''MAKA sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maa-idah, ayat 39.
''PENDIDIKAN sempurna tidak boleh tidak mampu melahirkan belia yang matang, di mana identiti belia matang itu ialah mereka yang sentiasa bergiat untuk kebaikan dan menolak mungkar.'' - Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan pada 17 Rejab 1428 Hijrah / 1 Ogos 2007 Masihi.
5.06
TAHUN 63 / BILANGAN 16
5.16
6.36
5 FEBRUARI 2018 / 1439
6.59
12.35
19
3.56
6.32
7.44
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berangkat rasmikan Simposium Antarabangsa Pertama Ethnobotani Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat dan menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Pertama 'Ethnobotani Dalam Al-Quran dan Hadith - Sebuah Penerokaan'. Majlis berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD). Simposium dianjurkan bersama Fakulti Sains, Institut Biodiversiti dan Penyelidikan Alam Sekitar (IBER), dan Pusat Pengajian Islam Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOASCIS), UBD. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang juga Canselor UBD dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Sulaiman yang juga selaku Pengerusi Majlis UBD; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Naib Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Lila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat Pusat Penyelidikan Botani UBD, sejurus menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Pertama 'Ethnobotani Dalam Al-Quran dan Hadith - Sebuah Penerokaan'. - Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi (Lihat muka 3, 12 dan 13).
Tingkatkan kesedaran, cegah, kurangkan kesan kanser Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Februari. - Hari ini merupakan Hari Kanser Sedunia dan Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan negaranegara lain di seluruh dunia, sekali lagi, akan terus meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan untuk mencegah dan mengurangkan kesan kanser. Buat tahun ketiga, tema Hari Kanser Sedunia 'Kami Boleh, Saya Boleh' (We Can, I Can) menunjukkan bahawa kita semua,
tidak kira latar belakang, usia atau di mana kita hidup atau bekerja, boleh mengambil tindakan yang berbeza untuk mengurangkan risiko kanser. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar dalam perutusannya sempena Hari Kanser Sedunia 2018 menjelaskan, ramai daripada kita telah terjejas secara peribadi atau mengetahui seseorang yang mempunyai kanser. Secara purata, kira-kira 600 orang di Negara Brunei Darussalam didiagnosis dengan kanser setiap tahun. Tiga kanser yang paling biasa
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
dalam kalangan lelaki adalah kanser usus, paru-paru dan prostat manakala kanser payudara, usus dan kanser serviks adalah yang paling biasa di kalangan wanita. Pada tahun 2016 sahaja, jelas Yang Berhormat, sebanyak 353 kematian berkaitan dengannya dicatatkan yang menyumbang lebih 20 peratus daripada jumlah kematian di negara ini. Malangnya, purata penghidap kanser yang didiagnosis adalah 50.1 tahun untuk kanser payudara (wanita), 49.0 tahun untuk kanser serviks (wanita), 65.5 tahun untuk kanser paru-paru dan 60.1 tahun untuk kanser kolorektal.
Muka 5
Muka 8
'SAMARANGI Village Run' promosi masakan tradisi
SEORANG anggota TLDB, keluarga peluk Islam
Ke muka 5
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn