Pelita Brunei - Isnin 7 Dis 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KEJAYAAN pemimpin atau pegawai dapat diukur dari cara mereka menangani tugas dan membimbing orang-orang di bawah mereka. Ini sangat penting, bagi memastikan segala rancangan dan matlamat dapat dicapai dengan sempurna.'' - Titah sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-22 Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi pada 12 Safar 1437H / 24 November 2015M.

''PADA hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan ke atas kamu nikmat-Ku dan Aku telah redhai bagi kamu Islam sebagai agama kamu.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maa'idah, ayat 3.

TAHUN 60 / BILANGAN 146

7 DISEMBER 2015 / 1437

25

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Timbalan Sultan berangkat ke Istiadat Ziarah Penghormatan Terakhir

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Istiadat Ziarah Penghormatan Terakhir Al-Marhum Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor di Istana Besar Johor, Johor Darul Ta'zim. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3).

Jangan terikut-ikut perayaan agama lain Oleh : Hajah Zabaidah Haji Salat BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Disember.- Umat Islam di negara ini diingatkan agar berhati-hati dan tidak terikut-ikut dengan perayaan-perayaan yang tidak ada kaitan dengan Islam. Perkara ini wajib dihindarkan kerana ditakuti dengan adanya perbuatan terikut-ikut atau tasyabbuh (penyerupaan) yang tidak atau kurang disedari akan boleh mencacatkan akidah umat Islam. Maksud tasyabbuh (penyerupaan) ini ialah berkelakuan dengan tingkah laku mereka serta bertentangan dengan akidah Islam seperti simbol-simbol agama iaitu salib, memasang lampu lilin, pokok krismas, memasang

atau menyanyi lagu-lagu bercirikan agama mereka dan lain-lain. Dalam hal ini, umat Islam adalah dilarang sama sekali menyerupai amalan agama lain dalam perkara berkaitan dengan kepercayaan mereka. Demikian telah ditekankan dalam Khutbah Jumaat pada 4 Disember lepas di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah di seluruh negara. Khutbah Jumaat tersebut menjelaskan bahawa keghairahan umat Islam terikut-ikut dengan perayaan agama-agama lain, kadang-kadang adalah disebabkan kemeriahan perayaan yang disambut oleh penganut agama lain, yang kadang-kadang menggamit sesetengah orang Islam tertarik sama untuk meraikannya.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Tanpa disedari, setiap perayaan agama lain itu bukan hanya sekadar sambutan semata-mata, tetapi juga sebagai memperingati atau berhubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka yang tidak difahami oleh umat Islam dan ada di antaranya wujud kepercayaan atau amalan yang bercanggah dengan akidah Islam. Dari itu umat Islam perlu menyedari bahawa agama Islam adalah agama syumul yang menjaga hubungan antara makhluk dengan pencipta-Nya (Allah Subhanahu Wata'ala) dan hubungan antara sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa yang diistilahkan sebagai 'Hablum Minallah' dan 'Hablum Minannas'. Walau bagaimanapun, dalam konteks hubungan dengan orang bukan Islam, Islam tidak pernah melarang umatnya berurusan dan bergaul

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

dengan penganut agama lain selama mana mereka tidak memusuhi, memerangi umat Islam dan tidak membuat perkara-perkara yang dilarang atau ditegah Islam. Perkara ini turut ditekan dalam fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang dijelaskan dalam khutbah tersebut, bahawa penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan negara Islam adalah dibolehkan mengamalkan agama atau meraikan agamanya sesama mereka dengan syarat upacara keagamaan itu tidak dizahirkan kepada orang Islam terutama perkara-perkara yang berupa cogan-cogan dan simbol-simbol kekufuran. Mereka juga dilarang daripada memperdengarkan kepada orang Islam perkataan-perkataan syirik yang

Faksimile: 2381004

Muka 6

BELIA perlu lengkapkan diri dengan asas keimanan menyekutukan Allah Subhanahu Wata'ala. Apa yang penting, umat Islam di negara ini khususnya, hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah, lebih-lebih lagi negara kita Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara Zikir.

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 7 Dis 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu