''SUPAYA kamu berada tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu berada tetap di atasnya, serta kamu bersyukur dengan mengucapkan : Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak berdaya menguasainya.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az-Zuhruf, ayat 13.
''AKHIR-akhir ini, beta sangat bimbang terhadap dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan obesiti di negara ini. Ini adalah petanda adanya amalan kehidupan yang tidak seimbang. Marilah sama-sama kita membina azam untuk lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, khasnya dalam perkara memilih makanan sihat, menghindari rokok dan rajin beriadah.'' - Titah Sempena Tahun Baharu Masihi 2012.
4.36
TAHUN 62 / BILANGAN 133
4.46
6.06
6 NOVEMBER 2017 1439
6.29
12.05
17
3.26
6.02
7.13
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Brunei-Singapura bincang isu dua hala Laporan : ?
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean di Istana Nurul Iman.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri kepada Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Puan Chew Poh Yim di ruang lain Istana Nurul Iman.
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean di Istana Nurul Iman. Semasa Majlis Mengadap tersebut,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa. Ke muka 3
Majlis Ilmu 2017 zahirkan kepimpinan Kebawah DYMM Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 November. 'Mensyukuri Kepimpinan Terutama Perkhidmatan Ugama Sepanjang 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' merupakan tema Majlis Ilmu 2017 yang akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 7 hingga 9 November ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Majlis Ilmu 2017 adalah merupakan salah satu acara utama perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang mana tahun ini diungkayahkan oleh
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Demikian dijelaskan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof pada Sidang Media yang berlangsung di Bangunan JPM, Jalan Perdana Menteri. Menurutnya, Majlis Ilmu 2017 akan mengadakan pelbagai aktiviti yang antaranya ialah Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2017 yang akan diadakan pada 7 November, Majlis Forum Perdana pula akan diadakan pada 8 November sementara Majlis Ceramah
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Perdana akan diadakan pada 9 November yang mana kesemua majlis tersebut akan diadakan di ICC. Di samping itu, katanya, juga diadakan ialah Pameran Majlis Ilmu 2017 dan Seminar Majlis Ilmu 2017. Jelasnya, pengisian pada majlis perasmian antaranya adalah kurnia titah Kebawah DYMM dan Ceramah Khas bertajuk 'Pemerintahan Raja Shaleh Membawa Berkat'. Terdahulu, Setiausaha Tetap KHEU menerangkan objektif Majlis Ilmu adalah sebagai menjadi mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah DYMM dan wadah dalam menghidangkan ilmu dan maklumat yang berguna kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Ke muka 17
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 6
Muka 12
BERANGKAT rasmikan Pameran Darussalam dan Kota Singa
ARTIS tanah air terima pengiktirafan
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn