Pelita Brunei - Isnin 5 Okt 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PENGORBANAN melalui ibadat adalah pengorbanan paling suci yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat. Kerana itu, sambil kita berkorban sunat dengan menyembelih binatang, marilah, kita berkorban juga melalui pelbagai ibadat lain, khasnya ibadat-ibadat wajib.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

TAHUN 60 / BILANGAN 119

''MAKA sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan salih sedang dia beriman maka tidaklah disia-siakan usahanya itu dan sesungguhnya Kamilah yang mencatat amalannya itu (untuk membalasnya).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 94).

5 OKTOBER 2015 / 1436

21

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

YTM sertai Kejohanan Renang Brunei II Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei II Peringkat Umur 7-9 Tahun di Kolam Renang Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Turut menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Keberangkatan Yang Teramat Mulia ke kejohanan tersebut dijunjung oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Yang Teramat Mulia yang mewakili Pasukan ISB Hammerheads telah

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim menyertai Kejohanan Renang Brunei II Peringkat Umur 7-9 Tahun di Kolam Renang Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Pada kejohanan tersebut YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim berjaya mengutip satu pingat emas menerusi acara Gaya Bebas Campuran 4 X 25M, satu pingat perak dalam acara Kuak Kupu-Kupu 25M dan satu pingat gangsa bagi acara Gaya Bebas 25M.

menyertai lima acara berasingan bagi perenang berusia 8 tahun seperti Kuak Kupu-Kupu 25 Meter (M), Kuak Lentang 25M, Kuak Dada 25M, Gaya Bebas 25M dan Gaya Bebas Campuran 4 X 25M. Pada kejohanan tersebut, YTM telah berjaya mengutip satu pingat emas menerusi acara Gaya Bebas Campuran 4 X 25M, satu pingat perak dalam acara Kuak Kupu-Kupu 25M dan satu pingat gangsa bagi acara Gaya Bebas 25M. Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei disertai lebih 100 perenang dengan mempertandingkan 13 acara. Sebanyak 11 buah pasukan menyertai kejohanan itu yang mewakili dari Dolphin Swimming Club, Gymkhaha Club Miri, ISB Hammerheads, Jerudong Swimming Club, Kelab Renang Pujut Miri, MICIA Swimming Club, Miri Amateur Swimming Association, Panaga Stingrays, Royal Brunei Recreational Club, Skim Latihan Renang-Brunei Muara dan Skim Latihan-Tutong.

Muka 3

Muka 5

Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil sempena penukaran nama BSB

Pelajar PIP bersyukur terima biasiswa YSHHB

Produk farmaseutikal Simpor memperkukuh Pharma dieksport SBYLEP hubungan istimewa Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Hajah Norizan Mahal BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Oktober. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adnan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof membuat lawatan kerja ke Syarikat Simpor Pharma Sendirian Berhad yang terletak di Tapak Perindustrian Salambigar. Simpor Pharma Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama antara Viva Pharmaceutical Inc. Kanada, iaitu syarikat pelaburan di bawah

Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam dengan sekumpulan pelabur tempatan. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan dialu-alukan oleh Pengarah Urusan syarikat tersebut, Tuan Edward Ko; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Awang Haji Abu Bakar bin Ibrahim dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan LKEB, Kementerian Kewangan dan

pengurusan Simpor Pharma Sendirian Berhad. Ketika berada di sini, Yang Berhormat telah mendengarkan taklimat ringkas mengenai latar belakang keseluruhan syarikat berkenaan oleh pakar R&D, Dayang Aeriena Nur Afiqah binti Sahri termasuk kemudahan-kemudahan, rancangan dan perkembangan masa depan, program latihan bagi sumber tenaga manusia bagi kakitangan tempatan, pembangunan produk dan keupayaan penghasilan serta pasaran eksport.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

Brunei - Singapura Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Oktober. - Kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura terus dipertingkatkan melalui Program Pertukaran Pemimpin Muda (SBYLEP) kedua-dua buah negara kali Ke-3 yang bermula 4 hingga 10 Oktober 2015 ini. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean selamat tiba di negara ini bagi lawatan kerja tiga hari sempena program pertukaran tersebut. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.