu digalakkan, dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan masyarakat kita,” ujar Yang Berhormat lagi. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 4 Mei 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu