Pelita Brunei - Isnin 6 Jun 2016

Page 1

''AKADEMI ini berperanan untuk melahirkan generasi muda pegawai-pegawai ABDB yang lengkap dengan asas kepimpinan dan pengetahuan tentang ketenteraan. Kerana itu, akademi ini mestilah terus merancang dan melebarkan skop pembelajarannya ke arah melahirkan pegawai-pegawai tentera yang berkualiti di peringkat taktikal, operasi dan strategik.'' - Titah Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-55.

''DARI Abu Hurairah Radhiallahu Anhu berkata: bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.'' - (Riwayat Al-Imam At-Termizi).

4.33

TAHUN 61 / BILANGAN 68

4.43

6.07

6 JUN 2016 / 1437

6.31

30

12.20

3.45

6.31

7.46

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Brunei mula berpuasa 7 Jun

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa hadir pada Majlis Keagamaan. Foto : Pg Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Jun. - Umat Islam di negara ini akan memulakan ibadah puasa Ramadan pada hari Selasa, 7 Jun ini nanti berikutan hasil merukyah anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan di beberapa tempat yang ditentukan lewat petang semalam. Lokasi bagi merukyah anak bulan Ramadan yang telah ditentukan pada tahun ini ialah Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku dan di Bukit Agok, Jerudong bagi Daerah Brunei dan Muara sementara Bukit Ambok di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait. Sementara bagi menunggu hasil merukyah awal bulan Ramadan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Majlis Keugamaan berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, di sini. Hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Ke muka 5

Anak bulan tidak sabit kelihatan Sokong produk tempatan jenama Brunei Halal Oleh : Nooratini Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Jun. - Penduduk dan pekedai runcit tempatan digesa agar menyokong produk tempatan di bawah jenama halal kerana ia bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan industri makanan tempatan dan perniagaan, tetapi juga usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara secara keseluruhannya. Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menggesa demikian pada Majlis Pelancaran Produk Halal Brunei di Airport Mall, Berakas. Yang Berhormat selaku tetamu kehormat seterusnya menekankan, ia juga adalah pencapaian penting dalam membangunkan ekonomi negara. Justeru itu, Negara Brunei Darussalam kini menarik pelabur asing untuk menumpukan lima sektor utama, iaitu sektor halal, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, industri kreatif, inovatif dan teknologi serta industri minyak dan gas. Menurutnya, pihak kerajaan sedang mengikhtiarkan strategi makanan di

Brunei termasuk inisiatif kerajaan dan pelaburan untuk menilai keseluruhan makanan walaupun terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam industri makanan di negara ini. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, ia adalah penting untuk diambil perhatian bahawa kerajaan sendiri melabur dalam ekonomi Brunei termasuk dalam sektor halal terutamanya dalam makanan. “Tumpuan ini adalah logik kerana kita harus memanfaatkan status kita sebagai sebuah negara Islam yang dihormati dan taat yang mempunyai pensijilan halal sendiri dihormati di seluruh dunia untuk kualiti yang tinggi dan piawaian yang ketat,� tegasnya. Dalam hal ini terangnya kerana pensijilan halal tersebut digunakan oleh semua produk Brunei Halal yang menaikkan taraf kualiti dan kedudukannya. Sehubungan itu, pelancaran 25 produk Ghanim hari ini ujarnya, dibuat dengan kerjasama dan perkongsian dengan beberapa syarikat tempatan di negara ini dan juga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuklah dari Sabli Food Industries Sendirian Berhad, Sahamada Corporation Sendirian Berhad, Hana Soy & World (B) Sendirian Berhad dan Superwater Marketing Sendirian Berhad. Sementara itu, Pelabur Langsung Asing dalam sektor makanan katanya,

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

akan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sistem rantaian bekalan besar-besaran untuk syarikat Ghanim dan juga perniagaan tempatan. Oleh itu, Yang Berhormat menyarankan agar syarikat berkenaan untuk terus bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memenuhi misinya, di samping untuk menjadi inovatif dan mampan supaya mereka boleh menghasilkan produk yang lebih baik yang akan meningkatkan taraf hidup bagi rakyat Brunei dan terus menyumbang kepada ekonomi Brunei.

Muka 6

309 amil dilantik kutip zakat seluruh negara

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gapar semasa di Menara DST.

Berita dan Foto : Ak Syi'aruddin Pg Dauddin TUNGKULINK, Ahad, 5 Jun. - Umat Islam di negara ini akan menyambut 1 Ramadan 1437 Hijrah pada hari Selasa sekali gus bermulanya menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Anak bulan telah tidak sabit kelihatan daripada merukyah yang dilakukan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di negara ini pada lewat petang tadi. Di Daerah Brunei dan Muara, merukyah anak bulan telah dikendalikan di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST dan Bukit Agok sementara Bukit Ambok bagi Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait. Hadir di Menara DST ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gapar. Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai kedudukan Hilal dari Jabatan Ukur dan Jabatan Kaji Cuaca mengenai ramalan cuaca, diikuti dengan Cerapan Hilal Ramadan 1437 Hijrah dan disudahi dengan Sembahyang Maghrib Berjemaah. Berikutan anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan, maka bulan Syaaban digenapkan menjadi 30 hari dan sehubungan itu, Sembahyang Sunnat Terawih dan Majlis-Majlis Bertadarus akan dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bermula esok malam. Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan turut disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.