PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''OLEH itu, janganlah latih diri mengamalkan rasuah, tetapi perangilah rasuah secara habis-habisan. Selamatkan bangsa dan negara dari rasuah. Rasuah adalah penyakit. Rasuah adalah pemusnah kebahagiaan. Mereka yang melakukan rasuah adalah penjenayah. Hukumlah mereka seadilnya.'' - Titah Sempena Keberangkatan Baginda Ke Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei.
''SESUNGGUHNYA Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam Lailatulqadar. Dan tahukah engkau apakah malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikatmalaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qadr ayat 1 hingga 5).
TAHUN 60 / BILANGAN 80
6 JULAI 2015 / 1436
19
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Majlis Khatam Al-Qur'an KHEDN Perutusan
takziah kepada Republik Filipina
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Juga hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. Majlis-majlis Khatam Al-Qur'an sempena bulan Ramadan Al-Mubarak terus diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini. Antara yang mengadakan majlis seumpamanya ialah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang berlangsung di kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato
Paduka Haji Othman di Kampung Sungai Besar, di sini. Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan khatam Al-Qur'an, bacaan takhtim dan tahlil disertai oleh semua yang hadir sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan serta ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar.
Ramadan bulan turunnya Al-Qur'an Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Julai. - Di dalam bulan Ramadan terdapat satu peristiwa agung telah berlaku dalam sejarah Islam apabila kitab suci Al-Qur'an diturunkan. Al-Qur'an diturunkan adalah sebagai rahmat dan penawar, selain menjadi pegangan, pedoman dan petunjuk yang menjelaskan perbezaan di antara yang benar dengan yang salah untuk sekalian manusia agar hidup sejahtera, aman, selamat di dunia dan akhirat. Setiap kali tibanya bulan Ramadan umat Islam di negara ini berlumba-lumba untuk meningkat dan melipatgandakan setiap amal kebajikan mereka semata-mata untuk mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala seperti memperbanyakkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, banyak berzikir, memperbanyakkan sedekah dan seumpamanya. Perkara tersebut disentuh dalam Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh para imam semasa Sembahyang Fardu Jumaat di masjid-masjid di seluruh negara. Dalam khutbah tersebut para imam menjelaskan, syiar Ramadan dapat dilihat di mana-mana dengan adanya pihak tertentu seperti kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, badan-badan kerajaan dan pihak swasta yang mengadakan
pelbagai aktiviti berupa acara keagamaan seperti tadarus dan khatam Al-Qur'an yang mana antara tujuannya adalah untuk merebut ganjaran dan keistimewaan bagi sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan amalan-amalan berupa ibadah dan kebajikan. "Adapun orang yang membaca dan meneliti ajaran dan pengajaran Al-Qur'an secara berterusan akan dikurniakan ganjaran yang amat besar antaranya diberikan ketenangan, diselubungi rahmat Allah Subhanahu Wata'ala dikelilingi malaikat rahmat dan Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa mengingatinya," jelas khutbah tersebut. Semasa berkhutbah para imam turut menerangkan bahawa membaca Al-Qur'an merupakan perkara sunat yang sangat dituntut bagi umat Islam dan orang yang membaca Al-Qur'an dijanjikan ganjaran serta fadilat yang amat besar sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Qu'ran dan Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Tambahnya, di dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa membaca Al-Qur'an itu adalah antara amalan-amalan yang dikategorikan sebagai satu perniagaan yang tidak akan ditimpa kerugian, bahkan seseorang yang mengamalkannya akan memperolehi keuntungan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda, selain pembacanya juga akan dikurniakan nur di dalam hatinya oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan memeliharanya daripada kegelapan. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Benigno Simeon C. Aquino III berikutan dengan kemalangan feri The 'Kim Nirvana' yang berlaku baru-baru ini. Di dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa disebabkan kemalangan tersebut dan seterusnya menyampaikan takziah yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama serta kerajaan dan rakyat Republik Filipina ketika masa yang sedih ini terutamanya kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Sertai Pertandingan Membaca, Menghafaz Al-Qur'an di Istanbul Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. - Negara Brunei Darussalam akan menyertai Pertandingan Membaca dan Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan di Istanbul bermula pada 6 hingga 12 Julai 2015. Sehubungan itu, rombongan seramai empat orang terdiri daripada dua orang wakil negara termasuk Pengurus Rombongan, Awang Haji Idris bin Haji Aji dan Pembimbing, Awang Haji Ismail bin Haji Sulaiman berlepas meninggalkan negara menuju Istanbul. Bagi pertandingan ini, Negara Brunei Darussalam menghantar dua peserta iaitu Awang Muhammad Najib bin Haji Aliakbar yang akan mengikuti Kategori Menghafaz 30 Juz dan Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya yang akan bertanding bagi Kategori Membaca Al-Qur’an dengan berlagu. Peserta negara, Awang Haji Nasrul Fakhri ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sejurus sebelum berlepas berkata, beliau telah membuat persediaan awal bagi mengikuti pertandingan tersebut. Ke muka 24
Muka 4 Muka 3
TINGGALKAN solat dan puasa berdosa
BERSUNGKAI bersama pelajar, pelatih Pusat Bahagia
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn