PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BETA ingin berpesan, kalau hendak meniru pun, biarlah yang baik, bukan meniru perkara yang tidak baik, apatah lagi yang merugikan.'' Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-10 Tahun 2015 pada hari Selasa, 17 Zulkaedah 1436 Hijrah / 1 September 2015 Masihi.
''TIDAKLAH seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kerisauan, gangguan, kesedihan hingga dari yang menusuknya melainkan Allah menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahannya.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
TAHUN 60 / BILANGAN 107
7 SEPTEMBER 2015 / 1436
23
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Riba punca krisis kewangan, mengancam kehidupan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Nurul Nadzirah Haji Mahadin Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
JERUDONG, Sabtu, 5 September. - Pihak institusi kewangan Islam seperti bank Islam dan seumpamanya perlu memikirkan jalan untuk meningkatkan lagi prestasi kualiti perkhidmatan atau servis dan mempelbagaikan lagi produk kewangan Islam agar tawaran atau servis yang mereka berikan kepada para pelanggan adalah lebih baik dan menarik daripada institusi kewangan konvensional. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyatakan demikian semasa berucap selaku tetamu kehormat melancarkan Simposium Riba Negara Brunei Darussalam 2015 yang berlangsung di Indera Samudera Ballroom, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Terdahulu, Yang Dimuliakan juga mempersoalkan bagaimana cara untuk mengubah persepsi atau tanggapan orang Islam yang bermuamalah dengan bank Islam atau apa jua institusi kewangan Islam bahawa mereka akan mendapat perkhidmatan yang mudah, cepat, mesra pelanggan, banyak manfaat dan menguntungkan daripada bermuamalah dengan bank konvensional atau institusi kewangan yang mengamalkan riba. Yang Dimuliakan seterusnya berkata, ia mudah disebut, tetapi itu tidak bererti mempermudah-mudahkan yang membawa kepada risiko hutang lapuk. Di samping itu, Yang Dimuliakan juga menyentuh mengenai kewajipan kita sebagai orang Islam dan pihak-pihak tertentu supaya perlu sentiasa memberikan penerangan kepada orang ramai khususnya orang Islam tentang hukum dan bahaya bermuamalah dengan riba. Menurutnya, kesedaran orang ramai perlu dipertingkatkan dari segi bagaimana riba itu boleh menyebabkan punca krisis kewangan dan mengancam kehidupan manusia lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat kelak.
Berkenan berangkat ke Majlis Persandingan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Persandingan bagi Dayang Luklu'iiyah binti Abdullah. - Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi (Lihat muka 3).
Ke muka 24
Banteras gejala NCDs, amalkan gaya hidup sihat Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
Muka 5
TAWARAN promosi sempena pelancaran MPRV Fasa II
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 September. - Pada tahun 2014, seramai 772 orang, iaitu 52.5 peratus daripada jumlah kematian 1,470 orang adalah daripada Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs). Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof berkata, senario ini amat membimbangkan bukan sahaja di peringkat global malahan juga turut dialami di Negara Brunei Darussalam. Isu ini, terang Yang Berhormat, sangat diambil perhatian dengan serius yang mana pelbagai kaedah dan pendekatan dilaksanakan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
dalam usaha untuk membendung dan mencegah penyakit ini menjadi semakin berleluasa. ''Berdasarkan kepada dapatan kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah terbukti bahawa di antara faktor-faktor risiko yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit tersebut ialah tidak mengamalkan cara hidup sihat terutama sekali makan secara berlebihan dan tidak seimbang termasuk pengambilan makanan yang mengandungi tahap gula, lemak dan garam yang tinggi; kurang pergerakan aktivitiaktiviti fizikal; mempunyai berat badan berlebihan dan obes (gemuk); mempunyai paras kolesterol yang berlebihan dan merokok. “Jika kita berterusan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti ini, maka
lambat-laun akan menyebabkan sesak pernafasan, tekanan darah tinggi, penyakit diabetes dan seterusnya boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang lebih serius seperti penyakit jantung, strok dan buah pinggang,'' tambah Yang Berhormat. Menyedari akan risiko dan bebanan NCDs yang semakin meningkat ini, Kementerian Kesihatan, tegas Yang Berhormat, telah dan akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk memantapkan pelbagai langkah mempromosi serta strategi pencegahan dan pengawalan NCDs khususnya melalui Pelan Tindakan Multi-Sektoral Kebangsaan Mencegah dan Mengawal Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2013 - 2018 (Brunei Darussalam National Multisectoral Action Plan for the Prevention and Control of Non-Communicable Diseases). Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn